Tuesday, September 8, 2009

Nizar PASberg! Demo kepala Lembu : kj ada udang di sebalik batu

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengutuk perarakan kepala Lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor yang dibuat kerana membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam. Beliau berkata, tindakan itu langsung tidak menghormati agama dan kepercayaan lain. "Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," katanya.


"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," tegasnya.

Diharapkan kenyataan ini adalah dari hati yang tulus ikhlas KJ, bukannya sekadar retorik semata-mata. Dan yang paling penting jangan ada udang di 'sebalik batu sudah' lah. Kenyataan dari UMNO ni kena teliti dan selidik betul - betul kerana mereka ini selalunya 'gunting dalam lipatan', bukannya prejudis tapi sekadar berhati-hati je..

Dari Blog Anak Omak

0 comments: