Thursday, March 18, 2010

Anwar Harus Menjawab Segala Pertuduhan Zahrain!


Hari ini akhirnya kita didedahkan mengenai betapa hinanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan nama Yang Dipertuan Agong dan Panglima ATM semata-mata hendak menyakinkan para ahli Parlimen bahawa misi 16 September beliau untuk merampas kuasa kerajaan, akan menjadi kenyataan.

Lebih 'istimewa', yang mendedahkan perkara itu bukan orang UMNO, bukan orang Barisan Nasional (BN), tetapi rakan baiknya sendiri, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim

Dek kerana terlalu 'panas' bila tembelangnya pecah, Anwar terus angkat kaki dan cabut dari Parlimen. Busuk punya orang!

Pada yang belum tahu, petang tadi Zahrain memberitahu Dewan Rakyat yang Anwar mendakwa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan pihak pembangkang bentuk kerajaan.

Beliau juga memberitahu Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Tak cukup guna nama Agong, Anwar juga dakwa angkatan tentera kini 'bersama mereka'

Anwar menyogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh

Malah salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Dengan ini Unta Belang ingin meminta Anwar bersumpah dengan Allah, betulkah semua dakwaan ini?

Betulkah Agong merestui tindakan beliau?

Benarkah Panglima ATM bersama-sama beliau?

Tolong jawab sekiranya anda betul-betul merasakan anda seorang pejuang yang tulin, tolong jawab sekiranya anda betul-betul anak jantan!

Pantang orang Melayu lempar batu sembunyi tangan, pantang orang Melayu cakap depan lain dan cakap belakang lain!

Anwar kena ingat, dia boleh tipu ramai orang tetapi dia belum tentu dapat menipu kesemua 26 juta rakyat Malaysia

Dia boleh kelentong ramai orang tetapi dia tidak mungkin, Unta Belang ulang sekali lagi, dia tidak mungkin dapat menipu Allah Subhanawataala

Bagi Unta Belang, kalau benar apa yang dikatakan oleh Zahrain, sudah terang lagi bersuluh, Anwarlah pemimpin yang telah menjahanamkan serta merosakkan kestabilan politik dan keharmonian yang telah kita kecapi selama ini

Adalah amat malang sekali, semakin hari, kita semakin dapat menghidu bau najis yang beliau bawa. Walau ia tidak terpalit di tubuh atau pakaian kita, namun baunya saja sudah cukup untuk membunuh naluri dan perasaan kita

Nampaknya tindakan beberapa ahli Parlimen PKR keluar dari parti tersebut benar-benar memberi hikmah walaupun tindakan asal mereka itu diragui banyak pihak

Kalau tidak, sampai ke sudah kita ditipu hidup-hidup oleh insan yang bernama Anwar Ibrahim ini .

Betullah bak kata Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin yang merasaakan banyak perkara akan 'meletup' dalam persidangan dewan kali ini

Ini baru hari kedua...apalagi selepas ini?

Yang pasti Anwar awal-awal lagi dah nak cabut keluar negara, apakah tandanya itu Pak Sheikh, ente takut kah???

Sumber: Malaysian-Instinct

2 comments:

Anonymous said...

Apa punya dur... mcm angan2 mat jenin daaa. Tu pun ramai gak yg tertipu..

Anonymous said...

Bro,

Anwar terpaksa menipu sepanjang hayat untuk hidup berpolitik. Kalau dia tak menipu, maka karier politik beliau tamat.