Wednesday, April 7, 2010

Menteri Besar Perak di Selama!





Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir pagi ini tiba di Pejabat Daerah Kecil Selama untuk memulakan lawatan dua hari termasuk DUN Kubu Gajah.

Ketibaan beliau disambut Pegawai Daerah Larut,Matang dan Selama (LMS), Datuk Mahmud Murshid dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji MohdYusof bin Abusetan dan Pegawai serta Kakitangan Kerajaan yang lain.

Dr Zambery yang diiringgi oleh Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim,kemudian mempengrusikan Mesyuarat EXCO di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Selama.

Sebelum itu, Menteri Besar beramah mesra dengan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang hadir sambil bersarapan pagi.

Pada sebelah petang , Dr Zambery akan mengadakan majlis dailog dan ramah mesra di jamuan teh di padang Majlis Daerah Selama, sebelum berlepas ke Pusat HomestayBagan Baru.

Beliau akan mengadakan perlawawanan Bola Sepak persahabatan dengan pasukan ADUN Kubu Gajah di padang Majlis Daerah Bagan Bahru.

Pada sebelah malamnya Menteri Besar akan mempengerusikan Forum Perdana bertajuk Kerajaan Perak Aman Jaya membangunkan Ummah di perkarangan Mesjid Toh Paduka, Ijok.

Beliau juga akan berqiamulai bersama masyarakat di DUN Kubu Gajah di Mesjid Toh Paduka. Keesokannya selepas bersarapan pagi, Dr Zambery akan meninjau Latar Air Terjun Titi Dua, Sungai Jernih yang merupakan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Menteri Besar akan menamatkan lawatan beliau ke DUN Kubu Gajah dengan meninjau Ladang Ternakan Kambing Bore Negara di Sungai Segar dekat Pondok Tanjong dan Felcra Tebing Tinggi-Sungai Marlow.

Posted by DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN

1 comments:

Anonymous said...

Bestnya tengok MB Berjiwa rakyat ni kan?