Turut hadir adalah Ketua Pengarah Veterinar Perak dan Timbalan Pengarah Veterinar Malaysia, lebih 2000 penternak yang hadir dalam majlis yang cukup meriah ini. Mereka terdiri dari penternak-penternak kecil, sederhana dan besar.
Pertama kali dalam sejarah negeri Perak telah diadakan majlis sebegini bagi menghargai jasa mereka dalam bidang penternakan, sememangnya usaha sebegini adalah sangat murni. Kami di Perak Today dapat melihat bagaimana MB Rakyat ini melayan kesemua Penternak dengan penuh ramah mesra.
Dalam majlis ini juga Dato Seri Dr Zambry telah menyampaikan penghargaan kepada penternak yang berjaya, dari apa yang Perak Today difahamkan, kerajaan negeri Perak telah memperuntukkan sejumlah bantuan bernilai lebih dari RM47 juta.
Apa yang menarik lagi tentang majlis ini ialah semua bangsa turut terlibat, tidak kira melayu , india mahupun cina semuanya sama-sama berkongsi peluang ini, MB Rakyat juga merasa amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penternak-penternak ini.
‘‘Pendekatan pembangunan Perak adalah selari dengan visi Perdana Menteri yang memberi penekanan terhadap Model Ekonomi Baru dan NKRA,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri sudah menzonkan kawasan-kawasan pertanian utama di Perak dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai pengeluar utama makanan negara.
Katanya, kerja-kerja tersebut dijalankan oleh pejabat-pejabat daerah dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan syarikat konsultan yang dilantik.
‘‘Kita sudah menzonkan kawasan untuk pertanian, penternakan, buah-buahan serta perikanan dan dengan pendekatan ini, ia diharap dapat membantu Perak dan Malaysia mengeluarkan makanan sendiri,” jelasnya.
Saudara Azhar ini jarang senyum, tapi tentang kerja memang 'tip top'
Di kesempatan ini juga Saudara Azhar bagi pihak MB Rakyat ingin menjemput semua kaum muslimin dan muslimat ke Sambuta Majlis Maulidur Rasul 1431H yang akan diadakan di Kediaman Rasmi MB Perak pada 4hb Mac 2010, anda semua dijemput hadir.
Majlis akan bermula dengan Solat Maghrib dan diikuti dengan ceramah maulidur Rasul oleh Sahibul Samahah Mufti Besar Perak Tan Sri Dato Harussani.
Bersama-sama kita mengimarahkan majlis yang penuh dengan Barakah ini.
Sekian. Terima Kasih
1 comments:
assalamualaikum tuan
tahniah atas daya usaha yb zambry yg begitu prihatin terhadap penternak2 1M'sia di seluruh negeri perak.
ini menunjukkan yb amat menitikberatkan agenda memperkasakan ekonomi rakyat jika di bandingkan dgn pentadbiran pembangkang sebelum ini yg lebih mengutamakan agenda politik berlebih2an.
takdak akai punya nizar!
Post a Comment