Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, kenyataan Aziz itu mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat Kedah. Malah ia menyebabkan pihak terfikir ADUN yang didakwa akan meninggalkan parti itu sama ada dirasuah, dipaksa atau dibeli oleh BN.
"Kenyataan Abdul Aziz menunjukkan beliau tidak menghormati pilihan rakyat dalam pilihan raya umum 2008.
"Saya harap polis akan menyiasat kenyataan beliau (Abdul Aziz)", kata Ahmad.
Tu dia...sampai nak suruh polis siasat.
Nak tanya sikit saja...tahun lepas, masa Pak Sheikh 'kedutaan Turki' tu dok riuh pasai Ahli Parlimen BN nak lompat ke Pakatan Rakyat, ada ka Ahmad ni suruh polis siasat?
Patutnya kena suruh juga la, sebab Pak Sheikh pun waktu tu membuat dakwaan yang boleh menimbulkan kekeliruan rakyat juga. Malah lagi celaru kalau nak dibanding dengan dakwaan Datuk Aziz tu...
3 comments:
kah kah kah
betui jugak noo...awat tak saman al juburi....al juburi siap bagi tarikh lagi 16 sept 2008...dia kata Ahli Parlimen BN akan lompat masuk PR dan dia akan jadi PM Malaysia
nih..nak bagitau sikit....la ni dah nak sampai 16 sept 2009...rasa rasa ADUN PKR selangor lompat masuh BN pada tarikh ini kot..kita tunggu laaaa....
Assalamualaikum. Tindakan menggugat kestabilan sesebuah kerajaan sama ada diperingkat negeri atau pusat adalah salah disisi ISLAM itu sendiri. Kiranya kena tunggu waktu PRU diadakan mengikut keadaan di malaysia.
mafhum Hadis Rasulullah: jika ada dua orang khalifah disesuatu kawasan, maka tolak yang satu lagi.
Disana banyak lagi hadis yang menyentuh soal ketaatan terhadap pemimpin selagi pemimpin selagi mana dia tidak menyeru kepada kemungkaran dan maksiat.
Berkenaan dengan situasi di Malaysia: Sememangnya ada cubaan untuk menumbangkan kerajaan persekutuan yang tidak berjaya. Ia ternyata salah kerana bukan masa tukar kerajaan. Tetapi, berlainan di Perak, sebuah kerajaan yang sah telah ditumbangkan secara paksa hingga menimbulkan kekacauan. YB yang terlibat harus menghisab diri sebagai punca segala masalah ini.Kita juga menyaksikan bagaimana BN masih berusaha untukmenjatuhkan kerajaan PR hinga kini. Apakah mereka tidak boleh sabar hingga PRU-13. Usaha pembangkang terhenti sudah..
Ana rasa saudara sebagai Blogger harus memikir dosa pahala berkenaan apa yang dipapa, ditulis di blog saudara ini. Malaikat sentiasa memerhati kita.
Gambar DSAI yang sedemikian rupa jelas dan terang bercanggah dengan ISLAM. Saudara mengaibkan beliau. Adakah saudara yakin 100% akan kesalahan beliau atau sekadar ikut-ikutan? Kalau pun benar jika beliau bersalah, itu urusan dia dengan Allah. Kita tiada hak untuk memalukan sesama Muslim. Haram hukumnya.
Kerap kali blogger ini, menulis berdasar HAWA NAFSU semata-mata. Tanpa memikirkan akibat perbuatannya di AKhirat terutamya.
Lebih mulia dan baik lagi jika saudara mengelak dari mengatakan sesuatu yang saudara tidak pasti kesahihannya. Media massa tidak boleh dipercayai dan bukan sumber dalil.
Maaf jikalau kata2 saya ini menyinggung hati saudara. Tapi niat saya hanyalah untuk kita kembali kepada hak. Wassalam.
Masuk AlJazeera lagi pulak tuh!
Bukan sekadar Rakyat Malaysia saja.. malahan masuk international news..
Orang PAS waktu tu duk sibuk terlalu berhajat kut sampai tak perasan?
Ishhhh Apa dah jadi dengan PAS nih?
Bota
Post a Comment