Monday, April 12, 2010

Ternakan Negara di Kubu Gajah!


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, tidak menolak Keuntungan besar yang akan diperolehi untuk mengubah masa depan DUN Kubu Gajah dan Parlimen Larut pada keseluruhannya, ekoran Pembukaan Ternakan Kambing Bore Negara di Ladang Pondok Tanjung, berhampiran dengan Sungai Seger dalam DUN Kubu Gajah.

Kampus Universiti adalah cadangan awal untuk dibuka di sini atau sebuah Kolej yang ada kaitan dengan kajian dan penyelidikan ternakan.

Lebih penting lagi ialah tidak meminggirkan hasrat Kerajaan untuk menggurangkan jurang kemiskinan tegar di kalangan rakyat Luar Bandar.

Justeru, Dr Zambery berharap keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan untuk menyertai program ternakan Kambing Bore.

Menteri Besar menghabiskan masa satu jam melawat kandang Kambing Bore di Pusat tersebut sambil mendengkar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai-Pegawai berkenaan.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 500 ekor Kambing yang telah ditempatkan di situ. Projek tersebut membabitkan sekitar 10,000 ekor Kambing apabila siap sepenuhnya di kawasan seluas 3,000 ekar.

Projek ini adalah cetusan idea Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Pertanian dan mengumumkan pemilihan projek tersebut di Ladang Pondok Tanjung di majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang beberapa tahun yang lalu.

Sumber: Blog Dato Raja Ahmad

0 comments: