Saturday, May 1, 2010

Penyakit Nizar Sudah Kembali! Dia Mesti Dirawat Dengan Segera!

Sekalipun Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang masih beranggapan, dia adalah Menteri Besar, belum pernah mendapat rawatan psikiatrik dan tiada kenyataan rasmi berhubung situasinya itu, tindakan dan kata-kata yang dilontarkan oleh Nizar Jamaluddin menunjukkan dia SEMEMANGNYA mempunyai sejenis penyakit kronik yang bersangkutan dengan hati dan mental!

Terdesak kerana gelagatnya menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, khususnya penduduk Hulu Selangor, apatah lagi bukti hasutannya disiarkan di merata-rata blog, Nizar Jamaluddin cuba memberi alasan yang boleh dianggap sebagai PICISAN.

Kata Nizar, dia cuma mengulangi kembali apa yang telah diucapkan oleh Najib Razak ketika Perdana Menteri Malaysia itu masih menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO di Kampung Baru. (Suara Keadilan)

Agak malang bagi Nizar Jamaluddin, dia sekadar mengulangi apa yang dikatakannya tanpa sebarang bukti. Lebih daripada itu, tuduhan yang dilemparkan oleh Nizar Jamaluddin adalah tuduhan tidak berasas yang tidak disertakan dengan bukti. Besar kemungkinan Nizar Jamaluddin sekadar menjadi kakatua untuk 'hearsay' yang datang daripada penyokongnya sendiri.

Perlu diingatkan, sebarang hearsay daripada pihak PAS-Baru dan PKR SANGAT-SANGAT TIDAK BOLEH DIPERCAYAI kerana kecenderungan mereka untuk menokok tambah serta MENIPU.

Nizar Jamaluddin seharusnya mencari alasan lain dan menyertakan sebarang bukti yang dimilikinya. Apa yang diucapkannya di Hulu Selangor itu adalah sesuatu yang boleh memberi impak buruk seandainya ada kaum extremist dari masyarakat Cina yang termakan dengan ucapannya dan memulakan revolusi berdarah seperti 13 Mei 1969.

Mungkin disebabkan KEBEBALANNYA itulah, Allah Taala pun tak izinkan dia pegang jawatan Menteri Besar Perak untuk tempoh panjang. Hikmah daripada kejatuhannya dari tampuk kuasa, ialah menyelamatkan lebih ramai rakyat Perak daripada kelakuan tidak masuk akal seperti yang sering dipamerkannya!


0 comments: