Sunday, October 25, 2009

Nizar Psycho: Pembangkang diminta elak kekecohan demi rakyat

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi meluluskan Bajet 2010 pada Rabu ini akan berjalan dengan aman dan tenteram jika para anggota DUN pembangkang menghormati peraturan dan undang-undang, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Datuk Nadzri Ismail.

"Adun pembangkang hendaklah menghormati sidang DUN dan menggunakannya untuk kebaikan rakyat Perak seluruhnya, bukan menjadikannya sebagai medan politik peribadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nadzri, yang juga Adun Manjoi, berkata keadaan tidak tenteram pada sidang sebelum ini berlaku kerana Adun Tronoh V. Sivakmuar berdegil tidak mahu meninggalkan kerusi Speaker walaupun selepas satu usul diluluskan oleh majoriti Adun bagi memecat beliau.

"Keadaan itu diburukkan lagi apabila AdunAdun pembangkang cuba menghalang Speaker yang baru dilantik iaitu Datuk R. Ganesan daripada menjalankan tugas," katanya.

Kekecohan pada sidang 7 Mei lepas turut mengakibatkan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah terpaksa menunggu kira-kira lima jam bagi merasmikan persidangan.

Nadzri berkata kebimbangan pemimpin parti pakatan, yang menyatakan bahawa krisis atau keadaan tidak selamat mungkin berlaku jika sidang Rabu ini diteruskan, merupakan satu sandiwara berbau ugutan bagi mengelirukan rakyat seolaholah wujud keadaan tidak tenteram kepada rakyat dan DUN.

Katanya kenyataan Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa sidang itu akan merumitkan dan mengeruhkan keadaan serta menambahkan krisis lebih dahsyat adalah usaha menakutnakut dan mengelirukan rakyat.

"Diharapkan rakyat Perak tidak tertipu dengan sandiwarasandiwara yang dimainkan... sidang DUN dapat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Adun Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berharap kekacauan 7 Mei lalu tidak berulang kerana sidang kali ini penting untuk meluluskan bajet bagi pembangunan demi kepentingan seluruh rakyat.

"Sidang DUN adalah urusan yang sangat serius, lebihlebih lagi mesyuarat kali ini bertujuan meluluskan peruntukan untuk menjana ekonomi negeri... bajet yang akan dibentangkan bukan hanya untuk penyokong BN tetapi juga untuk penyokong pakatan dan orang ramai yang tidak berminat dengan politik," katanya.

Beliau berkata jika bajet yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir itu gagal diluluskan disebabkan kekecohan, kesannya adalah kepada semua rakyat kerana perbelanjaan bagi pembangunan tahun depan akan terjejas.

DUN Perak mempunyai 59 wakil dan kerajaan negeri parti pakatan yang dibentuk dengan majoriti 31 Adun selepas pilihan raya umum Mac 2008 beralih kepada Barisan Nasional (BN) apabila tiga Adun mereka mengisytiharkan diri sebagai bebas dan menyokong BN awal tahun ini. BERNAMA

0 comments: