Monday, November 23, 2009

Nizar DAPberg: Nasharuddin Dikejarkan Ke IJN Selepas Mengadu Sakit Dada

Timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa ditolak dengan menggunakan kerusi roda ketika keluar dari klinik Parlimen sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. -foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa, 47, hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung pada pukul 11.30 pagi ini.

Timbalan Presiden PAS itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Anggota Parlimen Tumpat daripada PAS Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi ke IJN.

Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata Nasharuddin "pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya."

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.BERNAMA

1 comments:

armouris said...

info tentang serangan jantung kat sini - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi