Monday, July 20, 2009

Perkhabaran Mekah & Madinah


Assalamualaikum seDunia..

Alhamdulillah..saya telah kembali ke tanahair, berada 2 minggu di Mekah dan Madinah memang amat menenangkan jiwa. Ketika saya berada disana, kurang sekali memikirkan persoalan duniawi. Masih terbayang di mata dan di hati wajah Kaabah dan Raudah..banyak perkara baru telah saya pelajari dan ketemui disana.. 3 kali saya telah ke sana namun pengalaman dan ilmu yang ditimba tidak sama samasekali.

Ketika di Mekah, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan sahabat yang telah 22 tahun tinggal di bumi Mekah iaitu Haji Khalid..beliau berasal dari Afghanistan, ketika beliau berumur 13 tahun, beliau telah mengikuti bapanya berhijrah ke Mekah dan setelah 22 tahun menetap disini, beliau sekarang sudah cukup berjaya..mempunyai beberapa rangkaian kedai karpet berhampiran Masjidilharam, berdekatan Hotel Hilton, juga di Masjid Kucing..saya dan keluarga berkesempatan keluar makan bersama beliau di dua restoran yang berlainan dua hari berturut-turut, hari pertama kami ke restoran masakan Arab Saudi manakala hari kedua bermakan malam di restoran Yaman..hidangan mereka sungguh mengenyangkan! Maklumlah nasi mereka seekor ayam untuk 2 orang makan..bayangkanlah kehebatan mereka. Tapi saya tidak mahu membicarakan tentang makan akan tetapi saya ingin ceritakan tentang kisah nasib penduduk asal Arab Saudi di Mekah dan Madinah kerana kisahnya, ada persamaan dengan orang Melayu di bumi Malaysia..

Mengikut Haji Khalid, orang yang menguasai ekonomi di Jeddah, Mekah dan Madinah hampir 90% adalah orang pendatang..ada dari Afghanistan, Yaman, Oman, Uzbekistan, Patani, Melayu, Bangladesh, India, Pakistan dan banyak negara lagi dari seluruh pelusuk dunia. Yang buka kedai, hotel, restoran hampir kesemuanya adalah generasi pendatang..mengikut Haji Khalid lagi, rakyat asal tidak suka berniaga dan bekerja..semua pegawai kerajaan adalah orang Arab Saudi, tanah yang bernilai jutaan Saudi Riyal itu bukan lagi milik mereka..mereka sekarang telah berpindah ke penempatan yang agak jauh dari Tanah Haram dan ada juga yang mendiami penempatan setinggan..jika hendak melihat mereka sama ada di Madinah atau di Mekah adalah tidak sukar..yang menjual kayu sugi di tepi-tepi Masjid itulah orang asal Arab Saudi..melihat mereka amat menyedihkan saya sedangkan dahulu tanah, bangunan berharga semuanya hak mereka tetapi tidak sekarang..nasib baiklah dasar Arab Saudi tidak membenarkan penduduk tetap, atau pendatang membeli tanah dan rumah penginapan..jika tidak asal usul Arab Mekah dan Madinah hanya sekadar sejarah kepada mereka..

Semuanya kerana sikap dan keyakinan diri yang terlalu berlebihan menyebabkan tanpa mereka sedari, telah merugikan bangsa mereka sendiri. Sikap bangga diri kepada bangsa mereka terlalu tebal sama seperti kita disini..terlalu bangga pada sejarah bangsa tapi tanpa mereka sedari, sejarah akan datang menceritakan kerugian dan kelemahan bangsa mereka..mereka malas bekerja, sikap mereka yang ambil mudah, malah berniaga pun mereka tidak mahu, semua hotel disana telah dipajakkan kepada orang luar termasuk orang Melayu..mereka malas untuk mentadbir urusan bangunan atau hotel..mereka disana menyewa cara pajakan bertahun-tahun..mereka suka untung secara cepat.. maka itu sebab Haji Khalid berkata bahawa Mekah sekarang adalah milik orang Islam pendatang..

Nasib baik juga sistem negara mereka menggunakan Sistem Beraja dan bukan demokrasi..maka adalah sedikit jaminan pada mereka..jika Arab Saudi mengamalkan sistem pilihanraya bagaimana? Alamatnya yang menang bukanlah dari rakyat asal tetapi pendatang..kerana apa? Kerana ekonomi dikuasai oleh pendatang..begitulah juga kita di bumi Malaysia ini..kaum pendatang yang kaya bukan kita..cuma disini masih ada sedikit hak keistimewaan dan beza mereka ialah pendatangnya semua orang islam, masih saudara se-Islam..tapi kita pendatangnya bukan Islam..jadi kita lebih terancam dari mereka..jadi fikir-fikirkanlah nasib bangsa kita di masa hadapan..

Sekian untuk kali ini dan saya akan sambung kisah Mekah di coretan yang akan datang..Insya'Allah

3 comments:

Anonymous said...

Sdr
memang tenang semasa berada ditanah suci.Saya amat merindukan nya.
Bercakap mengenai demokrasi di Arab saudi ada pemimpin Malaysia semasa bercakap diDubai mengatakan dan menyeru supaya sistem dan kuasa raja di ganti kerana tak sesuai dengan demokrasi..pemimpin Malaysia ni ialah B.A.B.I ( Br. Anwar Bin Ibrahim)dia dah buat kacau di negara nya sekarang nak memporak perandakan negara Arab yang ada sisitem beraja begitu baik..

yopman said...

Salam sejahtera,
Memang benar peniaga di Mekah dan Madinah semuanya orang luar. Kebanyakannya dari Pakistan.
Semasa teman ke sana dulu, teman bertemu dgn beberapa orang jurujual atau peniaga yang kenal kita orang Malaysia. Mereka boleh berbahasa Melayu kerana mereka pernah bekerja di negara kita.

Mengenai negara kita memang menunggu hari saja untuk semuanya dikuasai oleh kaum pendatang. Mereka rajin, banyak duit dan cekap mengumpul kekayaan melalui kegiatan haram seperti pelacuran, dadah, judi haram dan segala macam kegiatan gelap.

Orang kita cepat gelap mata dan jual tanah-tanah kerana wang. Tak lama lagi negara kita akan jadi macam Palestin.

Kalau nak selamat, kekalkan ISA dan pegawai yg bertanggungjawab mencegah kegiatan haram jangan 'makan suap'.

Cukuplah dan berhentilah segera.

Selain menghapus kegiatan gelap kaum berkenaan, usaha juga harus dibuat untuk memastikan mereka tidak berpeluang memberi rasuah.
Kalau rasuah mereka tidak diterima, mereka akan berjaya dihapuskan dgn cepat.

PARPUKARI said...

Betul tu saduara yopman, aku setuju, tinggal masa kaum pendatang nak ambik alih je ni, terima ksih pada yang kuat main jubor tu!