Tuesday, February 2, 2010

Pendedahan Gempar: PAS NAK JADI BONEKA USA?


Tak cukup dengan provokasi dan manipulasi keputusan yang belum diumumkan, Nizar Jamaluddin cuba mendabik dada kononnya lawatan wakil Kedutaan Amerika Syarikat ke pejabat Pas Perak pagi tadi adalah sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes “Nizar vs Zambry” yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

Dalam keadaan celum-celam dibawa badai, Nizar sanggup berpaut dengan apa sahaja objek yang melintas di depannya, biarpun objek itu tidak ada kena mengena langsung dengan sistem kehakiman di sebuah negara merdeka dan berdaulat seperti Malaysia.

Sebuah blog Pas, Al Husseyn melaporkan begini - “Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini”.

Pagi tadi Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika, Jeremy Nathan bersama Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, Ravi Manickam membuat kunjungan ke pejabat Pas Perak di Ipoh. Nizar dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussin adalah antara pemimpin Pas negeri yang menyambut kehadiran mereka.

Jika diamati kenyataan Jeremy dalam blog berkenaan, beliau berkata bahawa kunjungannya itu telah lama dirancang dan tidak ada kena mengena dengan kes yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelas Jeremy kepada pihak media.

Tetapi Nizar dan Pas beriaya-iya mahu mengaitkan kehadiran wakil Kedutaan Amerika Syarikat itu dengan kesnya. Mungkin dari kacamata Nizar dan pemimpin Pas, USA itu kuasa besar dunia yang boleh mereka berpaut bagi mempengaruhi keputusan kehakiman di negara ini, termasuk rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak pada 22 Mei 2009.

Ingatlah Nizar dan pemimpin Pas. Malaysia sudah lama merdeka dan Negeri Perak ini berdaulat dan beraja. Adalah tidak wajar mengaitkan kehadiran wakil (bukannya duta jauh sekali Presiden) Amerika Syarikat dengan satu keputusan yang akan dibuat oleh sebuah mahkamah di negara merdeka bagi menyelesaikan isu sebuah negeri berdaulat.

Janganlah pula nanti Pas di Perak mahu mengikut telunjuk Amerika Syarikat jika Nizar menang pada 9 Februari nanti, atas perkiraan cetek mahu mengenang budi kerana kunjungan seorang wakil kedutaannya telah berjaya mempengaruhi keputusan mahkamah.

Cukup-cukuplah Pas menjadi boneka DAP, jangan pula mahu menjadi boneka Amerika Syarikat. Malu nanti rakyat Perak Darul Ridzuan.

Sumber: Blog YB Khusairi Talib

2 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..SO NIZAR KATUN NI KLON KPD 'ANAL'WAR JUGAK. MALAH RAMAI LG PENCACAI2 MCM RPK CARI 'SUAKA POLITIK' KE LUAR ATAU DLM NEGARA. TP YG 1 PERKARA YG KITA TAU..DIORANG MMG DAH KECUT TELOW! HEHEH

House PK said...

Bro Jeff< Perak Today ni siapa punya ya?