Sunday, May 17, 2009

Kenapa Nizar perlu ditolak!

Nizar Jamaluddin muncul di persada politik negara selepas pilihanraya ke 12, apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak walaupun di peringkat awal perlantikan beliau di tentang oleh DAP. Ianya berikutan DAP memperolehi kerusi terbanyak iaitu 18kerusi berbanding PKR 7 dan 6 kerusi untuk PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat. Malangnya DAP yang sememangnya buta sejarah terlupa bahawa MB Perak mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. (sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya). Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Sejarahnya, Perlantikan Nizar sebagai MB Perak telah dibantah oleh akar umbi DAP. Oleh itu mereka terpaksa memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar bukan Melayu bukan Islam yang pertama (Ngeh seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian). Akhirnya Sultan Perak menolak cadangan ini dan menegaskan untuk seorang Menteri Besar baru yang juga orang Melayu. Baginda mahukan Orang Melayu yang profesional. DAP tidak mempunyai ADUN Melayu, dan kesemua ADUN Melayu PKR hanya berkelayakan Tingkatan 5. Oleh itu, Mohammad Nizar Jamaluddin yang sebagai seorang jurutera dan juga memegang jawatan yang tertinggi dalam PAS dilantik sebagai Menteri Besar.

Malah Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memboikot pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, kalau ADUN DAP ditolak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf.

Ini jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah MB yang bernasib baik kerana dianya Melayu.
Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu. Boleh dikatakan Nizar adalah Melayu yang terpandai di kalangan 9 Melayu yang bodoh ada di dalam PKR dan PAS.

Bukan Nizar tidak baik dan tidak bijak. Beliau adalah dari lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom ini. Tetapi beliau datangnya daripada parti yang lemah. Beliau dikelilingi oleh 6 exco DAP dan sudah tentu keputusan exco negeri terutama hal-hal tanah akan memberi keuntungan berganda kepada DAP dan kroni-kroninya. Ini telah terbukti apabila penduduk-penduduk Kampung Baru Cina mendapat hak milik kekal selama 999 tahun.Ianya sama lah memberi tanah percuma kepada mereka. Kampung Baru yang dikaitkan dengan kegiatan komunis mendapat layanan istimewa sedangkan orang yang mempertahankan negara seperti Polis dan Tentera mendapat cacian dan penghinaan. Adakah Nizar terfikir untuk memberi tanah percuma ini jika bukan dari desakan DAP?

Orang PAS harus sedar, Nizar bukan MB PAS yang dibangga-banggakan. Beliau hanyalah MB Boneka. Keputusan Nizar banyak dipengaruhi oleh 6 exco DAP.MB Perak sebenarnya adalah DAP. Siapa MB PAS yang sebenar yang sepatutnya PAS bangga-banggakan? Mereka itu adalah MB Kedah dan MB Kelantan. Mereka berdua memang tidak ada siapa boleh menafikan menguasai Kedah dan Kelantan. Bagaimana parti yang menang hanya 6 kerusi daripada 59 kerusi boleh menjadi MB yang baik? Sukar untuk mempercayainya.

Apakah kelebihan Nizar ini sehingga beliau akhirnya cuba digandingkan dengan Presiden PAS sebagai Timbalan Presiden PAS ?. Sebelum pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu terutama perwakilan PAS daripada Perak mengharapkan gandingan ini menjadi kenyataan. Tetapi realitinya selepas 8 Mei Nizar hanya tersenarai sebagai calon Naib Presiden. Walaupun sepanjang tahun ini Nizar begitu popular dan boleh dikatakan sebagai hero di Perak tetapi berdasarkan pencalonan PAS seluruh negara hanya layak untuk bertanding bagi kerusi Naib Presiden itupun belum pasti lagi berjaya. Ini bermakna Nizar hanya diterima di Perak tetapi belum sampai masanya menjadi pemimpin peringkat kebangsaan. PAS luar Perak pun tahu, Nizar adalah MB Boneka DAP.

Bagi penyokong Nizar di Perak dikatakan Nizar ini sangat istimewa. Rakyat Perak dikatakan beruntung mempunyai Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Itu sahaja?. Bagi pengetahuan semua, Anwar Ibrahim juga pernah menjadikan mimbar Jumaat sebagai satu paltform politiknya untuk mengambarkan munculnya pemimpin baru Islam. Malah Sultan Iskandar, Sultan Johor selepas ditabalkan menjadi Sultan telah berkhutbah Jumaat di 8 masjid di setiap 8 daerah di Johor. Jadi apa istimewanya Nizar jika sebelum ini pun sudah ada pemimpin dan Sultan membaca khutbah?

Pengalaman tertinggi sebagai Setiausaha PAS Negeri sebelum menjadi MB, rasa-rasanya Nizar bukanlah berpengalaman sangat dalam politik. Namun kehebatannya bagai sudah berpuluh tahun bergelumang dengan sepak terajang politik. Siapakah yang berada di belakang Nizar? pertama Anwar Ibrahim dan ke dua DAP Perak. Nizar bukan seorang pemimpin yang boleh berdiri sendiri. Beliau adalah pemimpin yang sentiasa di pangku dan dikendung.

Saya akan menerima dan mengakui Nizar sebagai MB yang bebas dan merdeka jika PAS memenangi 18 kerusi, PKR 7 dan DAP 6 di Perak.

Amir Hamzah

36 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya UMNO dengki kerna Nizar jadi MB. Umno hanya guna modal boneka DAP sahaja sebab PAS yang paling sikit kerusi. Berapakah tanah melayu yang tergadai di bawah UBN. Tengok apa yang terjadi dengan tanah melayu Pulau pinang Di bawah UBN. sendiri mau pikir la.

Anonymous said...

Kalau mahkamah kata Nizar adalah menteri besar yang sah siapakah anda nak mengatakan bukan? Kalau orang Perak ( yang berada dalam Pas, PKR dan DAP )kata Nizar ni istimewa orang UMNO tak berhak kata otherwise.

Kau orang UMNO yang mengangkat Toyo jadi ketua pemikir tu apa hal? Dah hilang akal? Kalau lantik prof kat U tu boleh lah di terima. Ini pilih si Toyo, menghina ahli akademik di Malaysia.

hj jamaludin said...

Bismilah Hir rahman Nir Rahim
KENAPA ZAMRY PERLU DI TOLAK
UBN pada dasar nya muka tak tak mula kerana kebanyakkan Menteri2UBN amnya mengutuk 2 Adun PKR yang terlibat dalam skandai rasuah ,dan berbagai maki hamun habis habis di media perdana kerajaan . Dan terperanjat beruk Menteri2 UBN perihal lompatan YB Nasarudin masuk ke PKR dan berbagai ugutan dikenakan kepada YB Nasurudin .
Di pendekkan cerita PM & Menteri bawak lari suami suami bergelar YB sampaikan kaum keluarganya tak tahu kemana hilangnya . Kerja haram siapa yang bawa lari YB YB ni kalau bukan UBN .Langsung tiada maruah buat kerja cara terhina.
Tiba2 PM baru berjumpa Sultan Perak untuk mengatakan ada lebih wakil ADUN untuk merampas kuasa . Wakil YB YB yang di bawa lari terketar ketar (takut gila)menyatakan mereka parti bebas ( bila masa mereka bertanding di atas tiket bebas( bodoh punya YB )) yang menyokong UBN didepan Sultan Perak . Soalan bodoh kepada YB YB yg bersifat katak . KENAPA TAK MASUK TERUS KE PARTI UBN , KENAPA MESTI PARTI BEBAS (lambang apa yang YB YB katak pakai ). UBN nak pilih MB Haram pun bergaduh diantara Pak Lah & Najib . Makamah Tinggi da kata perbuatan UBN tak bertamdun dok liwat system perlembagaan Perak ,melantik MB Haram yang bukan di lantik oleh rakyat negeri Perak . Takkan lah Hakim Hakim Makamah Tinggi bodoh atau tak reti buat keputusan .
Ringkasnya kalau dah dasar ada sifat lanun , lanun juga UBN . MB HARAM ZAMRY bukan dilantik cara demokrasi tapi dl lantik cara Sultankrasi . UBN ni memeang selalu terlalu bangga dengan dosa dosa atau hentahlah kalau ikut hukum islam ???????????????

Anonymous said...

Sekiranya seseorang pemimpin hanya mendapat sokongan daripada satu etnik sahaja, pemimpin itu tidak mendapat restu yang secukupnya daripada rakyat.

Nizar mendapat sokongan daripada rakyat yang beretnik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Justeru, dia layak memimpin rakyat Perak.

Zambry pula hanya mendapat sokongan etnik Melayu dan SEBAHAGIAN KECIL etnik Cina dan India. Jadi, bagaimana dia hendak memimpin rakyat. Sebab etnik bukan Melayu tidak yakin bahawa dia dapat lindungi kepentingan mereka.

Lagipun, sejak kerajaan Nizar pimpin Perak, negeri ini aman damai.

Negeri Perak menjadi tidak aman sejak bermulanya rampasan kuasa oleh rejim Zambry.

Sekiranya rampasan kuasa itu mendapat restu rakyat, nescaya negeri Perak tidak akan huru-hara.

Jika hendak tahu majoriti rakyat sokong Nizar atau Zambry, maka pilihanraya perlu diadakan semula.

Nizar belum tentu boleh bentuk kerajaan. Boleh jadi pakatan rakyat kalah dalam pilihanraya tersebut.

HASMAWI said...

KEPADA PENDEKAR PERAK,

AKU BUKANNYA PENTOKONG TEGAR PR MAHUPUN BN TAPI LAIN KALI BILA HANG NAK TULIS STORY PASAL PERAK & NAK HANTAM PR BIAR FAKTA TU NAMPAK LOGIK & AGAK SUSAH NAK DISANGKAL.

SATU JE KOMEN AKU PASAL HANG TULIS SEMUA PEMIMPIN MELAYU DLM PKR HANYA SEKADAR SPM. HABIS TU MACAMANA ADUN PKR YG MELOMPAT IAITU OSMAN JAILU BOLEH DAPAT TITLE ( KAPTEN(B) OSMAN JAILU ). BOLEH KE JADI KAPTEN KALAU HANYA SPM.

LAIN KALI TULIS BIAR FAKTA TAK BOLEH ATAU SEKURANG2NYA SUSAH UNTUK DISANGKAL. BARU PENYOKONG PR BACA TAK MELUAT & SEKURANG-KURANGNYA BUAT MEREKA BERFIKIR...???

Anonymous said...

MB Nizar memang tidak berhak untuk menukar atau memberhentikan KSU perak, tetapi beliau berhak untuk minta KSU di tukarkan. Yang hairan dan takjub nya kenapa KSN tidak lansung menggambil apa apa tindakan terhadap KSU negeri Perak, pada hal penjawat awam tidak boleh menyebelahi mana mana parti politik semasa menjalankan tugas. Ada yang tak kena di sini.

Bolehkah rakyat Perak membuat aduan tentang hal ini, jika boleh , kemanakah aduan itu perlu di buat.

1. Aduan tentang KSU yang bermain
politik.

2. Aduan tentang KSN yang tidak
menjalankan tugas dengan tidak
menggambil tindakan terhadap
KSU Perak

HASMAWI said...

APASALLAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN & KEPADA Icon 2008 ( AKU DPT RASAKAN YANG HANG NI CHINESE ), SEBAB KOMEN HANG NAMPAK SGT SERONOK DAPAT TANAH 999THN


KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...DUIT CONFIRM BERJUTA DAH HABIS. PILIHANRAYA SATU NEGERI BEB BUKAN SIKIT.LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH….

3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.(BRITISH BUKA TAPI "KULI" NYA ORG MELAYU LE DOK MENEBAS KAWASAN TU)

BILA HANGPA ( RAKYAT MALAYSIA MAJORITI MELAYU ) BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

BIAQ BN MEMERINTAH SAMPAI PRU13, KALAU DEPA DOK MACAM TU JUGAK BARU TUKAR. BN DAH MEMERINTAH 50 TAHUN TAKDE LAGI MATI KEBULUR ORG PERAK TU, WALAUPUN DEPA PASTINYA ADA MELAKUKAN KESILAPAN DULU TAPI BUKANNYA KELAM KABUT NAK BAGI TANAH SAMPAI 999THN. MUNGKIN DAH KIAMAT DAH WAKTU TU. HANG INGAT SENANG KE NAK DPT BALIK TANAH TU.

NAK ROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN TU TAK PAYAH 50 TAHUN SETAHUN PUN DAH CUKUP LA, NI NAK BAGI MEMERINTAH LAGI 5 TAHUN. BAGI PR & BN TU SEDAR SIKIT APA YANG PENTING UTK RAKYAT. KALAU PR MENANG ISU NI, CONFIRM DEPA KATA BAGI TANAH KAT CINA 999TAHUN PUN TAK PA, RAKYAT PERAK SEMUA SETUJU, SOKONG DEPA....

TAPI PR NI “KETEGAQ” ORG KEDAH KATA, TERUTAMANYA DAP, NIZAR TU PUN SAMA, BILA DAH TAU MAJORITI ADUN DAH KURANG KAT PIHAK DEPA CEPAT2 SURUH SPEAKER SIVAKUMAR TU GANTUNG2 BEBERAPA ADUN2 BN SUPAYA KALAU DIBUAT UNDI TAK PERCAYA DLM DEWAN NANTI PR MASIH LAGI MAJORITI….

TENGOKLAH APA APA PM DS NAJIB BAGI STATEMENT DLM PRESS, DIA KATA KALAU BN NAK MAIN TAKTIK MACAM PR PUN BOLEH, SEMUA ADUN BN BUAT LE KES MERAPU2 SUPAYA 20 ORG KE 30 ORG AHLI PARLIMEN PR KENA GANTUNG SETAHUN. APA SUSAH BN KAN MAJORITI KAT DEWAN RAKYAT.

FIKIR2 KAN LAH.

Anonymous said...

Pendapat umum banyak menyatakan bahawa krisis politik yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak sendiri. Biarpun beribu kali Mahkamah atau Istana digunakan untuk mengatasi kemelut ini, namun sudah pasti krisis ini akan tetap berpanjangan. Krisis bermula dengan wujudnya kumpulan yang `tamak' serta khianat kepada amanah rakyat. Bukan masalah `lompat parti' yang dipertikaikan sangat oleh rakyat, tetapi kaedah yang digunakan oleh mereka terlalu jijik dan kotor bagi menggambarkan semangat demokrasi yangmereka dukungi selama ini.

Jika saya menjadi salah seorang dari mereka yang terlalu ghairah untuk `melompat' parti tersebut atas alasan memperjuangkan nasib rakyat yang kononnya tidak terbela di bawah kerajaan PR di Perak, saya sama sekali tidak akan melakukan perbuatan yang `sebodoh dan sehina' seperti itu. Apa yang akan saya lakukan, pertamanya saya tidak umumkan pendirian untuk keluar parti dan menyokong Umno/Bn di Perak sehinggalah apabila diadakan sidang Dun dan undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Ketika usul tersebut dibawa ke Dun Perak, saya yakin ketika itu Speaker sudah pasti membenarkan usul untuk dibuat pengiraan samada YAB Ir Nizar masih mendapat kepercayaan Ahli Dewan. Ketika itu barulah saya akan menyokong usul tersebut seterusnya mengumumkan keluar dari PR. Jika cara ini digunakan oleh Adun-Adun yang melompat tersebut, saya pasti krisis Perak tidak akan berlaku dan YAB Ir Nizar pasti akur kerana kepala dan mata beliau sendiri telah melihat bahawa beliau telah kehilangan majoriti di dalam Dun Perak. Proses seterusnya baru lah perkara tersebut di bawa ke Istana untuk makluman DYMM Sultan.

Kaedah kedua yang saya akan lakukan jika saya dari jenis spesis yang melompat itu, saya akan membuat pengumuman awal secara terbuka kepada media bahawa saya telah keluar dari parti saya dan menyokong Umno/Bn. Apabila sidang Dun dijalankan, pengakuan lisan tersebut akan saya zahirkan sewaktu usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Bukankah kedua-dua cara ini agak terhormat. Kaedah ini juga mungkin dirancang oleh DS Anwar untuk mengambil alih Putrajaya. Bukankah DS Anwar secara terbuka mengajak seluruh MP dari Umno/Bn berhijrah kepada PR tanpa syarat?

Mengapa mereka yang melompat ini memilih jalan yang begitu sukar sekali untuk memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka dakwa itu? Mengapa perlu `menyorokkan 'diri untuk beberapa lama sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga mereka sendiri? Jika mereka rasakan mereka benar, mereka perlu jujur untuk membuat pengakuan terbuka. Setelah `hilang' untuk beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama PM untuk mengistiharkan bahawa mereka menyokong Umno/Bn di Perak. Manusia yang berakal sudah pasti memikirkan bahawa tindakan mereka ini merupakan satu tindakan `bacul' dan `penakut'.

Lebih malang lagi, sokongan mereka yang melompat ini kepada Umno/Bn dizahirkan di dalam istana dan bukan di dewan. Oleh sebab itulah Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengesahkan bahawa tiada usul undi tidak percaya dilakukan terhadap YAB Ir Nizar selaku MB Perak di dewan. Oleh kerana tiada usul tersebut dan YAB Ir Nizar serta Adun-Adun PR yang lain tidak melihat dengan mata dan kepalanya sendiri serta tidak direkodkan di dalam sidang Dun, maka YAB Ir Nizar merasakan beliau adalah MB Perak yang sah. Sebab itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir yang kurang senang dengan tindakan gopoh Umno/Bn di Perak itu. Tindakan gopoh dan kurang cerdik itu akhirnya memakan diri dan rakyat terpaksa dikorbankan.

Apabila YAB Ir Nizar mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak, beliau dianggap `derhaka' kepada Sultan Perak. Apabila rakyat menentang tindakan Umno/Bn yang secara tidak demokratik mengambil kuasa di Perak, rakyat turut dianggap derhaka kepada Sultan. Kesemuanya Umno/Bn ingin lepaskan terhadap DYMM Sultan agar dapat dilihat seolah-olah rakyat Perak menderhaka kepada Sultan. Sebaliknya, Umno/Bn lah yang `menjual' nama Sultan demi survival politik mereka. Sehinggakan apabila didesak untuk bubarkan Dun Perak, Najib masih meletakkan tekanan itu kepada Sultan. Benar, DYMM Sultan punyai kuasa dan hak untuk bubarkan Dun tetapi alangkah baik dan beradabnya jika Najib atau pun Zambry berunding dengan YAB Ir Nizar berjumpa Sultan memohon agar Dun Perak dibubarkan demi mengatasi kemelut yang berlaku. Adakah Najib atau Zambry berani? Jika tidak berani berbuat demikian, janganlah lagi menggunakan nama DYMM Sultan.

Apabila peraturan telah dilanggar oleh mereka yang berkepentingan, maka rakyat terpaksa menjadi mangsa. Di Perak, mana lagi peraturan yang tidak dilanggar di dalam sistem demokrasi di negeri tersebut? Siapa punca permasalahan ini? Jika semua pihak tidak berani mengaku menjadi punca kepada kemelut yang dihadapi sekarang, maka tiada jalan lain melainkan rakyat sendiri yang bakal memulihkan negeri tercinta ini. Semua pihak harus berani memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan nasib mereka. Jika ada yang tidak berani menghadapi pilihanraya sekali lagi di Perak, sememangnya sahih mereka takut rakyat tidak lagi akan memilih mereka sebagai Wakil Rakyat. Apa yang pasti pengkhianat tetap akan menerima hukuman dari rakyat.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

HASMAWI said...

KEPADA ;
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

May 17, 2009 5:06 PM


TIDAK MAHU BUBAR DUN TIDAK SEMESTINYA TAKUT TERUTAMANYA BAGI BN YANG ADA BYK PILIHAN UTUK MENYELESAIKAN KEMELUT DI PERAK YANG SEBENARNYA MASIH LAGI BOLEH MENGIKUT PERLEMBAGAAN YANG DIBENERKAN, SEPERTI UNDI TAK PERCAYA DIDALAM DEWAN. AKU RASA BAGI BN UTK BUBAR DUN MEREKA TELAH MEMIKIRKAN KEPUTUSAN YANG TIDAK PASTI LAGI YANG MUNGKIN KEPUTUSANNYA LEBIH KURANG50-50 KEPADA DUA2 PIHAK (PR OR BN ). TAPI DLM MASA SAMA DUIT DAHBANYAK HABIH, MASA DAH BYK TERBUANG & AKHIRNYA LEPAS PRU PERAK DIADAKAN SEMULA KEPUTUSAN SEPERTI DIATAS & KEDUA2 PIHAK MASIH LAGI BERTELEGAH TERUTAMYA PR LAH DGN SERIBU SATU ALASAN YANG APAPUN KEPUTUSAN SEMESTINYA PERLU MEMIHAK KEPADA MEREKA. AKHIRNYA PERAK TAK USDAH2 MACAM NI. PR SEBENARNYA TAK KISAH SGT PASAL PERAK NI TAPI DEPA BUAT NI HANYA NAK MEMASTIKAN MOMENTUM KEMENANGAN MEREKA DLM PRU 12 DI SELURUH NEGARA BERTERUSAN WALAUPUN KRISIS DIPERAK NI TETAP BERTERUSAN HIGGA PRU 13.

KENAPA SELALU MENYURUH BN MENASIHATI SULTAN UTK BUBAR DUN, TETAPI TIDAK PULAK PR YANG MENASIHATI SULTAN SUPAYA BUAT JE UNDI TAK PERCAYA DLM DEWAN.

TAPI UTK PR SUGGEST UNDI TAK PERCAYA DLM DEWAN KELIHATAN MUSTAHIL, KERANA MEREKA TAHU KEMUNGKINA YANG BOLEH MEMBERI KEPUTUSAN KEPADA MEREKA DLM MEMERINTAH PERAK HANYA LAH BUBAR DUN & PRU NEGERI SEMULA. JIKA MELALUI MAHKAMAH PUN PR HANYA MUNGKIN MENANG SEBAGAI MB YANG SAH TAPI BILA BAWAK KAT DUN UNDI TAK PERCAYA MB NIZAR YANG SAH INI BOLEH DITURUN KAN BILA2 MASA OLEH BN KERANA MEREKA ADA MAJORITI.

PERCAYALAH RAKYAT PERAK, SEMUA INI HANYA PERMAINAN PR UTK MEMASTIKAN MOMENTUM KEMENANGAN MEREKA DLM PRU 12 BERTERUSAN YHINGGA PRU 13 NANTI TANPA MEMIKIRKAN APA YANG BERLAKU KEPADA RAKYAT PERAK SEKARANG NI.

KEPADA PENGUNDI BUKIT GANTANG, SEJAK YB NIZAR DAH BERJAYA JADI AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG DAH BERAPA KALI BELIAU TURUN KESITU & MENGAMBIL TAHU MASALAH MASYARAKAT & CUBA MENYELESAIKANNYA...??? RASANYA KALAU TURUN PUN TAK LAIN TAK BUKAN BANYAK BERCERITA TENTANG KEMELUT DIPERAK NI YANG TAK SUDAH2. SO, APA YANG RAKYAT DAPAT....DEPA WAKIL RAKYAT TERMASUK DARI BN TETAP DPT GAJI BERIBU - RIBU SETIAP BULAN. TAPI SEMUA PERANCANYAN UTK RAKYAT TAK DPT DILAKSANANKAN DGN LANCAR.

SABARLAH NANTI PRU 13 PANGKAH & FIKIR BETUL2, TAPI RASANYA DAP TETAP AKAN MEMEGANG KERUSI TERBYAK KAT PERAK PERCAYALAH... KERANA MELAYU DAH BERPECAH.

Anonymous said...

Kepada Hasmawi.

Memang saya ni beretnik Cina tetapi saya tidak sentuh pasal pemberian tanah 999 tahun dalam komen saya. Tolonglah baca balik komen saya dan tafsir maksudnya betul-betul.

Lagi satu, adakah salah sekiranya saya lahir sebagai etnik Cina?

Berkenaan dengan isu tanah 999 tahun, saya tak kisah pun kalau diberi kepada etnik Cina ataupun tidak. Apa yang saya tahu, saya tak dapat pun seinci tanah tersebut.

Serupa macam etnik Melayu yang dapat hak istimewa. Tetapi bukan semua orang Melayu menikmati keistimewaan seperti yang diwarwarkan oleh pihak tertentu.

House PK III said...

Terima kasih kepada semua yang telah komen di Blog saya!

Masih ada lagi Melayu yang sanggup jadi hamba?

Anonymous said...

isu tanah dah menjadi isu yang dimainkan oleh BN bila isu perak dibicarakan. sebenarnya ramai orang luar tak tau, orang melayu yang dapat tanah lagi ramai dari org cina, lagipun sebelum ni kerajaan tak dapat pungut hasil tanah, bila dah bagi geran tanah hasilnya dapat dipulangkan kembali daripada cukai tanah....so is not ISU.

House PK III said...

Anon 11.24, jangan cakap saja, buktikan yang Nizar dan bala tentera komunisnya telah memberi tanah kepada orang Melayu.

Kami benci pengkhianat bangsa!

HASMAWI said...

KEPADA PENYOKONG YANG FANATIK PR, BERFIKIRLAH SEJENAK....

KENAPA TANAH YANG MENJADI PERKARA UTAMA HENDAK DI SELESAIKAN OLEH PAKATAN RAKYAT ( BACA SEBAGAI DAP )....SEDANGKAN BYK LAGI ISU YANG BOLEH DIUTAMAKAN. AKU TAU JUGAK SEBAB WIFE AKU ORG BUKIT GANTANG & BAPAK MENTUA AKU PENYOKONG KUAT PAS.

PAKATAN TERUTAMANYA DAP TAHU MEREKA TAK AKAN DAPAT MEMERINTAH PERAK DGN TENANG & MUNGKIN BEBERAPA PENGGAL PRU LAGI APABILA MELAYU TELAH SEDAR & BERSATU, JADI TANAH ADALAH SATU ISU YANG BILA TELAH MENJADI HAK MILIK 999TAHUN KEPADA MEREKA AKAN TETAP KEKAL MILIK MEREKA WALAUPUN MEREKA TIDAK MEMERINTAH LAGI DI PERAK KEMUDIAN HARI.

KETIKA ITU BILA MELAYU DAH SEDAR, IA BUKAN SESUATU YANG MUDAH UTK MENGAMBIL BALIK TANAH TU WALAUPUN TURUN NAIK MAHKAMAH PUN TAK MENANG.

INGATLAH EKONOMI TELAH DIKUASAI MEREKA TANPA CUBA MEMBERI PELUANG SAMA RATA KEPADA KITA. SETIAP PENGEDAR2 UTAMA ADALAH GOLONGAN MEREKA. JADI BILA ORG DEPA BELI KAT PENGEDAR HARGA LAIN, BILA ORG KITA (MELAYU) BELI KAT PENGEDAR YANG DIKUASAI MEREKA HARGA LAIN, JADI INI MENYEBABKAN ORG KITA TAK DPT MENJUAL SESUATU BARANG ITU DGN LEBIH MURAH DARI KAUM CINA JUAL. TAPI KITA TERPAKSA JUGAK BELI DARI MEREKA KAUM CINA SEDANGKAN ADA KAUM MELAYU YANG MENJUAL BARANG YG SAMA TAPI DGN HARGA YANG TERPAKSA LEBIH TINGGI SIKIT.

JADI MEREKA TELAH MEMBUAT KESATUAN YANG KUAT UTK MEMASTIKAN MELAYU TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA MEREKA DARI SEGI EKONOMI.

JADI ADAKAH KITA SANGGUP POLITIK PUN KITA HENDAK BERI KEPADA MEREKA..

PILIHAN DITANGAN KITA..., KEPADA MB NIZAR ( PAS ) USAHLAH TERLALU MENGIKUT TELUNJUK DAP BIARLAH BN (UMNO - MELAYU ISLAM ) MEMERINTAH PERAK, PASTIKAN KEMENANGAN YANG AGAK KUKUH PADA PRU 12 YANG LALU DI KELANTAN & KEDAH AKAN TERUS DI KUASA DIBAWAH TELUNJUK PAS (MELAYU ISLAM)

DI PERAK, PAS PERLU CARI KEKUATAN DGN MENDAPATKAN UNDI ORG MELAYU-ISLAM BUKAN CINA ATAU INDIA, JIKA PADA PRU 12 LALU BN ( UMNO - DAPAT MENGEKALKAN 27 KERUSI MELAYU ISLAM ) KENAPA TIDAK PAS. FAKTA YANG JELAS PADA PRU KECIL BUKIT GANTANG YANG LALU PAS WALAUPUN MENANG TAPI MAJORITI UNDI MELAYU TELAH BERKURANG KEPADA MEREKA.

JADI BIAR BN MEMERINTAH DI PERAK HINGGA PRU 13 NANTI, KETIKA ITU ORG MELAYU AKAN BERFIKIR SAMADA BN (UMNO) TELAH BERUBAH KEPADA LEBIH BAIK ATAU TIDAK & MEREKA AKAN MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK PADA PRU 13 SAMADA MEREKA BN MASIH BOLEH DITERIMA SEBAGAI PARTI YANG MENJAGA KAUM MELAYU-ISLAM ATAU PAS PERLU MENGAMBIL ALIH,TUGAS INI DARI UMNO.

SEKIRANYA PRU KECIL SELURUH PERAK ATAU PRU 13 NANTI TIBA SUDAH JELAS, BUKAN MELAYU ( CINA - INDIA ) AKAN BERSATU DIBAWAH PAKATAN, TAPI PAS PERLU CARI UNDI MELAYU-ISLAM SUPAYA MEREKA MENJADI MAJORITI DLM DEWAN & BUKANNYA MENJADI MB YANG KELIHATAN SGT MENIKUT TELUNJUK DAP.

INGATLAH BANGSAKU (MELAYU YANG MASIH ISLAMIK LE),SESUATU YANG HILANG BUKAN MUDAH DIPEROLEHI SEMULA. KEPADA MELAYU YANG DAH TAK ISLAMIK TU TAK PERLU LA BERFIKIR BYK LAGI, LEPAS NI KALAU ADA PRU PANGKAH LE SAPA PUN TERUTAMANYA DAP.

FIKIR2 KAN LAH

Anak Perelih said...

Yang UMNO bagi tanah tanah yag luas kat towkey towkey cina tu apa cerita??? UMNO lah pengkhianat bangsa... selama ni orang Melayu menjadi Hamba UMNO... diperguna dan diperbodoh oleh UMNO demi kepentingan pemimpin dan kroni UMNO sahaja

Anonymous said...

pendekar perak kekurangan ilmu n sumber rujukan nampaknya. Usah ler nampak hanya kepompong jenalik jer kluar la dr pompongan. Bgaimana nk berhujah klu spt katak dlm plastik lut sinar. pk2kn la.

House PK III said...

Suka hati kamu nak cakap apa, yang pasti kami anak-anak Perak tidak akan biarkan bumi Perak ini dilacuri oleh sang komunis!

Kamu orang luar jangan campur urusan kami, jangan disebabkan nak tutp cerita 999 tu kamu cuba menuduh UMNO bagi tanah kat Cina ya? Siapa yang kamu cuba tipu ni?

Kami tahu akan kebenarannya!

Anonymous said...

Budak-budak.

Pergi balik baca sejarah. Dari dulu lagi Perak ni Melayu campur Cina gaduh dengan Melayu campur Cina.

Dulu Raja Abdullah sampai kena buang negeri. Ghee Hin gaduh dengan Hai San. Berebut lombong timah

Sepatutnya orang luar biar aja mereka ni gaduh. Walau siapa pun yang menang lepas 50 tahun atau 100 tahun depa ni bergaduh balik sesama mereka.

Gaduh Yeop Gaduh. Satu dunia boleh tengok ramai-ramai.

sedihpilu said...

Hoi, aku memang panas pasal isu ini... penyokong PR memang menyakitkan hati. Depa ingat, depa je betul. Nak tidur depan kete pun anggap jihad la tu. Ingat kalau terpenyek dek kereta tu masuk syurga la.... rasa-rasanya terperosok dalam neraka ada la... hapara

Ok, saya minta maaf diatas kesalahan diatas. Terlebih emosi! Tapi fikirlah ada sebabnya...

Isu Perak ni hanyalah sekadar isu PR terutama DAP untuk dapat tanah dan seterusnya mengusai Perak. Pulau Pinang dah jadi Singapura. Perak akan menyusul.

Banyak sangat tuduhan2 yang ada dalam blog2 internet ni. Yang jadi katak, ambil rasuah juta2, ugut/peras orang, jual tanah kat tokey Cina dan macam-macam lagi. Tapi semua tu hanyalah blog yang kurang boleh dipercayai bagi saya. Sepertinya blog ini.

Sejujurnya, saya bukan orang/ahli Umno/BN. Saya ada benda2 yang tak suka juga pasal diaorang ni. Tapi jika nak dibandingkan dengan PR, ya Allah, tak boleh kata apa, memang tak sanggup. Jika ada pilihan diantara 2 benda yang buruk, pilihan kita adalah yang kurang buruknya berbanding yang lebih buruk.

Pasal demokrasi, sapa kata demokrasi mati? Adakah demokrasi terlalu suci sehingga tidak boleh disentuh/diubah. Demokrasi seperti yang diucapkan oleh Winston Churchill adalah bentuk kerajaan terburuk melainkan yang telah dicuba sebelum ini. Jadi, ini pilihan seperti tadi; antara yang buruk. Semasa zaman sahabat memanglah bagus pasal, orangnya pun bagus.Cuma sekarang ni demokrasi mudah dieksploitasi. Lihatlah saja, juara demokrasi tapi tak demokrasi. Ada PBB tapi ada veto!

Tengok di Palestin, apabila Hamas menang, mudah aje kuasa2 besar kata tak sah. Ada kata pasal orang Palestin dah tak betul dan macam2 lagi. Sudahlah pasal demkorasi. Dah muak!

Demokrasi bermakna hanya pembangkang boleh menang, pembangkang boleh buat apa saja, kerajaan memang penipu bila2 masa, hak majoriti perlu diketepikan asalkan minoriti boleh tunjuk perasaan, merusuh dan macam2 lagi! Inikah demokrasi?

Demokrasi sepatutnya mempertahankan hak majoriti tanpa mengenepikan minoriti.

Oh, pasal Cina, fikir2lah. Dah banyak pengalaman saya dan kawan aku dimainkan korang terutamanya utk dapat kerja atau nak buang orang, nak beli barang, monopoli bla2... Kalau nak dianggap/dilayan baik, berbaiklah dengan orang lain. Takde salahnya. Saya tak anti dan masih berkawan dengan Cina. Pada pandangan saya orang politik terlalu banyak gunakan isu kaum/agama untuk menang. Yang susah rakyat!

Maaf panjang ye... wassalam

Kurang Arif said...

Anak Perelih,
Saya ni kurang arif dalam dunia politik. Nak tumpang tanya. Tanah mana yang BN bagi pada tauke-tauke cina. Setahu aku mereka beli. Agak mahal juga. Janjinya nak wujudkan peluang pekerjaan seperti Genting Highland dan Sunway. Ramai juga rakyat Malaysia yang bekerja di situ. Tapi sejak belakangan ini etnik Melayu agak sukar mendapat pekerjaan kerana syarat fasih berbahasa Mandarin. Kalau setakat pencacai ramai etnik Melayu. Harap tokey-tokey cina janganlah bersikap pilih kasih.

Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi kat Kerajaan Persekutuan pun kerajaan negeri dapat pampasan. Orang Melayu yang kat FELDA tu pun kena beli tanah tak silap RM50,000 (bergantung saiz tanah)bayar sampai 20 tahun. Tetapi penduduk kg. baru cina di perak dapat free 999 tahun. Bagaimana kg. tersusun melayu? Saya difahamkan pajakan selama 99 tahun je. (betul ke, mungkin saya silap?)

Jadi saya mohon anak perelih dapat dedahkan nama tokey cina yang dapat tanah free daripada kerajaan BN dan di mana?

Anonymous said...

pas ke dap ke umno ke.... org melayu dapat apa.... bodoooo pembangkang nih..... aku kat atas pagar nih tau satu je....kalo kelebihan dapat kat melayu... takpelah ....kalo seleweng tak lama kejap dah jatuh ..... tp kalo jd pengkianat bangsa...ceramah sini sana.... perangai lagi teruk pada babi.... tak malu ke bila bercakap guna nama rasul...tapi maki hamun.... hmmmmmm........ mungkin itulah ajaran baru.... PARTI AJARAN SONGSANG(PAS).

Anonymous said...

Dalam hal nih tak kisah lah melayu PAS ka melayu PKR ka melayu UMNO ka...tapi yang penting nak jual and sokong bangsa pendatang tuh buat apa. Bayangkanlah kalau kita berperang...berapa rami india dan cina nak bantu negara berperang...silap silap depa yang tolong berikan negara kita kepada musuh.... ada peribahasa di Penang....melayu kalau gaduh...masuk kubur pon tak bertegur tapi cina kalau bergaduh pakai parang...lepas gaduh buleh rilek berdua tepi pantai minum beer.....renungkanlah... komunis tetap komunis... kecuali cina yang pernah hadapi zaman darurat dulu shj... cina skrg lintah darat... india malaysia lg teruk lupa diri.... tapi yang bodohnya...org melayu yg tak sedar diri......

adie_adios said...

Dulu saya penyokong atas pagar. Apabila tiba pilihanraya, adakalanya saya sokong BN adakalanya saya sokong PAS. Tapi apabila di kaji 7/10 saya SOKONG PAS. Sehingga sekarang saya penyokong KUAT PAS. Hanya PAS boleh membawa orang MELAYU beroleh kejayaan DUNIA AKHIRAT. BN hanya sekadar mementingkan KRONISME. Sekurang-kurangnya apabila saya sokong PAS cara hidup islam itu dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. Likely KELANTAN.

Anonymous said...

sayang seribu kali sayang.. blogger dari kalangan pakatan rakyat lebih berilmiah berbanding blogger dari barisan nasional.. patut la golongan muda lebih cenderung kepada pakatan rakyat sebab sumber2, hujah2 dan output2 yang disampaikan lebih relevan berbanding apa yang disampaikan dari barisan nasional..

lagi satu golongan muda kalangan pakatan rakyat lebih profesional dan intelektual berbanding barisan nasional yang mana golongan mudanya terdiri daripada mat2 rempit ataupun nama baru sekarang samseng jalanan yang tak tahu hala tuju hidup..

semoga UMNO dapat mempengaruhi golongan muda yang intelektual utk menyertai barisan nasional sebelum ia terkubur pada masa hadapan.. kerana golongan muda adalah pemimpin pada masa hadapan..

Ingatlah Wahai Melayu Islam said...

Be End takkan menang nye la kalo diadakan p/raya negeri perak.dah teruk sgt dah.
Selaku melayu islam,aku rasa PAS lebih baik dari UMNO yg 53 tahun memerintah,sikit pon takde niat kat ati tu nak laksanakan hukum islam (hudud) dekat malaysia ni.W'pon politik di malaysia ni dedua parti utama melayu PAS n UMNO same je kadang2,masing2 dok maki hamun masing2 dalam ceramah.Tapi PAS lagi bagus compared dgn UMNO.sekurang2nye PAS adalah Parti Islam yg memperjuangkan islam di malaysia yakni wajib kita sbg seorg islam sokong.sape x sokong tu trang2 dah dia ZALIM.ni bukan aku gebang,ni dah tertulis dlm ayat quran 1400 tahun dulu dah.kitab ni aku ada korang pun ada.so pandai2 la fikir tok menjawab kat akhirat kelak.
"...Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku; dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44)

"...Oleh itu siapakah yang lebih zalim lagi daripada mereka yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya)." (Surah al-An'aam ayat 157)

Anonymous said...

ini satu lagi blog hampeh. buang masa aku je. tgk tu, semua reply kasi hantam baik punya! oi tukang buat blog , lu takde penyokong sila tutup ini blog la dey macha tay tarrekk wonnetttt!

Anonymous said...

Lebih baik jd boneka DAP drpd main rasuah mcm khairy!!! korang je kata boneka tapi pd kami rakyat perak, Nizar bukan begitu.Ingat,Zambry itu jd MB bkn ngan rela rakyat..tapi dia PERAMPAS di bwh perancangan NAJIB. rakyat perak hanya mahu DUN dibubarkan dan pulangkan kuasa memilih pemimpin kpd rakyat...

Anonymous said...

hidup ds nizar...

hidup ds nizar...

hidup ds nizar...

sedihpilu said...

Sudahla, Melayu sama Melayu bergaduh, sapa dapat untung oi...

Sapa la kata orang blog PR ni intelektual. Sama saja. Tak hebat mana pun. Pas untung dia pasal Islam. Kalau tak jual Islam, memang bankrap la. Kan Quran ada kata janganla menjual ayat Quran untuk kesenangan dunia. Tapi nak buat macam mana, duit tak boleh tolak ooo!

Pas kata nak buat hudud, lepas tu senyap. Dap bantah, dah tu senyap. Jadi macam mana? Buat ke tidak. Sejujurnya, saya mahu ia dilaksanakan supaya jadi contoh yang baik untuk Umno/BN dan bukan Islam betapa baiknya hukum Islam ni. Ini tidak, sebut hudud, potong tangan je yang diaorang tahu.

Setakat niat je tak jadi. Kena buat! Tak usahlah seleweng lagi. Tolonglah! Saya dulu masa Pas sorang, saya takde masalah. Tapi bila dah berhubungan dengan Dap, minta maaf. Tiada sokong lagi.

Penyokong Pas/PR sekalian. Adakan selepas PR dapat Malaysia tercinta ini, Hudud dapat dilaksanakan? Hilangkah tanah Melayu? Bolehkan orang Melayu dalam PR memelihara kepentingan orang Melayu? Memanglah BN sekarang ni tak bagus mana pun... tapi kalau PR, memikirkan Dap, hindraf, ngerinya rasa.

Umno pun satu, ramai pengkhianat dari pengkhidmat. Kira mahu untung sendiri aja. Akhirnya, Umno binasa. Belajar2lah dari kesilapan.

Dahtu, gelojoh bebeno nak kuasa di Perak sampai tak boleh tunggu sidang DUN. Sekarang kerosakan telah berlaku, macam mana nak pulihkannya semula. Kebanyakan bukan Melayu dah sokong PR. Melayu pun masih ramai sokong PR walaupun kurang. Jadinya, kalahla lagi.

Lagi satu, apabila ucapan sombong dan bongkak diucapkan oleh pemimpin PR dan suku-sakatnya macam Hindraf dan Majlis Peguam, sudah tidak ada lagi penghormatan bagi saya. Pemimpin angkuh harus ditolak. Itu saja.

Umno terlalu berlembut. Kena tegas. Kalau nak sokongan pun, orang Melayu jangan dilupa. Islam pun begitu. Saya dah bosan dengan sifat "politics of appeasement" ni. Jagalah Melayu yang utama. Mana2 pun, kalau nak jaga dua2, akhirnya dua2 akan tak puas hati dan Umno yang kena. bagi orang Melayu, isunya; Islam, murtad, rasuh, ekonomi, salahguna kuasa, khianat.

Lu pikir la sendiri... takkan b*d* sangat!

Anonymous said...

mona boleh tolak nizar sebab nizar masih sah,lagipom mahkamah dah putuskann,mahkamah rayuan hanya MENAGGUHKAN KEPUTUSAN SHJ,, BUKAN MEMBATALKAN.jd kenapa mb haram zombry gatal2 nak duduk kt kerusi menteri besar balik?budak darjah satu pun tahu PENANGGUHAN tu maksudnya aper?dasar tak reti undang2 betol ubn ni.

Anonymous said...

dah la pendekar perak.ko tutup je la blog ko ni.x de ilmiah baca blog ko ni.ko tula,baru nak bergiat aktif dalam media alternatif ni.org2 PR dah lama dah benda2.so nampak la yg UBN ko ni tedesak smpi upah org2 mcm ko ni jadi propaganda dlm ni...ARTIKEL SAMPAH

Anonymous said...

OLEH KERANA PENYOKONG PR LEBIH RAMAI DARI UBN, MAKA DENGAN RASMINYA BLOG UBN INI DITUTUP KERANA BARISAN UBN LEMAH DI SEGI AKHLAK. : )

Anonymous said...

Ya..Amir Hamzah... Kenapa kamu terlalu cemburu dan iri hati pada manusia lain. Janganlah kamu banding-bandingkan dia dengan orang lain. Apakah niat kamu memperbandingkan memuaskan hati kamu atau mempengaruhi orang lain. Sekurang-kurangnya ada kalangan melayu profesional satu kelebihan, berupaya pelbagai bahasa payah dicari, membaca khutbah (kata mudah cubalah. Bersyukur apa yang ada dan banding dengan diri kamu lagi baik. Memang benar kata orang orang melayu tak boleh tgk orang melayu lain senang dan bijak. Dengki khianat dan jd batu api neraka lagaknya.

Anonymous said...

SETELAH 11 BULAN NIZAR JADI MB PERAK APA YANG TELAH DIBUATNYA UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM. YANG NAMPAK CINA YANG UNTUNG KERANA MEREKA DIWAKILI OLEH 6 ORANG EXCO.
PAS HANYA SEORANG SAHAJA. APAKAH SEORANG BOLEH MEMPENGARUHI 6 ORANG YANG BERTINDAK MENGGUNAKAN AKAL.

MAKA BEKAS MB NIZAR MENGIKUT SAHAJALAH APA JUGA YANG DIATUR OLEH 6 ORANG EXCO DARIPADA DAP.

ITUKAH YANG HENDAK DIPERJUANGKAN OLEH PAS. SEBENARNYA YANG MENDAPAT FAEDAH ADALAH DAP. KERANA YANG MEMERINTAH PERAK SEBENARNYA IALAH DAP. MAKA SEBAB ITULAH MEREKA BERIA2 BENAR BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN MEREKA DENGAN MEMPERALATKAN PAS.BAGI NIZAR PULA YANG PENTING BAGINYA IALAH MEMPERTAHANKAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI MB. PEDULI APA RAKYAT BANYAK.

BERTINDAKLAH UNTUK KEPENTINGAN ISLAM MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN BUKAN EMOSI.

KENAPA KITA ORANG ISLAM TIDAK DAPAT MELIHAT DARIPADA PERSPECTIF KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. KENAPA MESTI BERCAKARAN SESAMA SENDIRI.

KALAU KITA ORANG MELAYU FAHAM ISLAM KITA TIDAK AKAN JADI MACAM INI. KITA SEAGAMA, SEBANGSA SEPATUTNYA BANYAK BERFIKIR UNTUK BERSATU MEMBANGUNKAN UMMAH BUKAN MENGHANCURKANNYA.

JANGANLAH SETELAH SEMUANYA TELAH HILANG BARULAH HENDAK BERSATU. MASA ITU NASI SUDAH JADI BUBUR. SEPERTI YANG BERLAKU KEPADA MELAYU SINGAPURA.

JADI ASKAR TAK LEBIH DARI SARJAN, TIDAK DIBENAR MEMEGANG SENJATA API, TIDAK DIAJAR MENGGUNAKAN SENJATA API, PILOT DARIPADA ORANG MELAYU SEORANG PUN TAK ADA. JAWATAN MENTERI SEORANG PUN TAK ADA. WAKIL RAKYAT DARIPADA ORANG MELAYU JANGAN DIHARAP.

OLEH ITU INGATLAH WAHAI ORANG MELAYU YANG SEMUANYA BERAGAMA ISLAM, BERSATULAH. TERIMALAH KEMENANGAN DR ZAMBRY ADALAH KEHENDAK ALLAH.

myMail said...

Terimalah wahai PR. YB Zamry masih MB. Jika Mahkamah Persekutuan mengubahnya maka BN harus menerimanya. Tidak salah beralah demi kebaikan semua. Kesombongan dan hidung tinggi tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Jangan laksanakan demokrasi ikut sedap hati. Nanti takur terbakar diri! Matlamat tidak menghalalkan cara

Kang nasir said...

aslmkum.w.w.

saya bersyukur nizar tak dapat memanaskan kerusi.
anda tahu kenapa.

buat julung2 kalinya tercipta sejarah ANTARABANGSA. sejarah pertelagahan ANTARABANGSA melayu@islam hanya disebabkan politik.
satu pihak berjuang & berkorban utk majority KAFIR(DAP)
manakala satu lagi memperjuangkan bangsa agama & negara.

anda harus berfikir utk kebaikan ummah. bukan yg berjuang mengikut emosi. demi keadilan konon.

alhamdulillah. perak bukan p.pinang atau melaka. perak ada duli YMM sultan. dapatlah nizar merasa duduk kat situ. dah merasa sekejap pun tak nak bersyukur.
kalau perak tak ada sultan USAH MIMPILAH NIZAR DAPAT DUDUK SITU. KIBAS2 KERUSI PUN ENTAH.

demi kebaikan bangsa. fikirkanlah. jgn terlalu ikut perasaan.