Monday, March 30, 2009

MURKA ALLAH TERHADAP KEJAHILAN PAS DI PERAK

Pilihanraya semakin hampir. Ramai di antara rakan Pakatan Rakyat terutamanya PAS tengah sibuk berkempen ketika ini di Bukit Gantang. Cerita tentang perkara baik parti sendiri atau cerita tentang gosip dan hebah keburukan calon dan parti lawan, mana yang lagi mudah? Kepada rakyat sekitar kawasan pilihanraya, nilailah sendiri.

PAS tidak pernah memperjuangkan hak agama Islam untuk rakyat di negeri Perak yang tercinta ini. Sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan Islam, Perak Darul Ridzuan sudah pasti menjadi sebuah negeri yang diperintah oleh 100% kerajaan Islam setahun yang lepas. Sebaliknya tidak, mengapa?

UMNOlah parti yang TERBAIK DAN JUJUR yang sebenar-benarnya yang mempertahankan melayu dan Islam di Perak ini. Bukan PAS. Jauh sekali PKR. Pakatan Rakyat dengan DAP sebagai kepala gabungan?

MARI KITA LIHAT TURUTAN PERKARA SEBENAR APA YANG TELAH BERLAKU DI NEGERI PERAK YANG MELIBATKAN PAS SEBELUM INI.

Pada 8hb Mac 2008, sejumlah 59 kerusi telah dipertandingkan dalam pilihanraya Perak. Umum mengetahui, mana-mana parti yang bertanding MESTI memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi, untuk melayakkan diri mereka bagi membentuk sebuah kerajaan negeri. 4 buah parti yang bertanding ketika itu adalah BN, DAP, PKR dan PAS. Bagaimanapun, setelah keputusan pilihanraya dibuat TIADA SATU PUN daripada parti yang bertanding mendapat 30 kerusi bagi membolehkan mereka membentuk sebuah kerajaan negeri yang berteraskan ideologi parti masing-masing.

BN telah mendapat 28 kerusi (27-UMNO, 1-MCA), DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. Apabila ini berlaku, maka kerajaan Negeri Perak mengarahkan BN mencari rakan kongsi untuk tubuhkan KERAJAAN CAMPURAN.

Dan mengapa BN yang diperintahkan? Ini kerana BN adalah parti yang paling banyak mendapat kerusi di Negeri Perak, jauh lebih banyak daripada 3 parti lain yang turut bertanding. BN ketika itu cuma ada 2 pilihan;
  1. Mengharapkan mana-mana di antara 31 orang pihak pembangkang untuk keluar daripada pakatan atau lompat parti, maka apabila ini berlaku maka jadilah sebuah kerajaan untuk mentadbir negeri Perak.
  2. Daripada DAP, PKR, PAS, mana-mana satu parti yang menyertai BN maka sebuah kerajaan campuran boleh terbentuk.

Daripada apa yang berlaku pada pilihan 1, jelas sekali ia bukanlah satu jalan terbaik kerana BN tidak akan melayan tuntutan-tuntutan luar biasa ADUN Pembangkang yang hendak melompat parti kerana mereka dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan bukannya berjuang untuk rakyat ataupun berjuang demi bangsa dan agama. Inilah wajah sebenar wakil pembangkang.

Apa yang diharapkan oleh orang melayu dan orang Islam adalah supaya PAS DENGAN 6 KERUSI BERGABUNG DENGAN UMNO DALAM BN untuk TUBUH SEBUAH KERAJAAN ISLAM DI NEGERI PERAK. MENGAPA PAS bukan DAP ataupun PKR?

Sebab, di kalangan 3 parti pembangkang tersebut, yang ada perjanjian rasmi adalah PKR dan DAP sahaja. PAS TIDAK TERLIBAT DALAM PERJANJIAN PKR-DAP. PAS tidak boleh masuk ke dalam Pakatan Rakyat dan serasi mengikut DAP sehinggalah sekarang, keadaannya tetap juga seperti itu.

Maka, pada hari Ahad. 9hb Mac 2008, Datuk Seri Mufti Negeri Perak berlepas ke Kelantan. Keesokan harinya 10hb, selepas menunaikan solat subuh, beliau berjumpa dengan MB Kelantan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka kemudiannya telah berbincang dan demi menyelamatkan agama Islam di Negeri Perak, maka Tuan Guru Nik Aziz pun BERSETUJU agar PAS bergabung dengan BN/UMNO untuk tubuh sebuah kerajaan negeri campuran.

Jika ini yang berlaku dulu, sudah pastinya ia akanmenjadi kali pertama dalam sejarah, Negeri Perak DIPERINTAH OLEH KERAJAAN ISLAM 100% (UMNO-PAS). Walaupun daripada 28 kerusi BN, satu daripadanya kepunyaan MCA tetapi wakil MCA Dr.Ma meminta untuk tidak menjadi exco kerajaan negeri sekiranya hasrat gabungan UMNO-PAS untuk membentuk satu kerajaan campuran tercapai. Atas sebab inilah, Nik Aziz bersetuju.

Dan surat perjanjian yang dimeterai keduanya kemudian diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi pada hari Isnin 10hb.Mac 2008 di Kuala Lumpur sewaktu Majlis Tertinggi Umno sedang bersidang. Kemudian Pak Lah memanggil Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Tajol Rosli dan memaklumkan kepada beliau bahawa Nik Aziz telah bersetuju untuk bergabung dan membentuk sebuah kerajaan campuran.

Datuk Seri Tajol Rosli kemudiannya memanggil semua ADUN BN negeri Perak ke pejabat UMNO negeri pada hari yang sama dan memaklumkan bahawa beliau telah diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk mengadakan rundingan dan perbincangan dengan PAS bagaimana untuk membentuk sebuah kerajaan campuran UMNO-PAS di negeri Perak.

UMNO ADALAH SEBUAH PARTI YANG SANGGUP BERKORBAN UNTUK MEMBELA BANGSA DAN AGAMA. Mengapa dikatakan demikian?

TAWARAN PERTAMA - Sekiranya PAS bersetuju untuk bergabung dengan BN tawaran UMNO ketika itu ialah;

  1. 1 Jawatan MB adalah daripada UMNO, Datuk Seri Tajol Rosli menjadi MB Perak.
  2. 6 Jawatan Exco Kerajaan Negeri diberikan kepada semua ADUN PAS Perak.
  3. 4 Baki kekosongan Jawatan Exco Kerajaan Negeri diambil UMNO.

Bermakna jika ini dijadikan sebuah kerajaan campuran Negeri Perak akan ditadbir oleh 6 Exco daripada PAS, 4 exco dan satu MB daripada UMNO. Perlu ingat, bahawa PAS ketika itu cuma mempunyai 6 kerusi sahaja - parti yang memiliki jumlah kerusi yang paling sedikit di antara ketiga-kitga parti yang bertanding dalam Pilihanraya di negeri Perak. Waktu itu kesemua mereka di kalangan PAS menyambut baik cadangan itu.

Maka berharaplah UMNO pada Selasa 11hb.Mac 2008 rundingan itu dapat dilaksanakan. Tetapi MALANG bagi orang melayu dan orang Islam di negeri Perak, setelah semua rundingan dan tawaran telah dibuat, walaupun Nik Aziz telah bersetuju supaya PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran.

Apa yang diimpikan pencinta bangsa dan agama ini berkecai oleh satu bantahan daripada pihak PAS yang lain iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Hj Ahmad bin Awang. Beliau bukan setakat tidak bersetuju rundingan diadakan malah mengeluarkan satu fatwa – DAP itu Kafir, UMNO itu Zalim. Maka berkawan dengan DAP Kafir itu adalah lebih baik daripada berkawan dengan UMNO yang ‘zalim’. Rundingan ditutup. Tiada rundingan setelah itu.

Itulah sebabnya mengapa istana ketika itu telah beberapa kali menangguhkan istiadat mengangkat sumpah MB yang baru, kerana tiada perundingan dibuat.

Kesemua ADUN PAS tidak terbabit dalam bantahan tetapi mereka terpaksa mengikut keputusan Pesuruhjaya PAS itu kerana mereka telah diarahkan untuk berbai’ah dengan menyatakan bahawa sekiranya MEREKA TETAP TERUSKAN BERSAMA-SAMA MENYERTAI, MENUBUHKAN KERAJAAN BERSAMA BN, MAKA BAI’AHNYA ADALAH JATUH TALAK3 ISTERI MASING-MASING DI RUMAH?

Lihatlah, betapa ‘indahnya’ amalan pengikut PAS yang tidak betul ini. Ajaran apakah yang diamalkan mereka mengatakan bai’ah itu boleh dibuat dalam bentuk penganiayaan terhadap orang lain (isteri masing-masing) yang tiada kena mengena dengan urusan politik? 

Hinakah orang melayu UMNO yang sebangsa dan seagama dengan mereka jika dibandingkan dengan Kafir DAP?

Inilah yang harus dijadikan iktibar kepada kita semua. Sememangnya, Perak hampir-hampir melakarkan sejarah untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam 100% tetapi sungguh malang, ia telah disia-siakan oleh PAS yang kononnya hendak membentuk satu pemerintahan Islam di negara kita ini.

Setelah UMNO bermesyuarat, menyiasat dan setelah membuat risikan, rupa-rupanya PAS sendiri tidak mahu terima tawaran UMNO yang cuma memberikan jawatan exco kerajaan negeri kepada mereka. Mereka berkehendakkan yang LEBIH. Mereka menginginkan jawatan MB dari kalangan PAS. Demikian, DAP segera mengambil kesempatan menawarkan jawatan MB kepada PAS sekiranya mereka menyertai pakatan DAP-PKR. Satu tawaran yang disangkakan lumayan buat PAS ketika itu.

TAWARAN KEDUA - Oleh kerana bimbang dan risau akan kemungkinan tergadainya maruah bangsa dan agama Islam sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa maka pada 16hb. Mac 2008, UMNO bermesyuarat sekali lagi dan kali ini Datuk Seri Tajol Rosli telah membuat satu keputusan untuk melepaskan semua kepentingannya dan menawarkan jawatan MB kepada PAS. Mungkin dengan penyerahan jawatan MB ini, maka PAS diharap tidak bekerjasama dengan DAP-PKR. Beliau adalah seorang yang tulus dan membuat keputusan sedemikian kerana amat sayangkan maruah bangsa melayu dan agama.

Tidak cukup dengan itu, UMNO menawarkan 4 jawatan exco kerajaan negeri lagi kepada mereka. Malah UMNO turut menambahkan satu lagi jawatan speaker DUN kepada PAS. Jadi keseluruhannya;

  1. 1 Menteri Besar daripada PAS
  2. 4 exco kerajaan negeri daripada PAS
  3. 1 Speaker daripada PAS.

Kesemua ADUN mereka yang seramai 6 orang itu berkuasa. Manakala UMNO pula sekadar mengisi baki kekosongan jawatan exco yang ditinggalkan. Itulah tawaran yang PALING TINGGI YANG PERNAH DITAWARKAN UMNO KEPADA PAS. Semua ini dilakukan atas nama perjuangan demi bangsa dan agama tercinta.

Tetapi puak-puak PAS sombong! Mereka angkuh! Mereka lupa janji mereka kepada Allah S.W.T . Lafaz mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam cuma kata-kata yang diucapkan di mulut, tidak sedikitpun datang dari hati naluri mereka. PAS menipu orang Islam, menipu penyokong dan pengundi mereka.

MEREKA MENOLAK TAWARAN UMNO DAN BN, TETAPI MEREKA MENERIMA TAWARAN DAP. PAS cuma hendak menjadi MB bersama-sama DAP dan PKR.

Maka jadilah Pakatan Rakyat dengan PAS yang menjadi MB mengangkat sumpah di Istana kerajaan Negeri Perak pada 17hb. Mac 2008. Upacara meraikan kejayaan dibuat dengan tangisan gembira, lafaz kesyukuran penyokong PAS. Slogan kerajaan rakyat untuk rakyat berkumandang dengan megahnya. PAS kini mencapai kemuncak kegemilangan dan telah berkuasa dengan bilangan kerusi DUN yang paling sedikit.

Tertubuhlah satu kerajagaan PAS di Perak sebagai MB yang tidak berkuasa. Sekali lagi, TIDAK BERKUASA! Mengapa?

  • Seorang MB apabila mengangkat sumpah sebagai MB di istana, kuasa dia yang pertama adalah melantik 10 orang exco. Tetapi MB lantikan PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin terpaksa mengambil masa sehingga 20 hari untuk memilih ahli exconya. Mengapa? Sebab, dia bukan MENTERI BESAR YANG BERKUASA.
    DAP berkehendakkan 7 kerusi exco, akhirnya mendapat 6.
    PKR berkehendakkan 3 kerusi exco, akhirnya mendapat 3.
    PAS? Kesudahannya, cuma mendapat 1 jawatan MB Boneka + 1 kerusi exco yang menjaga hal ehwal Pembangunan Wanita. Hebat!!

Sebab itulah ahli exco yang dilantik, tidak sedikitpun takut dan hormat kepada Menteri Besar mereka. Puncanya, jawatan MB tersebut ditentukan oleh mereka bukan sebaliknya. Bila MB sudah tidak berkuasa, dia tidak dapat memecat exconya. Jika dibuat juga, maka tunggulah usul undian tidak percaya kepada MB daripada mereka. Jadi bayangkanlah, inilah bentuk kerajaan pimpinan PAS yang sebenarnya dikuasai exco DAP dan PKR di negeri Perak Darul Ridzuan.

  • Kuasa seorang MB setelah melantik exco ialah menetapkan tugas ataupun portfolio exco-exco itu. MB berperanan menentukan tanggungjawab dan tugas kepada exconya. Tetapi Nizar Jamaludin tiada kuasa sebagai seorang MB. Mengapa? Sebab, tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Perak, MB tidak memegang kewangan.
    Maka, pengerusi DAP negeri Perak Ngeh Koo Ham mengambil alih memegang kewangan dan hal ehwal agama bukan Islam.

Nizar sendiri pula menjadi MB yang menjaga tanah. Tetapi, apakah Nizar menjadi MB yang berkuasa menjaga tanah? Apakah yang rakyat nampak? 

Pada hari pertama mesyuarat kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, dikhabarkan kertas exco pun belum ada lagi. Itupun perjumpaan sekadar berbincang sesama mereka. Tetapi sebaik sahaja keluar dari mesyuarat, para wartawan dan press conference sudah menemuramah mereka.

Apabila ditanya apakah keputusan mesyuarat pada hari itu, dengan tiba-tiba Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri Perak telah bersetuju meluluskan geran tanah kepada 60,000 lot tanah hak milik kekal pada hari pertama mesyuarat exco itu sahaja.

Satu persoalan. Bagaimana mesyuarat exco-exco yang tidak ada penglibatan pihak-pihak seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kajibumi, JKR, JPS, Pejabat Daerah dan lain-lain badan yang bertanggungjawab boleh membuat keputusan pemberian tanah sebanyak 60,000 lot pada hari pertama mesyuarat itu sahaja? Di manakah Nizar Jamaludin? Apakah sekiranya dia berkuasa, mana pula bahagian orang-orang melayu PAS yang bermati-matian menyokong mereka selama ini?

PAS tertipu. Jika pemimpin PAS lulusan luar negara semudah itu ditipu DAP inikan pula penyokong jumud PAS yang sekadar menjadi pendekar warong kopi di ceruk-ceruk kampung. Inilah akibatnya apabila harta menjadi asas perjuangan kepada seorang yang mendakwa dirinya seorang pejuang hak rakyat. Jika Nizar benar-benar memperjuangkan hak rakyat, mengapa perlu tunduk kepada tuntutan DAP dan PKR dalam menentukan bilangan ahli exco dan jawatan speaker yang tertakluk di bawah pegangannya? 

Jika dilihat daripada semua nasib buruk yang telah menimpa PAS, tidakkah kita nampak bahawa Allah berkuasa untuk menjatuhkan seseorang atau satu golongan yang dikhendakiNya?



0 comments: