Monday, February 1, 2010

Temubual Eksklusif bersama Zahrain mengenai Anwar yang semakin GILA!

GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua.

Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.

"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.

Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, beliau bimbang sikap Anwar yang terlalu berkompromi dengan pemimpin DAP untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri menyebabkan rak-yat hilang kepercayaan kepada PKR.

"Ini yang membimbangkan saya sebenarnya. Kita tidak boleh berkompromi dengan mengorbankan prinsip perjuangan untuk memenuhi agenda lain. Kita perlu kembali kepada matlamat asal dan Anwar tidak boleh ketepikan pandangan rakan-rakan yang sudah lama mendokong perjuangan PKR selama ini," katanya.

Zahrain berkata, PKR perlu kembali kepada matlamat asal dan tidak boleh sama sekali tunduk mengorbankan prinsip yang dipegang selama ini untuk memenuhi impian lain.

“Adakah kita perlu melencongkan perjuangan parti serta tunduk kepada tekanan DAP semata-mata mahu mengejar sesuatu yang belum pasti,” katanya.

Beliau mengakui bimbang rakyat akan bertindak dan menilai semula peranan PR dalam politik tanah air berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam gabungan itu sekarang ini.

Berikut petikan soal jawab Sinar Harian dengan Zahrain melalui telefon semalam :

Betulkah desas desus yang menyebut Datuk Seri mahu keluar PKR?

ZAHRAIN:: Setakat ini, belum terlintas di fikiran saya untuk berbuat demikian. Saya masuk politik bukan mengejar jawatan atau kedudukan tetapi mahu membantu rakyat yang memberi mandat kepada saya.

Jadi, Datuk Seri masih mahu bersama PKR walaupun sudah melihat macam-macam perkembangan yang berlaku?

ZAHRAIN:: Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangannya.

Maksudnya Datuk Seri akan terus berada dalam PKR?

ZAHRAIN:: Ya, saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju. Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat.

Jadi desas desus itu tidak benar?

ZAHRAIN:: Saya bukanlah obses. Saya mahu menjayakan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa satu perubahan kepada negara ini.

Apakah yang Datuk Seri maksudkan PKR sudah menyimpang daripada perjuangannya?

ZAHRAIN:: Dulu PKR mahu menjayakan reformasi untuk kebaikan rakyat. Tetapi sekarang ini, ia tidak lagi mendukung perkara itu tetapi lebih banyak tunduk kepada kehendak pihak tertentu termasuk parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR). Kadang-kadang saya nampak PKR seolah-olah mengorbankan prinsip perjuangan untuk memenuhi kehendak parti lain.

Datuk Seri kecewa setelah digugurkan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang?

ZAHRAIN:: Saya tidak kecewa kerana perjuangan membela rakyat adalah mengatasi segala-galanya. Saya bangga kerana ketika menjadi pengerusi, saya banyak menegur pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai rakan kongsi dalam PR di Pulau Pinang. Tetapi sekarang ini, PKR Pulau Pinang seolah-olah hilang arah dan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh DAP dan Guan Eng. Kita berkongsi kuasa dengan DAP dan Pas. Tetapi sekarang ini nampaknya seperti kita hanya menumpang kuasa.

Dengan pelbagai masalah, Datuk Seri masih mahu bersama PKR?

ZAHRAIN:: Ya. Saya mahu memenuhi janji kepada rakyat, terutama pengundi di Bayan Baru, terutama orang Melayu. Jika gagal, mereka akan kecewa dan mengutuk saya kerana sebelum ini semua orang ingat hanya Barisan Nasional (BN) yang melakukan kesilapan itu. Tetapi nampaknya PR pun mengikut langkah itu, malah mungkin lebih teruk. Teguran perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan agar masalahnya tidak menjadi parah. Saya masuk PKR kerana dijemput oleh Anwar Ibrahim untuk membantunya menjayakan agenda perjuangan termasuk melakukan reformasi bagi kepentingan rakyat. Saya masuk bertanding dalam pilihan raya dan terpilih sebagai wakil rakyat kerana mendapat mandat rakyat. Jadi sekarang ini, saya perlu memenuhi amanah rakyat yang sudah memberi kepercayaan kepada saya.

Apa yang Datuk Seri mahu lihat pada PKR sekarang?

ZAHRAIN:: Saya mahu perubahan segera dilakukan dalam PKR agar rakyat yang membuat penilaian kelak tidak rasa tertipu denagn gelagat sesetengah pemimpin parti.

Kita akan berdepan dengan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak berubah, parti ini akan hancur kerana ditolak rakyat. Oleh itu, kita mesti berubah dan bersedia melakukan perubahan.

Datuk Seri tidak bimbang dikenakan tindakan oleh parti?

ZAHRAIN:: Saya tidak kisah apa pun yang bakal ditentukan kelak. Saya bukan obses dan hanya menjalankan tanggungjawab. Saya berada dalam PKR pun kerana memenuhi jemputan rakan-rakan, terutama Anwar Ibrahim.

5 comments:

Anonymous said...

nak reformasi apa....
reformasi pkr tuh atau bubar...
malaysia aman sekarang ni.... dan dulu..lagi aman.

Hamdan said...

Dah lama dah kami tau dan sedar, Dato'.
Dok ingat kali Melayu Pulau Pinang akan terbelalah.

Tapinya lebih teruk.
Bukan setakat orang-orang Melayu marhaen saja jadi mangsa.

Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin orang Melayu dalam kerajaan pun senasib.

Tak ada maknalah Dato'.
Pi mai, pi mai, tangtu juga.

Patah balikla Dato'.

Anonymous said...

SKRANG SIAPA YANG BT MELAYU PULAU PINANG BERPECAH?JAWABNYA PKR...YANG UNTUK DAP..SBNRNYA ANWAR IBRAHIM YNG TERGILA2 NK JD PM,TU YANG BT MELAYU HANCUR..TAK ADA APA PUN REFORMASI..AUTA ANWAR JER,,SELAMA INI MALAYSIA AMAN DI BAWAH PEMERINTAHAN BN..RENUNG2KAN..BERSYUKURLAH..ALLAH MURKA PADA ORG2 YANG TIDAK BERSYUKUR PADANYA..

Unknown said...

Salam tuan blog...

Zahrain bukti kepada kepincangan PR.. dan penolakan ramai pemimpin PKR kepada pemimpin mereka bernama Anwar.

Add sy dlm list tuan...

www.empayar-malaya.blogspot.com

Anonymous said...

DS ZAHARI KATA, BELIAU MENYEERTAI PKR KERANA DIJEMPUT OLEH DSAI, BUKAN ATAS DASAR PERJUANGAN UNTUK KEPENTINGAN BANGSA.

SEMUA KAWAN2 DSAI MASUK PKR KERANA ITU. DS ZAHARI IALAH KAWAN LAMA DSAI, IAITU SMENJAK SABELUM BELIAU MENJADI PENGERUSI LPPP. APABILA DSAI KENA HUKUM, BELIAU DIBERHENTIKAN. BILA DSAI TUBUH PKR, DIA DIJEMPUT, LALU TURUT SERTA.

SEKARANG SATELAH MENEMUI SATU KEGAGALAN, IAITU SIONG DSAI TIDAK BERGUNA LAGI KAPADA DAP PARTI LIM GUAN ENG, MAKANYA DS ZAHARIN TERJUMPA DENGAN BERBAGAI KERENAH CM PULAU PINANG INI, MANUSIA YANG TIDAK BOLEH DITEGUR, JADI DIKTATOR, CAKAP SAPERTI FAHAMAN KOMINIS DLL.

SEKARANG APA DSAI BOLEH BUAT. KAWAN2 BANYAK DAH MELENTING TIDAK BERSETUJU KEPIMPINAN BELIAU YANG TERLALU MENURUT APA YANG LIM GUAN ENG KATA DAN TERPAKSA AKUR DENGAN APA YANG LIM GUAN ENG BUAT, WALAU PUN DIA MEROBOH GERAI2 PERNIAGAAN KECIL-KECILAN ORANG MELAYU DI PULAU PINANG.

INI, ERTINYA DSAI ADALAH PEMIMPIN YANG DI TARIKH HIDUNG OLEH LIM GUAN ENG.

DS ZAHARIN MENYATAKAN DSAI TERLALU MEMBURU JAWATAN PERDANA MENTERI MENYEBABKAN DIA TERTINGGAL KEWAJIPAN UNTUK MENERUSKAN RIFOMASI DAN BERUBAHAN DINEGARA INI. mATLAMAT PERJUANGAN BELIAU TELAH HILANG DIDALAM ARUS KEGHAIRAHAN MENGEJAR JAWATAN TERSEBUT.

DSAI SEKARANG SEMAKIN TIDAK DAPAT MENUMPUKAN TUGAS BELIAU MERIFOMASIKAN NEGARA DAN MEMBANTU ATAU BERJUANG UNTUK BANGSANYA KERANA BELIAU SENDI SEDANG BERHADAPAN DENGAN TEKANAN TERPAKSA MENJELASKAN KAPADA MAHKAMAH TENTANG KELAKUANNYA MELIWAT SAIFIL.

"WAHAI KAWAN2KU DALAM PKR" kata DSAI, "KO ORANG TERUSKANLAH MEMPERJUANGKAN RIFOMASI UNTUK AKU BOLEH JADI PERDANA MENTERI DI SUATU HARI NANTI". "JIKA KO ORANG BERPECAH DAN MENINGGALKAN AKU SORANG MACAMANA AKU AKAN SELAMAT DALAM PERJUANG INIIIII...". DSAI menangis.

"PEGI JAHANM LAH KO DENGAN GILA KO TU" kata Zulkifli Nordin.

"HANG NAK MAMPOIH HANG PI LAH SORANG2" kata DS Zaharin

"HOI KAWAN2 JANGAN TINGGALKAN KAMI, KAMI NAK IKUT, TAK GUNA DAH KAMI DI SINI (dlm PKR)" kata Dato' Johari Abdul.

"HEIIII.. JANGAN LARI, KO ORANG DAH AMBIK REZEKI DARI DSAI, KO ORANG NAK CABUT HAAA...? AKU LESING BARU KO ORANG TAHU" kata Azmin

"YA ALLAH SELAMATKAN LAH SUAMI AKU. WALAU PUN DIA BANYAK DOSA, TAPI AKU TETAP SAYAAAANG PADANYA" kata Wan Azizah

dailog si kantoi-kantoi