Tuesday, June 15, 2010

PKR Perak: Carilah Idea Lain Kalau Nak Gempak Pun!

Biasanya kita dengar kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.Namun dalam hal ini ribut tak ada,angin tak ada tapi ada yang mau kasi goyang itu pokok.

Ramai juga kalangan pimpinan UMNO Perak yang tertawa mendengar telatah Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifly Ibrahim mau bikin heboh kononnya ada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional nak lompat parti.

Ini lebih-lebih lagi beliau mengadakan sidang akhbar di Ipoh Ahad untuk memberitahu bahawa pucuk pimpin PKR sedang berunding dengan tiga ADUN berkenaan untuk tujuan itu.

Dari segi strategi politik sendiri ia nampak karut.

Lagipun sesuatu pergerakan politik yang serius begitu pasti dapat dihidu.Dalam bab ini tidak timbul sebarang indikasi seperti didakwa itu yang boleh buat kerajaan negeri Perak terbalik kepada pembangkang semula.

Seorang Ketua UMNO Bahagian di negeri itu memberitahu Agendadaily kalau nak gempak pun carilah idea yang ada class sikit.

“ Kalau buat sidang akhbar bawalah tiga ADUN yang didakwa nak lompat tu umum sendiri…kalau takat kata sedang berunding kami pun boleh kata pucuk pimpinan BN sedang berunding dengan tiga ADUN PKR nak lompat,” katanya.

Dah tu dalam sidang akhbar itu Zulkifly tidak mau mendedahkan nama mereka.

Katanya pucuk pimpinan PKR akan mengumumkan nama tiga ADUN UMNO itu tidak lama lagi.

Zulkifly juga mendakwa bahawa 12 ketua UMNO bahagian di negeri itu juga tidak puashati dengan senario politik di Perak kerana keutamaan dikatakan diberikan kepada ahli-ahli PKR yang melompat parti, berbanding dengan ahli UMNO sendiri.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dakwaan tiga ADUN UMNO nak menyertai pembangkang adalah satu pembohongan.

Beliau berkata dakwaan itu bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam UMNO yang kini semakin kukuh.

"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.

"Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya.-13/6/2010

Sumber: Agenda Daily

Perak Today: Setakat semalam, masih belum ada apa-apa pun pengumuman, nampaknya Pakatan Rakyat telah menipu rakyat negeri Perak. Sungguh tidak matang mereka berekelakuan sedemikian.

0 comments: