Monday, February 8, 2010

Siapakah yang akan jadi MB Perak esok?



oleh Kamarul Nasib..

Mahkamah dijangka mengumumkan keputusan rayuan kes siapa MB Perak yang sah esok di mahkamah persekutuan Putrajaya. Justeru kedua dua Menteri Besar, Dato Seri Zambry dan Dato Seri Nizar Jamaludin masing masing menyeru para penyokong dan rakyat untuk menunaikan solat hajat supaya mahkamah memberikan keputusan yang terbaik.

Nizar dan PAS sudah menyeru ahli dan penyokong pakatan sejak awal awal lagi. Manakala sepanduk ‘Solat Hajat Rakyat’ anjuran kerajaan Zambry sudah kelihatan di Ipoh.selewat lewatnya diadakan hari ini. Beliau telah menjemput kaki tangan kerajaan negeri untuk hadir bersama isteri masing masing bagi bersama sama bermunajat pada majlis itu.

Perang saraf antara kedua dua musuh politik ini kini semakin rancak. Kajian dan survey sudah dijalankan dimana beberapa kesimpulan penting dapat dicapai. Pertama sokongan Melayu kepada Zambry adalah jauh lebih tinggi meninggalkan Nizar. Ini dilihat sebagai kejayaan BN memainkan isu derhaka dan juga boneka DAP dikawasan majoriti Melayu.

Kedua, sokongan pengundi Cina terhadap Nizar adalah tinggi,jauh meninggalkan Zambry. Kaum Cina menunjukkan sokongan yang semakin kuat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya atas faktor Nizar Jamaludin.

Hanya beberapa peratus sahaja Cina yang menyokong Barisan Nasional. Manakala sokongan kaum India pula adalah 50-50 terhadap BN mahupun Pakatan. Kita dapat melihat bahawa sokongan Melayu dan India beransur ansur pulih terhadap BN semenjak Pilihanraya Umum yang lalu. Manakala Cina kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dan yang paling penting bila soalan siapakan MB Perak yang paling layak memimpin Negeri, maka majoriti Cina dan India menyokong Nizar manakala skala sokongan melayu pula menyebelahi Zambry. Secara keseluruhannya, Nizar masih menjadi pilihan utama rakyat Perak untuk memimpin negeri ini.

Sama sama kita nantikan keputusan mahkamah esok. Hidup rakyat!

Sumber : Neutral Daily

3 comments:

Anonymous said...

SESAPA PUN YANG MENANG ESOK....PATUT BUBAR DUN...BIAR RAKYAT YANG PILIH...YANG KALAH KENA TERIMA HAKIKAT....DARI SITU BARU ADA GAMBARAN PARTI MANA YANG MENDAPAT PERHATIAAN DI MATA RAKYAT....

Anonymous said...

Ramalan kaji cuace untuk malam esok selasa, mendung.ade yang berasap di berape tempat dan ade kawasan yang terang dengan letupan bunga api mercun yang di seludup dan juga ade tempat yang menjual minuman yang memudaratkan ,rioh dengan teriakan T---Beer.Sebab ta payah le barin atas jalan ,dan juga otai yang selalu ujud di kaca TV, baju merah akan ke menglembu untuk T----beer,minuman pun tak bayor cukai.
Ini ramalan kaji cuaca.
changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?