Sunday, July 18, 2010

MB Mesra Rakyat!


YAB DS Dr Zambry menasihatkan agar kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak harus mendekati dan memenangi hati rakyat seolah-olah esok adalah pilihan raya. Kita tidak seharusnya menunggu waktu pilihan raya sahaja untuk bergerak kerana sikap sebegini boleh membawa persepsi kurang baik terhadap wakil rakyat BN di kalangan rakyat. 

"Bekerja keraslah dari sekarang. Dekat, dengar dan selesaikan masalah rakyat, Jangan buat rakyat marah," katanya semasa berucap merasmikan Program Mesra Pelanggan dan Juara Rakyat di Padang Sungai Kerang, Trong.

Peringatan tersebut bukan sahaja kepada wakil rakyat sebaliknya penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan juga turut dikehendaki turun ke bawah menyelesaikan masalah seharian rakyat. Pendekatan ini sebenarnya sejajar dengan konsep 3P iaitu PADANG, PERASAAN dan PENGISIAN yang diamalkan kerajaan negeri ketika ini.

Dalam perkembangan yang sama, YAB DS Dr Zambry juga berkata BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan rakyat dan ini dibuktikan dengan komitmen serius kerajaan negeri merancang dan melaksanakan pelbagai pembangunan ekonomi. 

Sumber: Selamatkan Perak

0 comments: