Saturday, May 23, 2009

Pesanan dari Menteri Besar Perak


Ini pulak cerita dari Dr Zambry:

IPOH 23 Mei — Sebahagian besar rakyat Perak mahukan supaya krisis politik dalam negeri diselesaikan menerusi jalan baik tanpa menjejaskan ketenteraman, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata semua pihak yang terlibat perlu mengurangkan bahang dan api politik yang selama ini mengganggu serta meresahkan rakyat.

Katanya jalan perundangan diambil dalam mencari penyelesaian krisis tersebut, oleh itu biarlah proses berkenaan berjalan dengan sebaik-baiknya tanpa menganggu ketenteraman.

“Untuk mengurangkan bahang dan suhu poltik negeri, ahli politik mesti bertanggongjawab iaitu melaksanakan peranan mereka dengan tidak mencetuskan suasana huru hara dengan mengadakan ceramah yang tidak bertanggungjawab dengan memainkan sentimen kebencian di kalangan rakyat” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agong Tahunan Perkim Perak ke-35 di sini hari ini.

Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan semalam membenarkan rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

- BERNAMA

7 comments:

PAPA GOMO said...

SALAM...
SESUNGGUHNYA KEMENANGAN INI MILIK SELURUH UMAT ISLAM DAN RAKYAT PERAK!!!

NIZAR DAN SIVA TIDAK MENDAPAT KEADILAN YANG SEWAJARNYA http://www.gomounited.com/2009/05/ketidak-adilan-pada-nizar-dan-siva.html

House PK III said...

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya bro! Memang betul apa yang bro katakan itu.

Anonymous said...

kata islam...masa menang kat mahkamah tinggi ari tuu..senyum lebor dema youp...ni bila dah kalah kat mahkamah rayuan dema menyingga pulok yeap.apa ke haiii nya yeop.Ko nii yeop.hak org hak ko,hak ko tetap hak ko..camna nak jadi pemimpin yeop nizar oiii...!
kata islamm...nak ikut sunah nabi,
Sedor lee yeopp..umor umat nabi muhammad ni yeop kira 1500 tahun je yeop.Le ni dah 1430 Hjrh yeop.Hehe baki nya 70 tahun lagi yeop oiii.Umor umat nabi isa hanya 569 tahu jee yeop..tak caya? ko tolak jee 2009 dgn 1430...berapa baki nya.Bawak bertenang yeop Nizar..sabor sabor yeop.

Anonymous said...

ala zambry. pendekar ke?? stakat nak turun mahkamah pon tak berani.

leman said...

harap dapat tuan dan blog pro umno sokong kempen no2anwaribrahim916 dan naikkan logo no2anwarivrahim916 TQ silalayari http://no2anwaribrahim.blogspot.com

House PK III said...

Dr Zambry memang seorang pendekar!

Chairman Kaga said...

AKU TERMUNTAH TENGOK GAMBAR SI HARAM JADAH SEEKOR TU. CIS!! SETAKAT PENDEKAR KAT MAK-A-MAH, TU 1 MALAYSIA DAH TAHU. AJAK UBN BERENTAP DI PETI UNDI DEPA SEMUA LARI ENTAH KEMANA. BACUL DAN PENAKUT!