Monday, March 30, 2009

ANWAR+NIZAR=DAP

1. DS Nizar adalah adalah calon DAP pilihan AnWar. Ini diakui sendiri oleh Presiden PAS dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Pandangan awal Datuk Nik Aziz ditolak PAS, kemudian Datuk Nik Aziz mengubah pendirian. Cadangan Dewan Ulama’ PAS sendiri yang mahukan Ustaz Idris Ahmad juga ditolak.

2. Menurut sumber dalaman, ada cubaan merayu kepada Presiden PAS dari akar umbi PAS Bukit Gantang agar dipertimbangkan Ustaz Idris Ahmad hingga pagi tadi (sebelum penamaan calon). Namun rayuan mereka tidak diendahkan Presiden PAS kerana AnWar dan DAP ‘mengawal ketat’ Presiden PAS bagi memastikan DS Nizar kekal sebagai calon PAS.

3. AnWar w/pun kini berada di Bahrain, sentiasa mengawasi perkembangan di Bukit Gantang berkaitan calon PAS. AnWar mengarahkan pemimpin besar DAP diketuai penderhaka Sultan Karpal Singh hadir memberi sokongan kepada DS Nizar semasa penamaan calon tadi. PAS yang terpedaya dengan AnWar, amat bangga melihat kehadiran hampir kesemua pimpinan tertinggi DAP memberi sokongan tadi

4. DAP tidak pernah sesekali menyokong PAS dalam apa jua keadaan. Melalui tipu daya AnWar, DAP sekarang hanya menggunakan PAS bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dalam konteks Bukit Gantang, DAP hanya menyokong DS Nizar, tidak menyokong PAS sebenarnya. AnWar dan DAP berpakat mengeksploit segelintir pemimpin PAS yang taksub dengan AnWar.

5. AnWar licik menggunakan apa jua ruang yang ada bagi kepentingan dirinya. Semasa dalam kerajaan dulu, AnWar menghancurkan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) yang ditubuh PAS. Datuk Mustapa Ali, Pengarah Jabatan P/Raya PAS, boleh mengesahkan perkara ini.

6. Secara peribadi, saya akan lebih menyanjung PAS tanpa AnWar. PAS sedikit masa lalu dilihat sebagai alternatif kepada orang Melayu. Malahan tidak keterlaluan saya katakan, umpama ‘traffic light’, lepas merah, hijau. Selepas lampu trafik dibetulkan, merah bakal kembali. Tanpa prejudis, “Hijau” hilang peluang keemasan ini disebabkan Anwar.

7. Masyarakat hilang harapan kepada PAS, kerana AnWar. PAS tidak lagi dihormati, juga kerana AnWar. PAS menghadapi kecelaruan identiti, juga kerana AnWar. AnWar telah menghakis harapan besar masyarakat kepada PAS. AnWar bakal menghancurkan PAS jika PAS tidak segera membuang AnWar dari kelompok mereka. Anwar umpama parasit, beliau akan membunuh dahan yang ditumpangi. Apakah ini akan berlaku kepada PAS? Sama-sama kita tunggu……

Komen pembaca amat saya alu-alukan

Salam hormat.

0 comments: