SHAH ALAM - Selepas kepimpinan tertinggi Pas mengalami ‘krisis dalaman’, sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat pula kini berhadapan dengan kepincangan dalam soal perjuangan parti di kalangan ahli-ahlinya.
Ketuanya, Nasrudin Hassan menyifatkan ahli-ahli sayap parti itu kini bagaikan sudah hilang ‘umph’ kerana semangat perpaduan dan perjuangan demi agama di dalam diri masing-masing seakan menghilang.
“Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan “umph”. Bertugas dan bekerja dengan hambar. Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Memang aneh cara kita berjemaah di zaman moden ini. Hilang ‘umph’ dan yang timbul adalah curiga mencurigai antara satu sama lain.
“Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masin:g menunggu ‘tuning point’ sebagai masa nak bertindak,” katanya melalui blognya, http://episodeperjuangan.blogspot.com.
Menurutnya, zaman semakin canggih malangnya ikatan ukhuwah sesama ahli parti dirasakan semakin ‘daif’.
“Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api. Nak bercakap rasa tak kena, tak bercakap rasa salah. Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan,” katanya.
Sementara itu Nasruddin ketika dihubungi berkata, tulisan di dalam blognya itu hanyalah sekadar motivasi untuk semua ahli Pas serta menyangkal dakwaan baya sayap kanan parti itu bergolak seperti yang digembar-gemburkan.
“Apa yang tercatat di dalam blog saya itu tidak lebih daripada motivasi saja. Tidak wujud perbalahan di kalangan Pemuda Pas. Kami (Pemuda Pas) okey saja. Saya juga menulis kerana masalah yang berlaku sekarang terutama kepada majlis tertinggi.
“Saya juga berharap Pemuda Pas tidak mudah tertewas dengan apa juga yang diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya mahu Pemuda Pas kekal bersatu hati.
“Harapan saya, agar Pemuda Pas dapat menikmati semula ‘umph’ tersebut iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat (Umph),” katanya
sumber - sinar
0 comments:
Post a Comment