Tuesday, July 20, 2010

Parti waris Ulama tuduh Ulama berbohong?

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mendakwa sebagai ‘pewaris nabi’ atau ‘pewaris ulama’ hari ini menuduh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berbohong. Ini kerana mereka mendakwa tidak pernah mendekati Ulama tersohor itu menjadi orang tengah dalam cadangan agar UMNO sebagai parti nasionalis Melayu duduk berbincang dan berunding dengan PAS, demi kepentingan bersama orang Melayu dan Islam.

Dua Naib Presiden PAS Dato Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayub menafikan bahawa PAS memberikan kebenaran agar Tan Sri Harussani bertindak sebagai orang tengah untuk membawa kedua musuh politik itu duduk berama dan berunding.

Laporan Utusan Malaysia:

Harussani jadi sasaran kritikan pembangkang

IPOH 19 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berusaha menyatukan orang Melayu menjadi sasaran kritikan pemimpin Pas dalam ceramah yang diadakan di Kampung Pasir Putih Tambahan di sini malam tadi.

Harussani dituduh mahu mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan agama.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad yang menggesa Mufti Perak tersebut menghentikan usahanya itu.

“Mufti ini pelik bercakap pasal Melayu, bukannya bercakap mengenai Islam. Kalau nak bersatu, UMNO kena bersatu dulu. Dalam parti dia berpecah-belah. Tengok apa berlaku di Sungai Petani dan Setiu,” katanya.

Menurut Idris, Harussani tidak perlu menjadi orang tengah kerana Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan mendakwa dasar parti itu bukannya berasaskan Islam.

Sebaliknya, katanya, Pas mahu terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mereka mempunyai persamaan menentang rasuah dan memperjuangkan keadilan rakyat.

“UMNO tak lawan rasuah, DAP menentang rasuah. Nak bekerjasama macam mana? UMNO tak memperjuangkan keadilan untuk rakyat tapi PKR memperjuangkan keadilan rakyat. Nak bersatu dengan mana?” katanya.

Berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong, Idris menegaskan, Pas tidak akan bersatu dengan UMNO secara politik kerana kepemimpinan parti tersebut telah menyatakan akan terus komited dengan pakatan pembangkang.

************************

Inilah sebenar benarnya sikap dan hati budi pemimpin PAS yang menggunakan tindakan sebagai pembohongan atas menegakan agenda ‘Membangun bersama Islam”. Apakah menuduh seorang ulama yang mengerjakan proses bagi orang Islam untuk berunding bagi kerjasama dan penyatuan orang Islam, demi kepentingan warga majoriti rakyat Malaysia seluruh itu sebagai ‘PEMBOHONGAN’?

Sah. PAS tergamak BERBOHONG.

Sumber: BigDogDotCom

0 comments: