Thursday, March 18, 2010

Video dan Cerita Penuh Insiden di Parlimen - Zahrain Serang Anwar!



Kejutan bermula apabila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas..

Tanpa membuang masa dan di luar dugaan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka pasal gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan BN boleh berjaya.

Katanya beliau terpaksa mengambil langkah berani keluar PKR jadi Ahli Parlimen Bebas kerana keraguan telah menyelubungi pemikiranya pada perjuangan PKR.

Menurut Zahrain beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk mengungkit tindakannya keluar PKR tetapi kerana character assasination yang dijalankan keatas dirinya dan keluarganya.

Dakwanya agenda perjuangan PKR kini menjadi agenda peribadi hingga adanya gerakan menawan Putrajaya at all cost.

Beliau mendakwa antaranya mereka dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang hendak melompat sudah mencukupi.

Dakwanya mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi dibolehkan Pakatan rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

‘Tembakan’ Zahrain ini menyebabkan ada ahli parlimen pembangkang yang ada di dalam Dewan bangun dan menjerit-jerit marah kearah bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.

Zahrain tanpa menghiraukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang bangun menganggu pendedahannya itu berkata, “Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.”

Dakwanya lagi, mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Zahrain mendakwa waktu itu semua Ahli Parlimen pembangkang diminta berada di kawasan masing-masing untuk bersiap sedia kemungkinan mereka amblialih kuasa bila-bila masa saja.

Gobalakrishnan terus bangun mengatakan Zahrain menipu dan menuduhnya membangkitkan perkara itu kerana kecewa permohonan atau tender menguruskan sebuah kelab golf di Bukit Jambul Pulau Pinang tidak dilayan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan syarikat RM2.

Katanya kenapa selepas dua tahun ( lepas pilihanraya umum) baru sekarang bercakap tentang hal itu.

Zahrain menjawabya dengan tegas berkata beliau tidak akan menjual agama,bangsa dan negara kerana tender itu.

Beliau juga mengulangi dakwaanya Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap diktator dan cauvinis.

Dakwannya sikap Guan Eng itu mendapat sokongan Anwar yang kononnya mendakwa juara Islam dan sebagainya.

Beliau juga mendakwa Anwar seorang manusia yang bertopengkan berbagai watak.

Zahrain membangkitkan Penasihat PKR itu satu ketika dulu pernah mengelar Musyridul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai ‘ ulama terompah”.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang lain bangun mempersoalkan jika tuduh Guan Eng begitu mengapa terima pingat ‘ Datuk Seri’ yang direkomen olehnya.

Zahrain menjawab pingat itu diberi oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bukan Ketua Menteri.

Ketika ini beberapa ahli parlimen BN termasuk dari Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad dan Datuk Mohamad Aziz - Sri Gading bangun meminta ahli parlimen pembangkang jangan menganggu Zahrain yang sedang berhujah.

Mereka meminta Zahrain diberi peluang bercakap kerana sebelum ini Anwar sudah dapat bercakap tanpa diganggu selama tiga jam.

Selepas keadaan ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Bayan Baru itu meneruskan pendedahan kononnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

Katanya begitulah sandiwara pembohongan mereka.

Pendedahan ini terus mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat apabila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun mempertikaikan pendedahan Zahrain manakala dalam masa sama ahli parlimen BN berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen BN yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain.

Beliau melangkah keluar dari dewan pada 5.10 petang.Zahrain pula teruskan ucapannya.

Menurut Zahrain, sejarah akan membuktikan bahawa kita berdepan dengan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepetingan politik.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Ditemui wartawan di luar dewan,Anwar mendakwa Zahrain berbohong mengenai hal-hal menjelang 16 September itu kerana kecewa mengenai isu syarikat RM2 yang gagal dapat tender kelab golf.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin ketika ditemui Agendadaily untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut,”katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul.-17/3/2010

Sumber: Agenda Daily

0 comments: