Tuesday, June 30, 2009

Kejahatan Pakatan Gampang!

ALKISAH.... Semalam, Kerajaan negeri Pulau Pinang melucutkan jawatan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim daripada menganggotai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Beberapa orang ahli majlis menganggap pelucutan jawatan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai tindakan yang terlalu keras.

Seorang anggota MPSP dari PKR, Mohd Kamil Abu Bakar berkata sebagai amaran, kerajaan negeri boleh menggantung perkhidmatan Johari berikutan tindakannya mengetuai usaha memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait pada 4 Jun lepas.

Mohd Kamil adalah antara sekumpulan Ahli Majlis dari PKR yang memulaukan upacara pelantikan Yang Dipertua baru MPSP pada 4 Jun lepas sebagai membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan tidak berunding dengan PKR terlebih dahulu berhubung pelantikan itu.

Sekarang baru hangpa tau siapa itu DAP dan bagaimana cara mereka mentadbir negeri. Jangan ingat mereka takut sangat dengan Anwar Ibrahim. Mereka hanya berlakon dan menangguk di air keruh. Lebih banyak geleng dari angguk. DAP tetap DAP. Kaum mereka tetap kaum mereka. Hangpa yang dok kalut percaya kat depa, bersahabat dengan depa tak lebih sebagai alat untuk mereka menguasai negeri dan negara.

Ikutan atau idola mereka bukan Anwar bukan Nik Aziz. Mereka sampai bila pun bertuankan Lee Kuan Yew (LKY). Dan cara mereka tetap sama seperti cara LKY mentadbir Singapura. Hangpa orang Melayu di Penang akan dipecah-pecah dan diperintah. Strategi mereka sangat tersusun dan rapi.

Lihat saja masa dan ketika mereka bertindak menyingkirkan kawan hangpa tu. Di saat Anwar Ibrahim sedang kalut mencari helah untuk membuang kes liwatnya dari dibicarakan, ketika itulah mereka bertindak. Anwar tak mampu berbuat apa-apa. Mansor Othman terkapai-kapai jadi alat sepertimana Mohd Nizar Jamaluddin di Perak. Saifuddin Nasution langsung mereka tak hirau. Dan Zaid Ibrahim tak akan mampu berkata apa. Syed Hussein lagi le...

Justeru, bertaubatlah hangpa dari bersekutu dengan DAP laknatullah tu. Nasib dan masa depan Melayu Penang tak akan kemana selagi mereka berkuasa. Nasib baik sebahagian dari Penang itu terletak di tanah besar Semenanjung. Kalau tidak, dah tentu Penang akan mereka bawa keluar dari Malaysia sebagaimana pulau di seberang Tambak Johor.

Sedar dan insaflah bahawa DAP tidak sekali-kali redha dan bersedia menerima Anwar Ibrahim menjadi ketua mereka. Ingatlah dengan kata-kata Karpal Singh, “ Anwar Ibrahim harus bertaubat”. Itu signal atau isyarat bahawa sokongan mereka terhadap Anwar adalah sementara. Semuanya lakonan.

Cukuplah Nik Aziz dan pengikutnya sahaja yang percaya dengan sokongan DAP. Hangpa, Melayu yang agak cerdik sedikit dari depa dalam Pas jangan termakan umpan DAP.

Dari pengalaman lalu, pemimpin pembangkang kaum Melayu hanya tunjuk terror sesama Melayu sahaja. Dengan kaum lain mereka akan tunduk dan lentok kena kelentong. Mulut manis puak imigran memang terbukti membuatkan Melayu terjual dan tergadai segala hak yang ada.

Buktinya, lihat sahaja apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang Tiga Parti (PPTP). Hingga sekarang masih tidak ada kesepakatan jitu untuk mendaftarkan apa yang disepakati. Tak ada parti komponen macam BN. Yang ada cuma cakap-cakap kosong yang tidak berpijak dibumi nyata. Semua jadi khayal dengan khayalan dongengan Anwar dan Nik Aziz.

Cukuplah Tunku sahaja yang terpedaya dengan strategi LKY 45 tahun lalu. Jangan diulangi kesilapan tak sengaja pemimpin lampau. Dan jangan diikutkan sangat khayalan Anuar Ibrahim yang semata-mata mementingkan diri sendiri itu. Dia hanya mahu jadi PM sahaja. Semunggu dua pun jadilah, asalkan puas hati dan nak rasa duduk kerusi PM. Apa nak jadi dengan negeri dan negara, dia tak peduli.

Kalau Anwar Ibrahim pemimpin yang hebat, sudah tentu dia akan dikunjungi Lee Kuan Yew semasa Menteri Mentor itu meninjau-ninjau negara ini selama lapan hari baru-baru ini.

Fikir-fikirkanlah....

Dipetik dari Blog Sana Sini Gitu Gini

1 comments:

PARPUKARI said...

MEMANG CELAKA PAKATAN GAMPANG NI!