Sunday, August 16, 2009

Bila KJ akan disiasat SPRM?


Mintak ampun mintak maaf sebanyak mana yang ada, bukan niat Maya untuk memberi arahan apakah yang patut dilakukan oleh para pembesar UMNO. Tetapi jika keadaan ini dibiarkan, bagaikan luka yang masih lagi belum sembuh diletakkan garam, aduh sakit bukan kepalang.

Khairy si menantu Pak Lah adalah makhluk yang menyebabkan UMNO luka berdarah. Kemenangan Khairy yang disambut dengan laungan RASUAH adalah bukti bahawa si anak omak ni boleh dan sedang membuat UMNO kembali lemah. Mana tidaknya, tanggapan di kalangan anak muda kini ialah UMNO rasuah punya parti disebabkan kemenangan Khairy.

Pembesar UMNO perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan ke atas Khairy. Laungan diluar dewan tempoh hari adalah satu bukti yang nyata bahawa kemenangan Khairy disebabkan politik wang semata-mata. Kenapa perlu lagi mengambil masa?



Pembesar UMNO tidak perlu bimbang akan adanya perpecahan parti jika tindakan diambil ke atas Khairy. Malah jika tindakan diambil ke atas Khairy, ianya akan disambut dengan senang hati, khususnya oleh penyokong akar umbi. Masakan tidak, akar umbi juga faham sokongan kepada UMNO merosot pada tahun 2008 disebabkan oleh Pak Lah-Khairy punya pukulan.

Maya bercakap bukan bermodalkan air liur sahaja, tetapi berpandukan statistik dan fakta. Lihat sahaja jenis-jenis penyokong Khairy di dunia maya. Walaupun boleh dikatakan banyak blog pro KJ dalam dunia siber, tapi kewujudan mereka ini sebenarnya tidak sangat membantu UMNO, cuma hanya untuk mempromosi "Tuan" mereka sahaja.

Satu lagi yang cukup mengerankan Maya, KJ nampaknya sengaja membiarkan kerosakan yang dilakukan diketahui ramai dan dikaitkan pula dengan UMNO. Ianya seolah-olah satu konspirasi untuk memburukkan dari dalam. Segala tuduhan ke atas Khairy tidak dinafikan secara intelektual oleh KJ punya trooper, sebaliknya mereka ini seperti Bro Jinggo dan seangkatan dengannya hanyalah menjadi bahan ketawa.


Oleh itu Maya menyeru kepada mereka yang mempunyai jurisdiksi untuk menentu, segerakan tindakan ke atas si menantu. Seandainya lebih banyak masa diberi maka lebih banyak kerosakan akan dilakukan oleh si Khairy. Sudah cukup setakat ini, Maya tidak mahu menangis lagi.

Sumber: Maya Khairy

0 comments: