Tuesday, March 23, 2010

Mohsin bebas kerana bukan ahli dan disisihkan cabang



Ramai antara kita tidak tahu yang sebenarnya Mohsin Fadzli, MP Bagan Serai telah dilucut keahliannya daripada PKR lama sebelum mengumumkan keluar pada awal bulan ini.Keputusan pemecatan keahlian beliau telah dibuat oleh cabang PKR Bagan Serai pada 29 Mei 2009 dengan undi 19/20 Ahli Jawatankuasa. Selain itu beliau telah digugurkan daripada jawatan naib Ketua cabang  Bagan Serai.



Perkara inilah yang menjadi persoalan kenapa ramai pihak mempertikaikan Mohsin Fadzli keluar daripada PKR sedangkan beliau telah dilayan seperti sampah sarap di dalam cabangnya sendiri. Mohsin Fadzli telah melaporkan perkara ini kepada Pusat tetapi tiada tindakan diambil dan beliau hanya memerhati daripada jauh apa yang berlaku di dalam cabang yang mana beliau menjadi ahli dan digantung tak bertali.

Jadi mohon penjelasan kepada pihak PKR dan pihak PAS yang ingin mengadakan solat hajat 7 hari 7 malam kerana keluarnya Mohsin daripada gabungann mereka.

Apa yang menyebabkan Mohson Fadzli keluar PKR, wang atau anda semua yang menyisihkan beliau?

Tak payah nak berdrama kononnya Mohsin Fadzli disogok wang jutaan ringgit. Cakap sahaja anda gila kuasa dan mahu kedudukan Mohsin sebagai ahli PKR.

Rakyat tak bodoh brother.

Bersambung..

0 comments: