Monday, February 1, 2010

Tahniah UMNO Perak di atas pelancaran Portal UMNO Perak!



MB Perak ketika melancarkan laman portal UMNO Perak.


Perak Today difahamkan bahawa UMNO Perak telah melancarkan sebuah portal baru beralamat http://www.umnoperak.my/, portal ini mengandungi 24 blog bahagian UMNO di negeri Perak.

Tujuan portal ini disediakan adalah untuk memudahkan rakyat mengakses ke blog bahagian masing-masing untuk mengetahu aktiviti terbaru di bahagian tersebut, dari apa yang difahamkan kepada Perak Today, Perak adalah negeri pertama yang melancarkan portal sebegini.

Ianya adalah seperti 'one stop center' untuk UMNO Perak, Tahniah dan Selamat Maju Jaya Perak Today mengucapkan kepada UMNO Perak. Sememangnya kita tidak boleh menafikan UMNO Perak sangat komited dalam hal ICT!

Tahniah sekali lagi dan kami harap blog-blog bahagian akan dikemaskini setiap masa.

0 comments: