Beliau berasa amat terkejut kerana Zambry tergamak mengadakan majlis jamuan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang hakikatnya menjemput seluruh rakyat jelata tanpa mengira kaum di negeri Perak untuk bersama-sama menyambut semangat 1Malaysia.
Harakah Daily melaporkan;
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas dengan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina. Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.
Tindakan Dr Zambry dikritik dan dituduh tidak ikhlas untuk memanggil makan jamuan, namun hanya lebih bermotifkan politik.
Beliau juga berkata tindakan MB Perak mengadakan majlis jamuan rumah terbuka Tahun Baru Cina telah melanggar adat istiadat orang Melayu khususnya di negeri Perak. Mungkin tunggu masa Dewan Ulama PAS nak murtadkan Zambry pula selepas ini kerana telah memanggil jamuan makan rumah Terbuka Tahun Baru Cina.
Walaubagaimanapun tindakan DS Anwar tunduk kepada gambar Teoh Beng Hock semasa melawat jenazah beliau di rumahnya merupakan satu tindakan ikhlas dan bukan bermotifkan politik.
DS Nizar (bekas MB engineer) yang pernah pegang lilin sebagai memperingati kematian Teoh juga ikhlas dan bukan bermotifkan politik.
Beliau turut berkata;
“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka(tahun baru Cina) khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.
Idham Lim yang juga berbangsa Cina telah mengeluarkan sentimen perkauman merendah-rendahkan bangsanya sendiri apabila berkata sambutan tahun Baru Cina tidak sewajarnya diadakan di kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.
2 comments:
Bro itu cakap org politik yg sesat..tak pelah PRU13nanti tolaklah ADUN Titi Serong tu..dia saja yang betul..
Depa ni bila puak depa yang buat tak apa malah perbuatan mereka ini selalu mendapat ganjaran pahala walau amat jelas lari dari akidah
Tapi kalau yang bukan puak depa macam mana baik dan elok pun tetap sumbang dimata mereka,ada sahaja dalil yang mereka keluarkan semata2untuk membuat tohmahan.
Begitulah jadinya bila mental block dan tidak dapat menerima kebenaran walau bertan2 dilungguk depan mata.Ketaksuban yang melampau seolah2 pemimpim mereka maksum.
Post a Comment