Wednesday, March 24, 2010
Apakah watak yang akan dipermainkan oleh Pembangkang menjelang Sidang DUN akan datang!
Yang mana satu agaknya watak sesuai untuk V. Sivakumar yang mau kasi gamat lagi sidang Dewan Undangan Negeri Perak 30 Mac ini.
Ini mengenangkan cakap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang anggap Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Tronoh tu berkelakuan seperti watak dalam cerita kartun apabila masih mendakwa dirinya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
Sivakumar baru-baru ni pun keluar surat panggil sidang DUN lepas Speaker yang sah selepas Datuk R Ganesan hantar surat sama. Bukan apa…ramai kawan-kawan dok tumpang gelak bila cakap bab ni.Seronok teringat lakonan Sivakumar masa sidang DUN lalu sampai kena usung keluar dewan punya buat hal.
Bagi yang berpeluang tengok secara langsung sandirawa ini memang terasa macam kartun.
Satu dunia tahu mahkamah dah istihar Datuk seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar yang sah.
Kalau nak kira tak patut ada yang buat bising lagi.
Macam kata Tan Sri Muhyiddin ,"Jadi nak kata apa lagi pun tidak tahulah, tidak berpijak di bumi nyata, berlakon atau jadi macam kartun, biarlah budak-budak tengok televisyen cerita kartun Sivakumar ini bagus juga," katanya pada wartawan selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 Sabtu.
Tapi kalau nak pegang watak Cicakman macam Sivakumar dia kena ada ilmu tebal muka.
Dia peduli apa nasihat mintanya terima kenyataan dan bukannya membuang masa dengan terus berpolitik sehingga menjejaskan kerja-kerja pembangunan negeri."Dia seorang wakil rakyat, buatlah kerja, nanti kalau menang balik nak jadi Speaker atau Menteri Besar itu lain cerita," kata TPM.
Ikut ceritanya ramai orang Perak yang dah fedup tengok depa dok buat gila tak habis-habis masa sidang DUN.
Kawan-kawan yang dah lama makan garam politik tahu sangat Sivakumar peduli apa.Kartun tak kartun janji dia boleh bikin gamat.
Esok bila kena usung keluar dewan lagi dia akan akan putar balik lagu lama…dia dikasari…jubah Speaker dia koyak rabak dan macam-macam lagi.
Kata orang sebelum Perang Jepun dah tahu nawaitu Sivakumar.
Apapun kesian juga kalau nak point kat dia seorang saja.Semua orang tahu bekas MB Datuk Seri Nizar and gang dok backing habis kerja-kerja mengarut ni.
Ada yang tanya sampai bila?
Jawabnya mudah…sampai pilihanraya umum ke 13 lah.
Senang cakap depa rasa kalau tak buat gila macam tu takut nanti orang Perak rasa depa dah lembik angkat bendera putih.
Nothing to lose ...tak gitu.
Sumber Petikan: Selamatkan Perak
0 comments:
Post a Comment