Monday, March 8, 2010

DAP semakin Kurang Ajar di Perak!


IPOH: Pakatan Rakyat memohon supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 30 Mac ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata jika Sultan Azlan memberi perkenan, bermakna institusi istana negeri itu mengiktiraf Datuk R Ganesan sebagai Speaker sedangkan beliau dipilih secara tidak sah.

Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan mendakwa, Ganesan dilantik sebagai 'Speaker' dalam Sidang DUN pada 7 Mei lalu ketika Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah belum merasmikan sidang.
Katanya, Ganesan dilantik oleh Adun Barisan Nasional (BN) ketika sesi pagi yang belum bermula sedangkan Raja Dr Nazrin merasmikan Sidang DUN kira-kira 3 petang.

"Jika Sultan Perak mengiktiraf Ganesan, kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja akan merosot.

"BN juga sudah memulakan tradisi bahawa perasmian Sidang DUN oleh Sultan atau Raja Muda tidak diperlukan kerana Speaker boleh dilantik sebelum sesi bermula," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ngeh yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, sesi pagi yang dipengerusikan oleh Adun Jelapang, Hee Yit Foong (Bebas) ketika proses pelantikan Ganesan juga dipertikai kesahan sidang itu kerana Hee tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN kerana sudah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Hee, bekas wakil rakyat DAP dan dua lagi Adun Bebas tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN ketika itu kerana Sivakumar mendakwa mereka sudah meletak jawatan berikutan tindakan ketiga-tiganya keluar parti masing-masing.

Dua lagi wakil rakyat Bebas berkenaan ialah Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radhi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Mereka keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sebagai Adun Bebas yang membolehkan BN menubuhkan kerajaan Perak pada 6 Februari tahun lalu.

0 comments: