Wednesday, February 10, 2010

Laporan di sebalik tabir dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya - Satu Pendedahan Luar Biasa!

Yang berbaju kuning ini adalah di antara NGO-NGO Melayu dari Perak!

Saat menanti keputusan mahkamah, semuanya menunggu dengan penuh debaran!

Ini antara Pemuda UMNO dari bahagian Tambun yang datang untuk memberi sokongan!

Memang ramai sungguh anak-anak mudari Perak datang untuk menyokong Dr Zambry!

Di sebelah sana adalah penyokong Pakatan Pembangkang!

Masih menanti keputusan mahkamah

Di saat ini sudah kelihatan kebanyakan wartawan sudha pun bersiap sedia untuk menerima berita dari dalam mahkamah!

Hampir saja keputusan diumumkan!

Masing-masing berebut posisi untuk membuat temuramah

Antara beberapa pemimpin UMNO yang datang memberi sokongan

Masih menanti dan pada saat inilah kami semua telah dipanggil untuk berkumpul di hadapan mahkamah kerana keputusan bakal diumumkan dan tidak berapa lama kemudian diisytiharkan bahwa Dato Sseri Dr Zambry telah memenangi kes ini dengan keputusan 5-0!

Inilah dianya saat kemenangan, Alhamdulillah akhirnya Dr Zambry menang dengan cemerlang!

Sepertimana yang telah semua ketahui akhirnya Dr Zambry sudah pun menang dengan keputusan 5-0, Perak Today memohon maaf kerana lambat mengemaskini laman ini kerana krew Perak Today balik ke Ipoh agak lewat semalam.

Buat pertama kalinya Perak Today menyaksikan penyokong UMNO/BN melebihi penyokong Pembangkang kerana selama ini seperti diketahui umum, setiap kali perhimpunan pakatan pembangkang melebihi penyokong BN.

Ini juga merupakan satu petanda yang baik buat UMNO/BN kerana sejak kebelakangan ini sudah mula kelihatan ramai anak-anak muda menyokong UMNO/BN kembali, cuma ada beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku.

Pertama:

Sebelum mula lagi perbicaraan, penyokong dan pemimpin BN telah datang awal ke perkarangan mahkamah, ada yang datang seawal jam 7 pagi, kesemua mereka beratur untuk mengambil PAS, juga kelihatam pada waktu itu beberapa Ahli Exco dan ADUN BN sedang beratur sekali juga untuk mendapatkan PAS masuk.

Namun apa yang Perak Today kesali ialah sikap beberapa pegawai polis yang melayan pemimpin pakatan pembangkang seperti seolah-olah mereka adalah VVIP, ini jelas dapat dilihat bilamana Nizar dan isterinya tiba ke mahkamah sekitar jam 8 pagi tetapi pihak polis yang sedang mengawal di dalam mahkamah telah membenarkan dia masuk tanpa beratur, tidak cukup dengan itu, pegawai polis tersebut siap membawa kerusi utuk Nizar dan isteri duduk di belakang peguam.

Apabila da pihak yang tidak berpuashati bertanyakan kepada pegawai tersebut kenapa diberikan layanan istimewa untuk Nizar dan isteri, pegawai tersebut menjawab, "mereka ini mesti berada di sini kerana mereka mempunyai kepentingan"

Malah perkara ini bukan sahaja setakat Nizar, pihak polis yang megawal di dalam juga memberi layanan istimewa kepada pemimpin pembangkang yang lain seperti Lim Kit Siang dan rakan-rakan lain dari Pembangkang!

Inikah keadilan? Pihak polis yang selalu dimaki hamun oleh pakatan pembangkang ini memberi layana yang begitu istimewa sekali kepada mereka, tetapi lain pula ceritanya dengan adun dan exco BN, mereka terpaksa beratur dan menunggu giliran mereka, tiada layanan istimewa malah ada yang tidak dapat masuk ke mahkamah walau mereka telah sampai ke mahkamah dari awal lagi.

Perak Today berharap yang di masa hadapan perkara sebegini tidak berlaku, sebagai anggota badan beruniform mereka haruslah bersikap adil dan saksama tanpa mengira siapakah pemimpin tersebut! sudah ada semacam satu diskriminasi disini.

Insiden kedua yang ingin Perak Today bangkitkan disini ialah tentang sikap penyokong Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Cikgu Bard dari Negeri Sembilan, beliau telah membuat provokasi yang melampau dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin BN yang berada disitu, mereka seolah-olah tidak dapat menerima keputusan mahkamah!

Segala cacian dan makian mereka langsung tidak diendahkan oleh penyokong BN, dari sini kita dapat melihat kematangan penyokong BN yang tidak termakan umpan murahan pembangkang, kesemua penyokong pembangkang meneruskan provokasi seolah-olah mereka sudah kehilangan akal yang waras, padahal tidak beberapa ketika sebelum itu mereka telah melakukan solat hajat di tempat tersebut.

Perak Today tidak sangka yang mereka akan bersikap demikian, sekalung tahniah Perak Today ucapkan kepada penyokong Dr Zambry yang bersikap dengan tertib dan tidak melayan provokasi murahan pembangkang, biarlah rakyat yang menilai sikap mereka yang tidak bertamadun ini.

Sekian saja laporan dari Putrajaya dan Perak Today sekali lagi ingin memohon maaf diatas kelewatan menyiarkan berita ini.

Kepada Dr Zambry, MB berjiwa rakyat, Perak Today mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Perak Today berharap di bawah pentadbiran Dr Zambry nanti nasib rakyat akan terbela, Perak Today akan membawa laporan dari masa ke semasa segala akitiviti MB Rakyat yang disayangi ini.

6 comments:

Anonymous said...

Salam...ucapan tahniah pada pemimpin BN yang sama2 susah bersama rakyat..berbaris untuk mendapat giliran...sikap ini harus di puji kerrana dengan cara ini sajalah rakyat tidak segan silu untuk berdamping dgn pemimpin...
Slogan ..PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

Pedulikan dengan keegoan pemimpin parti pembangkang, mereka masih tidak sedar diri dan tak tau malu sbb pintu taubat masih belum terbuka..
SETIAP YG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..
WALLAHUALAM...

Malaysian-2Day said...

Tahniah dan semoga perak terus maju di bawah pimpinan Dr Zambry. Biarlah nizar MEROYAN di samping rakan2 nya. Kita teruskan dgn usaha memajukan negeri kita ni. TAKBIR!

10 BUDAK HITAM said...

Salam,

Tahniah dan syukur kehadrat illahi kita masih diberi peluang utk berkhidmat dan membuktikan sesuatu kepada Rakyat Perak.Rapatkan Saf dan Bersatu padu dalam menyiapkan jentera pertahanan agar kita tidak lagi lemah dan lalai seperti sebelumnya.Buktikan Sokongan kita yang tidak berbelah bahagi dan bersama-sama kita membantu dalam menyelesaikan kekusutan serta masalah rakyat jelata.

----------------------------------

Kami Terjah, Kami Bongkar & Kami Kerjakan di 10SIBUDAKHITAM.BLOGSPOT.COM

Anonymous said...

memang lah ramai...coz bdk2 rempit tu dibayar RM20 dan diberi t-shirt kuning....itu lah 'harga diri' rakyat yg dibeli oleh "Bee End"..

Anonymous said...

'rezeki' buat rakyat perak.. skrg BN akan usaha buat 'kebajikan' lebih dari biasa.. PR pula akan mempertahankan semangat penyokongnya.. sebab fakta pilihanraya menunjukkan 31 DUN menolak BN.. hanya 28 DUN menyokong BN.. cuma 3 ADUN aja yang melompat.. skrg rakyat behrang, cngkat jering leh la demand lebih.. lagi satu DUN DAP tu payah nak cakap la..

Anonymous said...

kang kalau zamry bagi lelebih kat Dun DAP lompat tu, hilang lak kedaulatan dan kuasa melayu..hehehh.. kena cucuk idung dgn cina lak ..cuma cina tambun dah dpt hasil baru nih.. melayu tambun tak buat demo ke?? abih le tanah yob bagi ke cina...hehhhehh