Sunday, November 22, 2009

Nizar DAPberg: Kadar Jenayah di Perak turun sejak BN Perintah!

INDEKS jenayah di negeri Perak turun ke bawah paras satu peratus sejak Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri berbanding lime peratus di bawah pemerintahan pakatan pembangkang selama 11 bulan.

Penurunan indeks jenayah ini menunjukkan keberkesanan pihak polis menangani usaha mencegah dan membenteras kegiatan-kegiatan jenayah. Menteri Besar Dr Zambry Abd Kadir berkata ini menunjukkan kecekapan serta keseriousan polis.

“Polis adalah sahabat rakyat dan bukannya musuh seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak,” katanya ketika merasmikan program pecah tanah Balai Polis Pangkor yang bernilai RM27 juta.

Akhir-akhir ini pakatan menggambarkan polis sebagai penghalang demokrasi semata-mata kerana bertindak mencegah rusuhan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang. Kejaidan 7 Mei, 2 Sept dan 28 Okt lepas, apabila pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang cuba menimbulkan huru-hara, digambarkan sebagai tindakan polis menghalang kebebasan rakyat.

Soalnya apakah polis mesti mengizinkan pembangkang bebas berdemonstrasi dan menimbulkan huru-hara baru dikatakan pasukan itu bebas? Adakah semata-mata kerana polis mahu mewujudkan keamanan, ia dituduh sebagai bersengkongkol dengan UMNO dan BN.

Cuba bayangkan jika pasukan polis membenarkan tindak-tanduk yang menjejaskan keamanan – demonstrasi dan berguling-guling atas jalan (seperti yang dilakukan oleh PAS pada DYMM Sultan Perak di Kuala Kangsar pada Februari lepas), siapa yang akan menjadi mangsa? Tentunya rakyat.

Sebenarnya polis yang banyak bersabar dalam menangangi karenah pakatan pembangkang. Pada 28 Okt lepas Nizar Jamaludin merampas topi polis dari kepala seorang pegawai kanan ketika beliau cuba mewujudkan huru-hara di luar bangunan SUK.

Sehingga sekarang tiada sebarang tindakan dan pendakwaan yang dibuat terhadap bekas Menteri Besar itu. Adakah kerana beliau seorang pemimpin pakatan, maka tidak ada tindakan yang boleh diambil terhadapnya?

Begitu juga bila Sivakumar mencuri jubah speaker Kerajaan Negeri beliau tidak ditahan malah mengingkari perintah polis untuk hadir memberi keterangan di balai. Mungkin kerana tindak-tanduk yang tidak menghormati undang-undang seperti inilah yang menyebabkan indeks jenayah di bawah paras 1 peratus. Jika tidak ada karektor seperti Nizar dan Sivakumar pasti Perak boleh mencapai indeks jenayah sifar.

Posted by NIZAM ISA

0 comments: