Tuesday, September 8, 2009

Nizar Pasberg! Kenapa Anwar tidak mahu bersumpah?

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicabar untuk melafazkan sumpah laknat atau mubahalah sekiranya beliau yakin tidak bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.

Bekas Setiausaha Pemuda PKR, Lokman Nor Adam menegaskan sekiranya Anwar seorang penganut Islam yang baik, beliau wajib melepaskan beban sokongan membuta-tuli yang dilakukan oleh ahli keluarga dan penyokong setia terhadapnya.

''Apa yang nak ditakutkan kalau Anwar memang tidak bersalah kerana mengikut kaedah fiqah apabila terdapat dua individu yang satu daripadanya berani untuk bersumpah manakala satu pihak lagi enggan berbuat demikian maka selama itulah pihak yang telah bersumpah itu adalah benar dan tidak bersalah.

''Apa yang susah sangat, kerana Anwar sebelum ini telah berbuat benda sama semasa mengangkat sumpah menjadi Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen, tetapi kenapa dalam perkara liwat ini amat takut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendapat penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar bahawa penangguhan perbicaraan kes liwat Anwar memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

Tambah Lokman, Anwar seboleh-bolehnya akan cuba lari daripada dihadapkan ke mahkamah kerana beliau tahu kes yang dihadapinya kini adalah lebih kuat dan kukuh berbanding sebelum ini.

Mengulas isu sama, bekas Ketua Penerangan PKR, Roslan Kassim berkata, Anwar sengaja berbuat demikian untuk meneruskan momentum sokongan penyokongnya bahawa wujud konspirasi berterusan dalam Jabatan Peguam Negara untuk menghancurkan pemimpin besar mereka itu.

Menurut beliau, ia juga secara langsung akan menimbulkan persepsi negatif penyokongnya terhadap keadilan dan ketelusan badan perundangan negara serta kerajaan, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Bagaimanapun, katanya, penangguhan demi penangguhan itu bukan sepenuhnya akan menjejaskan kredibiliti kerajaan tetapi ia secara langsung turut menimbulkan persepsi ketidakyakinan penyokong dan rakyat terhadap Anwar.

''Cara terbaik mahkamah perlu meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa dan sebaik mungkin tanpa perasaan takut kerana selagi keadilan itu ditangguhkan maka selama itulah keadilan akan dinafikan.

Dalam pada itu, bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan menyelar sikap pemimpin itu yang sebenarnya lebih berminat untuk menyaman jutaan ringgit terhadap musuh politiknya daripada berusaha membersihkan namanya di mahkamah.

Tegas beliau yang turut disaman sebanyak RM50 juta oleh Anwar, sekiranya Anwar yakin tidak bersalah, maka teruskan perbicaraan di mahkamah, jangan lagi membuat pelbagai cara untuk menangguhkannya.

''Kalau Anwar mahu bersihkan namanya, pergilah ke mahkamah dan berikan perhatian serius terhadap kesnya, jangan pula pada masa sama sibuk untuk menyaman orang lain.

''Saya sebelum ini sudah lama berkawan dan mengenali Anwar, saya tahulah dia ini siapa. Nasihat saya jangan usik atau cuba ganggu harimau yang sedang tidur...buruk akibatnya," katanya secara sinis.

sumber - utusan

1 comments:

Sang Musafir said...

Assalam...Sesuatu yang kita perlu ingat bahawa kita akan diminta pertanggungjawaban dalam setiap apa yang kita perkatakan. Sebagai blogger, saya melihat, pertuturan berdasar hawa nafsu dan mengaibkan individu2 tertentu.

Lebi baik kita diam dari berkata yang kita tidak tahu benar salahnya..