Sunday, May 17, 2009

Bubarkan DUN Perak

BERIKUT disiarkan pandangan rakan-rakan peguam untuk menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pakatan pembangkang :

1. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hanya menyentuh tentang pemecatan Dato’ Seri Nizar yang menurut pandangan Yang Arif Hakim Dato’ Aziz, pemecatan seseorang Menteri Besar harus dibuat melalui persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan usul tidak percaya.

Yang Arif Hakim telah khilaf di dalam keputusannya dengan tidak mengambil kira tindakan-tindakan ADUN-ADUN yang telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak memaklukan kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah hilang kepercayaan kepada Dato Seri Nizar.

2. MAHKAMAH PUTUS BAHAWA DEWAN DI BUBARKAN

Mahkamah tidak pada bila-bila masa memutuskan bahawa Dewan seharusnya dibubarkan. Malahan kuasa dan hak untuk untuk membubarkan Dewan adalah kuasa Sultan seperti yang terkansung di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Selepas PRU12 yang lalu pada 8 Mac 2008, atas alasan BN memperolehi 28 kerusi berbanding DAP 18, PKR 7 dan PAS 6, Dato Seri Tajol Rosli (Menteri Besar pada ketika itu) telah mengadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan.

Tuanku Sultan telah menolak permohonan tersebut walaupun BN merupakan parti yang mendapat majority, Pakatan Rakyat tidak wujud. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunyai majoriti!

Tuanku Sultan Perak telah sekali lagi menolak!

3. PERLUKAN DEWAN DIBUBARKAN

Terdapat Majoriti yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). Maka Tuanku Sultan tidak perlu membubarkan Dewan sekarang ini di atas tuntutan DAP, PKR & PAS yang diwakili oleh Dato’ Seri Nizar yang hanya mempunyai 28 kerusi sahaja, berbanding dengan BN + Bebas = 31 kerusi (Majoriti mudah).

4. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Pakatan Rakyat harus menghormati sebarang keputusan yang di lakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, selaku Pemerintah Negeri, Mahkamah dan juga Dewan, walaupun keputusan tersebut bercanggah dengan kemahuan mereka.

Janganlah memainkan sentimen rakyat untuk kepentingan Nizar, Ngeh, Nga dan pembangkang!

Sebarang pilihan raya hanya merupakan satu pembaziran wang Rakyat di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini. Perbelanjaan pilihanraya bukanlah kecil atau murah sebaliknya menelan belanja berjuta-juta Ringgit, hanya untuk memuaskan nafsu rakus pemimpin Pakatan Rakyat.

Merentas Gelombang

0 comments: