Friday, March 5, 2010

Gambar Penuh Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H di Kediaman Rasmi MB Perak

Ini adalah himpunan gambar foto yang telah di ambil dari majlis ilmu di kediaman rasmi MB Perak, semalam Perak Today ada melaoprkan secara langsung mengenai majlis ini, hari ini Perak Today mempersembahkan kepada gambar penuh.

Semalam juga Sahibul Samahah Muft Besar Besar Perak Tan Sri Dato Harussani telah menyampaikan tazkirah mengenai penyatuan umat Islam, satu perkara yang amat menarik yang telah disentuh oleh Mufti Perak ini adalah mengenai sesiapa yang menolak penyatuan umat Islam maka berdosalah perbuatannya itu.

Beliau juga telah menyentuh mengenai sesetengah pihak yang memanggil pihak yang lagi satu sebagai "assobiyyah" hanya kerana kerana mempertahankan bangsa, katanya lagi ini adalah salah kerana gelaran sebenar 'assobiyyah' adalah untuk kaum yang tidak mahu menerima langsung kaum yang lain.

Jadi tidak timbul isu sekiranya umat Islam di Malaysia mempertahankan bangsanya, kerana seprti yang semau sedia maklum, bangsa Melayu tidak pernah bermusuh atau menindas bangsa yang lain, beliau juga telah berpesan supaya jangan memutar-belitkan hukum hanya untuk kepentingan diri.

Beliau juga merasa amat sedih, kerana hari ini umat Islam berpecah dsebabkan oleh Organisasi yang berlainan, fahaman politik yang berbeza dan perbezaaan pendapat, menurut Mufti ini lagi, ada baiknya kalau semua pemimpin umat Islam duduk semeja dan membincangkan perbezaan pendapat.

Itulah serba sedikit intipati yang sempat kami kongsi bersama anda, selepas selesai solat Isyak, para tetamu telah dihidangkan dengan makanan yang telah disediakan untuk mereka, antara tetamu istimewa yang hadir adalah anak-anak yatim sekitar Perak.

MB Rakyat telah meraikan mereka denga begitu mesra sekali, jika anda melihat gambar diatas tadi, lihatlah betapa mesranya MB berjiwa rakyat ini terhadap anak-anak yatim yang beratur untuk menjamu selera, tersentuh hati bila melihat keadaan ini.

MB juga telah menyumbangkan sedikit saguhati bagi anak-anak yatim ini, kalau dilihat pada gambar dia atas, kelihatan Pegawai Khas MB iaitu saudara Azhar dan Saudara Ismail Saffian sedang mengagihkan saguhati kepada anak-anak yatim.

Majlis tamat lebih kurang jam 10 malam, sekali lagi kami di Perak Today ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pegawai khas MB iaitu Saudara Azhar kerana telah menjemput kami untuk majlis yang penuh dengan barakah ini.

Semogha Allah lindungi negeri Perak Darul Ridzuan ini dari segala bala bencana dan diharapkan juga negeri Perak ini akan terus sejahtera di bawah pimpinan YAB Dato Sei Dr Zambry Abdul Kadir!

Amin.

7 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

cukup menarik. di penuhi dgn pengisian ilmu. sesuai dgn maulidur rasul kali ini. di tambah pula dgn tazkirah yg di sampaikan oleh ust. harussani yg menyentuh mengenai perpaduan sesama islam dan antara kaum.

di harap sambutan kali ini akan membuka ruang minda kpd rakyat perak khususnya dan rakyat jelata amnya.

Anonymous said...

Wow memang ramai. Ramai dengan bebudak tahfiz dan anak yatim. Kalau setiap program menabur jer memang ler ramai. Dengan budak pun nak BERAHSUAH ke?

Anonymous said...

tahniah yb zambry. nak harap ceramah pas bukan tabur duit tapi cekik harta anak yatim lagi ada la. tengok apa yang pas buat kat selangor, cekik harta anak yatim ybk. memang celaka la pas. dah la kutip duit masuk poket sendiri. konon perjuangan. mulianya perjuangan umno. bagi duit. tapi pas? cekik duit. anak yatim pulak tu. haram sungguh!

Anonymous said...

hansome nye kau: city-a-one...
jom heboh seluruh kampung...siap salam ngan MB lagi..kah kah kah

Anonymous said...

Alhamdulillah syukran,

Anon 9.32 am sikirkan ber perasangka negatif dan sentiasa buruk sangka.

Apa salah nya YB bersedekah pada anak-anak yatim dan bebudak tu. Besar pahalanya Bro.

Anonymous said...

Anon 9.32 am

Kalu mo nak tahu setiap ceramah puak-puak PAS adalah tabung yang bergerak.

Habis kutuk, habis maki hamun puak2 pas kira duit hasil kutipan.

Sekurang2nya majlis YB Zambry wang di sedekah. Majlis PAS wang MASYUUUK....

MymassaVoice said...

aku perati juak2 pas skrg ni dh mcm anjing gile...semua dimakinya.org bg nasihat suruh ikut alquran dicercanya, org bersedekah dikutuknya, tp yg pelik berbogel lps berzina, tunduk hormatkan colok dan mayat kafirun takde salah ye?oh lupa, tiket ke syurga dah dlm tgn...