Saturday, August 4, 2012

Test

Saja nak test je!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 19, 2012

Testing Testis

Satu labah-labah! Panjat tinggi-tinggi, bila hujan turun kutti mula lari! Terbit matahari syahir panjat lagi....eh? wtf?

Friday, October 7, 2011

BAJET PENUH 2012

NONEBerpakaian baju Melayu  merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara". 

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia. 

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

INTIPATI BAJET 2012


azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.


azlanPeruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.  

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. 

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima "durian runtuh". Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. 

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

azlanPolis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one offkepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. 

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

NONETeksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP. 

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

azlanMeringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. 

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. 

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.  

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. 

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. 

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. 

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


Sent from my iPhone

Thursday, March 3, 2011

Anwar Peliwat marah dengan media Pro UMNO dan Utusan

Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TV Selangor
memetik beliau berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

NONE"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim (bahawa kononya) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'.

"Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol... jadi jangan fitnah orang," kata Anwar.

"Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun... hentikanlah fitnah khianat ini," katanya.

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

NONE"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? Lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. Ada katil, khas. Tadi Ketua Polis IPD Bukit Aman sahkan tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? Dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? Tak ada. dia tidur atas lantai simen? ya," katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa.

"Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya - maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.

NONEAnwar mendakwa meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikatnya ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

"Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.

"Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima. Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima" ujar Anwar. Malaysiakini

Wednesday, March 2, 2011

Buku Jingga Hanyalah Umpan Politik - Dr Mahathir

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik.

Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini.

"Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau.

Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. - BERNAMA

Tuesday, March 1, 2011

Karpal pertikai kenapa Anwar tak dapat layanan ISTIMEWA!

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah TinggiKuala Lumpur bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.

NONETimbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman (kiri) berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai, 2008.

Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.

Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.

NONESaksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepadagambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.

NONEUntuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.

Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.

Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?
Yahya: Tak pasti.
Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?
Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.
Karpal: Bila arahan itu dibuat?
Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.
Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?
Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan.
Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?
Yahya: Saya tidak boleh menjawab.

NONEAnwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.

Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.

NONEKetika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.

Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.

Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung petang ini.

- Bernama

Monday, August 9, 2010

‎​Keluar Parti Kerana Pas Tolak Perpaduan

KOTA BHARU, 8 Ogos – Seramai 194 ahli Pas mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini.

Mereka merupakan ahli Pas di tiga buah kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek.

Ketiga-tiga Kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran 'kawasan hijau' berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas.

Kesemua ahli Pas terbabit telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah `Selamat Tinggal Pas' di Kampung Tukang Dolah di sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk.

Turut hadir memberikan ceramah adalah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin.

Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional dalam merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Beberapa bulan lalu ketika di Pasir Mas ada penyokong setia Pas termasuk pemimpin mereka menyertai UMNO dan malam ini sekali lagi anda semua telah membuat satu keputusan yang betul.

"Di sinilah kita bermula, saya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk kita bersama-sama menumbangkan Pas Kelantan dan merampas semula negeri ini," jelas beliau sambil mendapat sorakan padu penduduk yang hadir

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 1, 2010

Peniaga perlu senaraikan barangan jualan murah - Menteri

BERA 31 Julai — Semua pekedai dan pemilik pasar raya yang ingin mengadakan "Jualan Murah Hari Raya Aidilfitri" diwajib menyenaraikan sekurang-kurangnya 70 peratus barangan atau produk berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Seiringkan reformasi pendidikan dengan transformasi ekonomi - TPM

KUALA LUMPUR 31 Julai — Malaysia perlu melaksanakan reformasi dalam bidang pendidikannya secara holistik agar ia sejajar dengan pelaksanaan transformasi terhadap ekonomi negara untuk menghasilkan ekonomi berasaskan inovasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 31, 2010

Tee Boon Hock Sacked!

DAP sacks Klang municipal councillor Tee Boon Hock who allegedly misused a Selangor exco member's letterhead to secure contracts for cronies

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kes Bunuh MCA

Ketua Cwgn MCA Changkat Keruing, Lim Ping Peng ditemui mati, dipercayai dibunuh dlm perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Lumut hari ini

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MACC Chief Says

MACC chief Abu Kassim says he will step down if any complaint made to the MACC, including against Cabinet ministers, goes uninvestigated
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 25, 2010

Mengungkap Kembali Sejarah PRU ke 12! Mesti Baca

SEBERMULA, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu melalak dengan laungan ‘Mahukan Perubahan’. Maksudnya, perubahan pemerintah negara atau kerajaan. Dan sudah tentu kerajaan yang dimaksudkan ialah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Hasilnya, pada 9 Mac 2008 menyaksikan keputusan PRU 12 yang memeranjatkan di satu pihak dan menggembirakan di pihak lain. Kerajaan BN hampir tumbang dan majoriti 2/3 di Parlimen tidak berjaya dipertahankan. Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor berjaya di tawan pembangkang. Kelantan masih kekal dengan kerajaan Pas, sementara Negeri Sembilan hampir-hampir terlepas. Tidak ketinggalan, Wilayah Persekutuan juga hanyut ke tangan pembangkang.

Maka bersatulah tiga parti pembangkang yang bercelaru dari segi perjuangannya. Itulah yang diuar-uarkan dan diasak ke pemikiran rakyat. Kedah dan Kelantan milik Pas, Pulau Pinang untuk DAP dan Selangor hak mutlak PKR. Azizan dan Nik Aziz jadi MB Pas, Lim Guan Eng ditabalkan jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Khalid Ibrahim jadi MB PKR di Selangor.

Sementara Mohd Nizar dari Pas dapat percuma jadi MB Perak walaupun parti beliau bukan pemenang mutlak di negeri berkenaan. Nizar kira macam kena lotri le.... Dia dapat kerusi kerana perlembagaan negeri yang tidak membolehkan warga bukan Melayu/ Islam jadi MB. Atas jasa baik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Nizar diterima dan dibenarkan jadi MB.

Maka jadilah Si Nizar MB Perak yang bacul. Tak ada kuasa dan jadi boneka DAP kerana kerusi DAP lebih banyak dalam kerajaan pakatan di Perak.

Bagaimanapun, BN kembali berkuasa atas titah dan perkenan Sultan setelah kesepakatan dalam pakatan pembangkang mula retak dan pecah berderai setelah sebelas bulan memerintah.

Selepas berkuasa, kerajaan pembangkang yang menamakan diri mereka ‘Pakatan Rakyat’ mula bertugas sebagai pentadbir di negeri-negeri yang dimenangi. Ada yang sangat gembira dan tidak kurang pula yang berduka nestapa.

Dipendekkan cerita, maka memerintahlah pemimpin pembangkang dalam keadaan tanpa pengalaman. Selama ini mereka cuma tahu salahkan pemimpin BN sahaja. Tahu hentam kerajaan BN aje... Bila dapat kuasa dan ada kedudukan mereka tak tahu nak buat apa. Terkejut beruk.... Apa yang mereka tahu buat ialah menyalahkan kerajaan dahulu – BN, dalam apa jua masalah yang timbul akibat tak gheti buat kerja.

Janji-janji pilihan raya gagal dilaksanakan. Kerja buat para MB dan Ketua Menteri baru itu juga entah ape-ape... Yang rakyat dengar cuma cerita kesalahan dan kesilapan pemimpin BN semasa mereka berkuasa daulu. Kroni dan rasuah jadi modal kempen. Tugas sebagai pemimpin negeri tidak menyerlah. Yang rakyat dapat adalah cerita-cerita keburukan pemimpin dahulu.

Rakyat diajak mendengar cerita-verita dongeng yang tidak logik dan bersifat fitnah. Khidmat dan kemajuan untuk rakyat tak nampak bayang. Yang diberikan kepada rakyat umum cuma ceramah politik. Siang malan pemimpin mereka berceramah. Dan ceramahnya tidak lain dari menyalah kerajaan BN dan kerajaan pusat yang masih di kuasai BN.

Perubahan yang sangat diharapkan rakyat semasa mengundi dahulu entah ke mana. Hari demi hari berlalu, bayng tak nampak. Habuk pun tarak....

Kini, setelah dua tahun berlalu dan bermacam masalah timbul di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, rakyat mula bosan. Lebih teruk lagi sebahagian pemimpin penting mereka lari lintang pukang meninggalkan parti masing-masing. Tidak cukup dengan itu, rakyat didedahkan pula dengan keburukan dan kelemahan pemimpin pembangkang. Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid Ibrahim jadi sasaran dan bahan berita utama negara.

Rakyat terkedu. Pening kepala dan tak tahu nak kata apa. Geleng kepala tak berkesudahan.... Jika terlajak perahu boleh undur, kini dah terlajak undi, nak buat macam mana? Garu kepalalah jawabnya....

Daripada empat buah negeri yang di kuasai pakatan sekarang ini, Pulau Pinang dan Selangor paling menarik perhatian. Macam-macam masalah timbul dan segala tuduhan terhadap pemimpim BN tardahulu terpercik ke muka sendiri. Isu rasuah dan kroni menjadi-jadi. Melayu cuba dipencil dan disisihkan dari Pulau Mutiara dan rompakan harta karun semakin ketara di Selangor.

Sebelum kuasa mereka kiamat, rakyat tidak dapat bayangkan entah apa lagi perlakuan onar yang pihak pembangkang akan lakukan. Tunggu dan lihat sajalah dalam keadaan kesal dan mengeluh.

Demikian secebis kisah ringkas rakyat negara bernama Malaysia, khasnya orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mencari perubahan melalui kuasa politik yang ada ditangan mereka.
Melayu semakin berpecah sementara kaum imigran yang tamak dan tak sedar diri semakin bersatu. Mereka bersatu untuk merampas negara ini dari kekuasaan orang Melayu.

Kini, politik kaum imigran semakin mantap setelah sekian lama selesa dengan nikmat kelebihan ekonomi yang mereka kuasai. Melayu terus berpolimik dan dalam keadaan sesat-larat sentiasa mencari mencari helah menyalahkan orang lain. Salah sendiri ditutup rapat.

Hakikatnya, hasil PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 menyaksikan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu menyesali nasib diri kerana baru teringatkan pepatah Melayu yang menyebutkan: Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran....

Sumber: Satu Melayu

Thursday, July 22, 2010

Banyak Masalah Selesai Lepas Sokong BN - Keshvinder

KAMPAR 21 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh berkata, banyak masalah yang dihadapi di kawasannya berjaya diselesaikan sejak menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

Serentak dengan itu, beliau bertekad tidak akan membenarkan pelbagai tuduhan termasuk tindakan mahkamah oleh bekas rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang memusnahkan masa depan dan karier politiknya.

Tegas Keshvinder, beliau akan mencabar apa jua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan tidak sesekali tewas tanpa melawan.

"Beberapa hari lalu, saya terima notis saman daripada peguam ADUN Titi Serong, Dr. Khalil Idham Lim Abdullah kerana tuduhan membuat fitnah.

"Mereka mahu membawa perkara itu ke mahkamah dan saya akan minta peguam-peguam saya melihat perkara itu dan melawan mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Khalil Idham daripada Pas dikatakan mahu menyaman Keshvinder jika bekas wakil rakyat daripada DAP itu gagal meminta maaf dan membayar RM500,000 kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu temu bual media.

ADUN Malim Nawar itu dilaporkan berkata, Khalil Idham secara peribadi telah meminjamkan wang sebanyak RM3,500 kepadanya walaupun beliau tidak memintanya.

Keshvinder turut menafikan tuduhan DAP bahawa beliau terlibat dalam isu kehilangan wang tunai RM45,000 dalam pejabat guamannya sehingga terpaksa keluar parti.

"Ia tidak benar sama sekali dan saya tidak tahu dari mana mereka dapat cerita ini. Tiada pencuri di dalam pejabat itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan tiada penduduk dalam DUN Malim Nawar bertindak memulaukannya selepas beliau keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Katanya, penduduk di kawasan itu masih datang berjumpa dan membawa masalah mereka kepadanya seperti biasa.

"Jika mereka benci saya, mereka tidak akan datang dan jumpa saya.

"Sebenarnya, banyak masalah yang dihadapi di kawasan ini berjaya diselesaikan sejak saya menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya. – Utusan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 20, 2010

Parti waris Ulama tuduh Ulama berbohong?

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mendakwa sebagai ‘pewaris nabi’ atau ‘pewaris ulama’ hari ini menuduh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berbohong. Ini kerana mereka mendakwa tidak pernah mendekati Ulama tersohor itu menjadi orang tengah dalam cadangan agar UMNO sebagai parti nasionalis Melayu duduk berbincang dan berunding dengan PAS, demi kepentingan bersama orang Melayu dan Islam.

Dua Naib Presiden PAS Dato Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayub menafikan bahawa PAS memberikan kebenaran agar Tan Sri Harussani bertindak sebagai orang tengah untuk membawa kedua musuh politik itu duduk berama dan berunding.

Laporan Utusan Malaysia:

Harussani jadi sasaran kritikan pembangkang

IPOH 19 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi.

Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu.

“Mufti ini pelik bercakap pasal Melayu, bukannya bercakap mengenai Islam. Kalau nak bersatu, UMNO kena bersatu dulu. Dalam parti dia berpecah-belah. Tengok apa berlaku di Sungai Petani dan Setiu,” katanya.

Menurut Idris, Harussani tidak perlu menjadi orang tengah kerana Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa dasar parti itu bukannya berasaskan Islam.

Sebaliknya, katanya, Pas mahu terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mereka mempunyai persamaan menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan rakyat.

“UMNO tak lawan rasuah, DAP menentang rasuah. Nak bekerjasama macam mana? UMNO tak memperjuangkan keadilan untuk rakyat tapi PKR memperjuangkan keadilan rakyat. Nak bersatu dengan mana?” katanya.

Berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong, Idris menegaskan, Pas tidak akan bersatu dengan UMNO secara politik kerana kepemimpinan parti tersebut telah menyatakan akan terus komited dengan pakatan pembangkang.

************************

Inilah sebenar benarnya sikap dan hati budi pemimpin PAS yang menggunakan tindakan sebagai pembohongan atas menegakan agenda ‘Membangun bersama Islam”. Apakah menuduh seorang ulama yang mengerjakan proses bagi orang Islam untuk berunding bagi kerjasama dan penyatuan orang Islam, demi kepentingan warga majoriti rakyat Malaysia seluruh itu sebagai ‘PEMBOHONGAN’?

Sah. PAS tergamak BERBOHONG.

Sumber: BigDogDotCom