Saturday, June 13, 2009

Izzah dah gila ke?


Muka depan akhbar sinar harian hari ini sarat dengan berita mengenai perbicaraan yang bakal berlangsung pada 1 Julai 2009 ini. Pelbagai kenyataan diberi oleh beberapa pihak dan diantaranya adalah anak kepada pihak terduduh YB Nurul Izzah. Hatta, ia membuatkan saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang pada hemat saya agak menyimpang dan perlu dijawab bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

''Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik'' kata Izzah

Jawapan saya: Sebenarnya, disebab campur tangan politiklah kes ini sering tertangguh dan memberi banyak kelebihan kepada bapanya, bukan kepada saya. Sila lihat petikan penghakiman ini:

''However, this case raises a unique situation where it is evident that any involvement by the AG in this case would seriously undermine public confidence in the administration of criminal justice. That is the compelling and overriding factor that warranted the Prime Minister's promise which this court is prepared to uphold.'' - 7 Nov 2009, SM Komathy Suppiah- (baca disini)

Bukan niat saya mahu mempertikai keputusan Mahkamah ini tetapi bukankah ia jelas menunjukkan ada campur tangan politik? Tetapi, disebabkan ia memberi kelebihan kepada pihak mereka, maka mereka hanya berdiam sahaja.

Tun Abdullah yang pada ketika itu Perdana Menteri memberi secukup-cukupnya ruang dan keadilan pada mereka tetapi malangnya mereka masih tidak bersyukur.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,” katanya lagi.

Jawapan saya: Bukankah sistem kehakiman yang kononnya ''pincang'' inilah yang telah membebaskan bapanya pada tahun 2004? Ke semua hakim bersetuju bahawa kejadian liwat memang berlaku, tetapi bapanya diberi kemenangan atas faktor teknikal. Sila rujuk disini

Jika mahkamah tidak adil, mengapa bapanya menerima kelebihan-kelebihan ini?

1)Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini



TERBARU, Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambelanya pada 22 Jun ini bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

Walhal menurut maklumat yang saya terima segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 Bulan lepas, malah ada diantaranya yang jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi pihak DPP dan Polis akan melayan permintaan-permintaan yang keterlaluan mereka itu.

Apakah jaminan jika bukti asal diberi ia tidak akan diubah/dirosakkan? Belum pernah dalam mana-mana perbicaraan pihak pendakwaan menyerahkan BUKTI ASAL dan keterangan-keterangan saksi sebelum hari perbicaraan dimulakan tetapi menurut definisi ''KEADILAN'' pihak mereka, ia perlu diberi.

Berikut saya paparkan kenyataan YB Izzah semasa sidang media sehari selepas saya membuat laporan polis.



Transkrip video sidang media di atas(klik disini jika tidak dapat melihat):

Wartawan: Datin Seri, anda tahu secara sah dimana suami anda berada pada ketika itu(petang, 26 Jun 08)?

Datin Seri: Dia ada mesyuarat.. errrrr

Izzah(mencelah)
: Dia bersama kami. Sila tanya soalan lain.


Persoalan saya: Adakah benar DSAI bersama keluarga pada ketika itu YB Izzah? Sama-samalah kita nantikan kebenarannya di Mahkamah pada 1 Julai 2009 ini.

Akhir kalam, bukan niat saya untuk berbalah dengan YB Izzah, tetapi saya menjawab hanya dengan niat untuk mempertahankan kebenaran. Sebagai anak kepada bekas majikan saya dan juga bekas ''senior'' saya di universiti, saya amat menghormati beliau. Sebagai anak kepada tertuduh juga, saya tidak menafikan hak beliau untuk mempertahankan bapanya, namun janganlah sampai sanggup berdusta dan memfitnah sesiapa sahaja sehingga ia boleh mengelirukan orang ramai.

Kepada YB Izzah: ''Mahkamah adalah tempat seadil-adilnya bagi menyelesaikan perkara ini. Jika bapa anda dipihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan, kerana kebenaran tetap kebenaran. Nasihatkan bapa supaya tidak melengahkan perbicaraan ini lagi dan hadir pada 1 Julai. Saya juga mengalukan-alukan YB Izzah hadir semasa saya memberi keterangan bagi YB melihat sendiri kebenaran''


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

Pautan:

“Brader Anwar II ” Will Be Playing Soon by Syed Akhbar Ali
Keadilan untuk Anwar?
1 Julai tarikhnya.. Alhamdulillah..
Syukur..
Maju Setapak.. Alhamdulillah..
Kenyataan Media: Pedengaran Semakan Kehakiman 5 Febuari2009
Penipuan Imam Ramlang Porigi

Dipetik dari Blog Saiful Bukhari!

6 comments:

Parpu Kari said...

CONFIRM GILA!!!

salju said...

hmm sinar harian sumber yg memeningkan kepala..hati2 dengan tulisan anda.Allah akan menguji setiap apa yang kita kata dan tulis..takut2 tulisan ini berbalik kepada anda..lakukan banyak sumber rujukan sblm menulis..

Parpu Kari said...
This comment has been removed by the author.
eXception said...

Alah Izzah tu bukan gile, tp terlampau pressure sampai tau tau beza mana yg benar yg mana batil. Dengar sangat ceritera hikayat bapak dia tu... Sampai otak jadi confuse... Kalo Confucius dgr ceramah Anwar pun dia jd confuse... Ha ha ha ha ha...

http://exception2008.blogspot.com

eXception said...

Biasalah Sinar Harian terbitan Karangkraf, company tu kat Shah Alam. So Selangor kan negeri di bawah pemerintahan PKR. Faham-2 je lah.

My Blog

Anonymous said...

Ktua Hakim Negara la ni dulu UMNO punya jawatankuasa disiplin. Memang patut dia kata campur tangan politik la bodoh bangang lahabau. Pandai sangat memerintah 50 tahun sampai Batu Putih terlepas ke Singapore. PAndai sangat la tu UMNO.