Wednesday, April 15, 2009

SEJARAH KHAIRY JAMALUDDIN

Jika orang Melayu dan ahli UMNO masih sangsi dengan kerisauan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedaulatan negara yang dinodai oleh kuasa asing terutamanya Sinagpura, mereka harus kenal beberapa individu yang menjadi dalang.

Banyak telah diperkatakan mengenai Datuk Kalimullah Hassan yang menjadi spin-doctor Pak lah. Hampir semua yang mengambil tahu sedar mengenai latarbelakangnya, terutama hakikat beliau gagal pada tahun 1988 menjadi setiausaha akhbar kepada Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan itu adalah kerana beliau dianggap "security risk" (ancaman keselamatan) oleh bahagian perisikan Malaysia.

Selepas itu beliau hilang dari pandangan umum dan muncul kembali beberapa tahun kemudian sebagai juruperunding media untuk Singapore Press Holdings dan beroperasi di Kuala Lumpur bagi akhbar Singapore Straits Times.

Biro-biro Singapore Straits Times di luar negara beroperasi sebagai "front' ataupun topeng untuk agen-agen ISB Singapura (Internal Security Department of Singapore) untuk beroperasi.

Mereka ini, menerusi Kalimullah, telah berjaya semasa itu menembusi UMNO dan telah mengumpul pelbagai rahsia dalaman parti dan juga mengenai pemimpin-pemimpin parti.

Salah satu rahsia yang berjaya dikumpul oleh Kalimullah dan agen Singapura ialah mengenai kegemaran seks luar tabii Anwar Ibrahim. Namun mereka tidak menyebarkan maklumat tersebut malahan terus berusaha merapatkan diri dengan Anwar.

Strategi mereka adalah mudah - biarkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan ketika itu, menggunakan semua maklumat tersebut untuk memeras ugut Anwar.

Tetapi perancangan Singapura gagal kerana Dr. Mahathir mendapat tahu mengenai kelemahan moral Anwar dan mengambil tindakan memecatnya pada tahun 1998.

Masalah moral Anwar diperakui sendiri oleh pemimpin Singapura Lee Kuan Yew. Semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur dalam tahun 2001, ketika bertemu pengarang kanan akhbar New Straits Times termasuk ketua pengarang kumpulan Tan Sri ABdullah Ahmad, telah menyatakan rasa simpati beliau kepada Dr Mahathir.

Simpati itu, kata Kuan Yew, adalah kerana apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir mengenai Anwar sebagai peliwat adalah benar dan telah diketahuinya menerusi agen rahsia Singapura sejak tujuh, lapan tahun sebelum ini.

Semasa Dr Mahathir dan UMNO berdepan dengan kemarahan rakyat dan ahli reformasi yang tidak percaya dengan tuduhan terhadap Anwar, Kalimullah telah tampil ke hadapan memberi sokongan padu kepada Dr. Mahathir dan UMNO.

Kalimullah telah secara terbuka menyeru teman-teman perniagaan dan wartawan untuk memberi sokongan kepada Dr. Mahathir.

Antara lain, Kalimullah menyatakan bahawa semasa bapanya sedang nazak di India, bapanya telah berpesan kepadanya (Kalimullah) supaya menyokong Dr Mahathir yang dianggap oleh bapa Kalimullah sebagai pemimpin Melayu dan Islam yang tiada tolok bandingnya.

Kerana pesanan bapanya, kata Kalimullah, beliau tidak teragak-agak menyokong Dr. Mahathir dan sanggup bergadai harta dan nyawa untuk mempertahankan beliau.

Apabila Anwar tumpas dan parti Keadilannya juga tumpas di dalam pilihanraya 1999, Kalimullah dan Singapura mula mencari personality baru untuk disokong di Malaysia dan kemudian diperkudakan.

Khairy Jamaludin secara kebetulan merelakan dirinya. Khairy mempunyai cita-cita tinggi. Beliau juga berdendam kepada pentadbiran Dr. Mahathir yang disalahkannya sebagai penyebab kematian bapanya seorang bekas diplomat yang membunuh diri kerana tekanan perasaan selepas kontraknya tidak diperbaharui.

Ditambah pula dengan latarbelakang akademik yang menyerlah, maka Kalimullah yang telah ditugaskan oleh Singapura untuk mencari calon yang sesuai untuk agenda republic itu, telah memilih Khairy.

Khairy amat sesuai kerana dia tidak mempunyai rasa patriotic yang tinggi kepada Malaysia dan semangat Melayunya juga amat luntur kerana dibesarkan di luar negara dan tidak pernah melihat pentingnya Dasar Ekonomi Baru untuk umat Melayu.

Dari segi Islamnya, Khairy juga tidak mempunyai penghayatan yang kukuh kerana cara hidup sebagai seorang anak diplomat di luar Negara tidak menjadikan Islam satu cara hidup sebagaimana anak-anak Melayu lain yang dibesarkan di Malaysia.

Khairy juga mempunyai teman wanita berbangsa Cina dari Singapura. Mereka berkongsi ranjang semasa belajar di Britain dan hubungan itu berterusan sehingga mereka kembali ke Negara masing-masing.

Malahan, dikalangan teman-teman rapat Khairy, mereka sering berkata bahawaKhairy masih lagi berhubungan secara intim dengan gadir Singapura itu walaupun selepas berkahwin dengan Nori, anak Pak Lah.

Kisah percintaan Khairy dengan Nori juga sebenarnya hasil perancangan licik Kalimullah yang telah menemukan mereka. Nori mudah tumpas ditangan Khairy yang beria-ia menunujukkan cintanya kepada Nori yang dari segi rupa tidak seberapa dan tidak sepadan dengan Khairy.

Bagi Khairy, mencintai Nori bukan sesuatu yang susah. Baginya, sesiapa sahaji yang boleh membuka jalan untuk mencapai kuasa boleh dicintai dan dicumbui. Khairy tahu, dengan kuasa, dia akan dapat memilih gadis-gadis yang diidamkan untuk dijadikan penghibur hatinya.

Hari ini jelas, Maya Karin serta gadis Singapura itu, menjadi penghibur hatinya dan Nori menjadi sumber kuasanya.

Kesabaran Khairy dan kesanggupannya mengahwini Nori sekarang membuahkan hasil bukan sahaja untuk dirinya malahan untuk Kalimullah dan sudah tentu Singapura.

Sejak Pak Lah mengambilalih dari Dr Mahathir, Singapura tidak lagi menunjukkan sikap bermusuh malahan menunjukkan kesediaan untuk berbaik-baik.

Bagi Pak Lah, ini adalah kejayaan diplomasinya. Tetapi umum tahu, Singapuratidak pernah berminat untuk berbaik-baik dengan Malaysia dalam apa keadaan sekalipun kecuali jika ia menguntungkan republik. Itu.

Sekarang dengan adanya Khairy dan Kalimullah sebagai orang kepercayaan Pak Lah, Singapura tidak perlu bermusuh malahan berbaik-baik dengan Malaysia akan menutup rahsia hubungan mereka dengan Khairy dan Kalimullah.

Hasilnya, Temasek, badan pelaburan kerajaan Singapura bereluasa di Malaysia, mengambil alih pantai Holdings, Southern Bank Berhad, Avenue Capital (menerusi ECM Libra yang diterajui Kalimullah dan Khairy sebagai ahli lembaga), Telekom Malaysia selain dari mencuba untuk menerobos syarikat Malaysia seperti Proton.

Kepentingan Melayu dan UMNO semakin terpinggir dan inya dilakukan secara sistematik tanpa disedari oleh umat Melayu. Kesemua dilakukan atas nama meritocracy dan hamper kesemua media massa, terutama dari luar Negara menyokong usaha itu kerana selari dengan agenda globalisasi.

Dr. Mahathir yang telah melihat usaha Singapura menghancurkan kepentingan Melayu akhirnya tidak lagi dapat menahan dirinya lantas secara lantang mengkritik kepimpinan Paklah dengan harapan ahli UMNO dan orang Melau akan sedar akan ancaman yang mereka hadapi.

Namun, suaranya itu dibantah oleh orang Melayu dan ahli UMNO sendiri. Maka berleluasalah Si Kitol dan Raja Mendeliar. Akan hancurkan tamaddun Melayu moden yang dibina oleh UMNO kerana angkara mereka ini ? Akan terjajahkah kita lagi ?

ihsan PANG5HUSIN!

16 comments:

Tam Dalyell said...

Penulisan sebegini semestinya disebarluaskan supaya bangsa Melayu tidak lagi lena dibuai oleh cerita-cerita afundi dan lawaking.

Adalah malang sekali, bukan Melayu menunjukkan sokongan bukan kerana taat setia kepada kesenangan dan kemewahan yang sudah dicurahkan oleh negara kepada merake, tetapi ketaatan mereka ialah kepada diri mereka sendiri, (malangnya melalui si ketol dan si mendeliar yang seperti mereka juga,) yang tidak puas-puas meminta-minta, mengambil dan mengambil tanpa mahu memberi seinci pun.

Mereka pilih Nizar kerana nizar beri mereka tanah milik kekal, maka sesiapa tidak seperti Nizar tidak akan mereka pilih. Kerena mereka bersikap begini, mereka sekarang mempunyai kuasa penentu, (malangnya melalui penderhakaan Melayu pengkhianat juga), hingga Melayu yang majority terpaksa tunduk kepada kuasa undi mereka.

Terima kasih Melayu Pas.

PARPUKARI said...

WOW, BIAR BETUL SI KJ NI?

ISY, KANG MARAH PULAK PENYOKONG KJ KANG...

PENDEKAR, INI CERITA BETUL KE?

AMBAJ said...

Banyak orang perasan yang DSAI tidak pernah kritik KJ. Jarang sekali dan boleh dikatakan tidak. Untuk pengetahuan semua DSAI adalah idola KJ dan lebih dari itu. Memang ada rancangan antara mereka berdua di sebalik 'kelambu', tidur bantal lain-lain tapi mimpi sama. Memang KJ di hantar oleh DSAI untuk merosakkan dan mengahancurkan UMNO dan bengsa Melayu. KJ memang di 'masukan' ke UMNO dengan misi tersebut. Apalah sangat ada pada anak Pak Lah tu. Kalau di bandingkan dengan 'kehensoman' KJ ( walaupun hitam dan mata kuyu), saya rasa KJ boleh dapat yang lebih2 segalanya. Tapi oleh sebab misi penting KJ untuk menghancurkan UMNO dan buka jalan pada idola dia, terpaksalah KJ korbankan diri untuk bermenantukan orang kuat UMNO ketika itu. Dan nampaklah dari saat itu UMNO sudah mula rosak. Pada pandangan saya UMNO akan hancur oleh taktik kotor mereka berdua ini di bawah perancang Lee kuan Yew. KJ pun jarang atau pun tidak pernah kutuk DSAI, apalagi dalam kes liwat....dulu kini dan selamanya. DSAI juga terang2 mempermainkan bangsa dan agama. Bukan itu sahaja Lee Kuan Yew mempunyai agenda untuk kaumnya disini. Kalau Melayu lalai mungkin Penang akan merdeka.
Ini dua ekor patut dihapuskan dari bumi Melayu.

Anonymous said...

Kalau betul apa yg dikabokan oleh Pendekar Perak ttg dua mangkuk hayun ni ( KJ dan ABI ),org2 melayu patut sedar dan insaf.Kpd perwakilan pemuda UMNO yg memenangkan KJ sbg KP baru-baru ni, ANDA SEMUA MEMANG PENGKHIANAT BANGSA.PENTING DUIT DARI MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

PARPUKARI said...

TAPI AKU PUN RASA ADA SOMETHING WRONG A NI! TAH LA KENA TANYA BEBUDAK KJ LA NI!

Anonymous said...

Ya KJ pernah di temu duga dan dipuji setinggi gunung di tv singapura sebagai tokoh pemimpin muda yg berkaliber

tommy koh pernah berkata bahawa alangkah untungnya jika singapura ada bakat saperti kj

omong

Anonymous said...

fikirkan tentang undang undang wang simpanan cpf singapura mengenai pertukaran warga negara

ini dapat memberi bayangan

omong

House PK III said...

Terima kasih kepada yang sudi datang ke blog saya dan memberi komen, sememangnya KJ ni sangat bahaya orangnya!

Saya tak tahulah apa nasib pemuda UMNO di bawah kekuasaan dia. Semoga Allah lindungi Pemuda Umno yang lain!

Young Turks said...

C'mon... U people old generation, khairy is young hero!! He's the real Hang Nadim, intelligent, wise, superbly intellectual but like the real nadim, he is subjected to execution malay-warrior style.. When would u people LEARN!!

Check us out to see more.. real stuff from yr future Generation.. O Yeah!! Juz dun get fainted ok?!!
And oh, Check your sons & daughterzz tooo!
*click

Melayu Liberal said...

Kita kena terima KJ sebagai KP Umno Malaysia beri dia peluang untuk membuktikan kewibawaan dia sebagai pemimpin. kira kosong kosongla bila dia x ada dlm kabinet. kalau nak kira cerita kelemahan ni Yb dato Mukhriz pun ada, DSKT pun ada.. Mungkin kita boleh kata KJ the best among the worst... Dato Muhriz ni pun apa yg dia tahu sgt pasal kesusahan melayu..dari umur 16 tahun bapak dah jadi PM.. lu orang pikirla sendiri.. kita yg diluar ni dok sorak sana kutuk sini yg untung mereka dan keluarga mereka juga.. masa dato Mukhriz muda2 dulu pun huru hara jugak hidupnya... sudahla nak kata org..yg penting melayu kena bersatu.. Hidup Melayu Liberal!

KJ memang sial said...

Apa, nak bagi peluang kat kj, baik bagi peluang kat babi lagi bagus, kj ni memang cancer dalam umno, makin dibiar makin melarat la, kena buang kj sekarang jugak

Sisingamangaraja Gorgor said...

Siberuk itam nih bukan saje patut dibuang dari UMNO... Tapi berserta ngan si peliwat ngan si kali-campur-tolak patut dibuang dari Malaysia...~

Campak saje mereka ke lautan pasifik... Biarkan mereka berenang sendrik sampai ke negara pujaang mereka...~

Whahahahaha...~

...~

Sisingamangaraja Gorgor said...

Memang tepat skali apa yang dikatakan saudara penulis blog...~

Siberuk itam nih mempunyai sikap pedendam terhadap TDM, walaupun tindakan siberuk neh buleh menjahanamkan Bangsa & Negara...~

Samala jugak ngan sipeliwat tuh...~

Dendam pada TDM... tapi Alif, Ba, Ta jugak yang jadik mangsa...~

Dendam tak habih2...~

Da nak masuk kubo pun dendam gak lagi...~

Whahahaha...~

...~

Kurang Arif said...

PANG5HUSIN
Eh betul ke Pang5Husin yang KJ pernah berzina dengan gadis cina Singapura? Mana dapat sumber? Harap dapat nyatakan sumber sebagai bukti. Bahayalah menuduh orang berzina tanpa bukti. Walaupun betul KJ pernah buat dan hanya dia, gadis tersebut serta Allah yang mengetahui(sbb takde saksi) tapi setahu aku kita tak boleh tuduh dia berzina selagi tidak berjaya mengumpul bukti. Kecualilah jika dia mengaku. (Mungkin pendapat aku salah?)

Anonymous said...

Aku percaya Kj ada skandal di Singapura , malah aku percaya dia ada 'teman tapi mesra ' wanita lain selain Nori ..


anak diplomat , membesar diluar negara ..dari kecik sampai dewasa remaja tinggal dkt luar , masuk UMNO baru reti balik malaysia ! apa yang dia tahu tentang melayu dan islam di malaysia ?

kalau bukan kerana kuasa duit dan nama Pak Lah sebagai PM , percayalah Kj tak akan mampu duduk dikerusi KP sekarang , mana dia cekau duit berjuta untuk ditabur pada semua cawangan dan perwakilan dari seluruh negara termasuk sabah dan sarawak masa pemilihan tempohari ?

dan sehingga kini , dia masih terus menabur duit !

Kj ni baik tak ada , dia ni manusia bahaya dan licik membelit , memang layak dipanggil si Kitol moden , lihat sahaja apa dia telah lakukan selama Pak Lah menjadi PM ? dia gunakan kesempatan itu dengan seluas2nya , mengaut segala apa yang perlu !

pemilihan akan datang , pastikan Kj OUT !

awak tak kisah,saya kisah said...

Kesian Puan Nori