Dikhabarkan, YB YUNUS tidak dapat dikesan serta gagal dihubungi, malahan ahli keluarga beliau turut enggan memberikan kerjasama bagi merungkaikan persoalan ini. Keadaan ini, meyakinkan Awekz akan kesahihan khabar angin ini,
Awekz juga turut menghubungi kenalan rapat di dalam PKR dan jelas kepimpinan PKR Perak khususnya turut berusaha untuk mendapatkan YB YUNUS apatah lagi SIDANG DUN dijadualkan hanya beberapa jam sahaja lagi. Kehilangan YB YUNUS ini, menambahkan lagi kemelut kepimpinan PKR lebih-lebih lagi setelah isu KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI di PKR Cabang Ipoh Barat semalam.
Sekiranya berita ini benar-benar sahih, maka SIDANG DUN Perak pada pagi nanti akan mencatatkan sejarah dengan sendirinya apabila ADUN BEBAS di Perak telah menjadi 4 orang. Sama-sama kita nantikan pagi nanti, adakah YB Yunus yang juga merupakan KETUA PEMUDA AMK Negeri Perak ini akan hadir seperti yang telah dijanjikan.
Awekz juga mengharapkan semoga SIDANG DUN Perak kali ini tidak akan dicemari dengan tingkah laku yang tidak seharusnya dilakukan kerana RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN DRAMA yang ditunjukkan. SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA...Fikir-fikirkanlah...
Sumber: Awekz Bukit Gantang
0 comments:
Post a Comment