Ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk mengikuti Forum Perdana yang disertai sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir di Mesjid Toh Paduka di Ijok selepas solat Isyak malam ini.
Ini adalah kali pertama Dr Zambery menjadi panel forum tersebut bagi mengupas tajuk "Kerajaan Perak Aman Jaya membangunkan Ummah" bersempena dengan lawatan beliau ke DUN Kubu Gajah dari 7 hingga 8 April.
Seorang lagi ahli panel yang akan diadakan di perkarangan Mesjid Toh Paduka Kampung Mesjid itu iialah Ustaz Kazim Elias.
Pada petang semalam, ketika saya berada di Ijok, persiapan oleh tenaga petugas di Mesjid Toh Paduka berjalan rancak. Dr Zambery bersama jemaah yang lain akan juga berqiamulai.
Ini adalah lawatan resmi yang pertama Menteri Besar ke DUN Kubu Gajah. Dr Zambery akan menyampaikan kunci bantuan rumah PPRT di Mesjid Toh Paduka.
Selepas melawat Pusat Homestay di Bagan Bahru dan beramah mesra dengan masyarakat tempatan, Dr Zambery akan turun padang bermain Bola Sepak persahabatan dengan pasukan ADUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah Bagan Bahru.
Pada pagi Khamis, selepas sarapan pagi di gerai makan di pekan Ijok, beliau akan meninjau sebentar Air Terjun yang ketiga tertinggi di Asia Tenggara di Titi Dua, dekat Sungai Jerneh sebelum berlepas untuk melawat Ladang Ternakan Kambing Bore Negara dekat Sungai Segar, Pondok Tanjong.
Menteri Besar kemudian akan ke Rancangan Tanah Felcra Tebing Tinggi/Sungai Marlow untuk menyampaikan hak milik dan mendengar taklimat sebelum menghadiri makan tenghari bersama penduduk di Latar Tebing Tinggi dekat Ulu Mengkuang.
Pada sebelah pagi Rabu, Dr Zambery akan mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kecil Selama, sebelum mengadakan sessi dailog dan minum petang.
Sumber: Blog Dato Raja Ahmad
0 comments:
Post a Comment