Tuesday, May 5, 2009

‘Sami’ beri keyakinan Anwar jadi PM dalam masa terdekat

Oleh Ruslan Sulaiman

KHABAR gembira buat penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang (bukan Pakatan Rakyat), iaitu mereka yang mengabdikan diri dengan PKR, Pas dan DAP, terdapat beberapa pihak yang mendatangi ‘sami’ untuk meminta pandangan mengenai peluang pemimpin agung mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim masihkah mempunyai harapan untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut cerita pihak-pihak yang mendatangi ‘sami’ ini, khabarnya bukan sebarang ‘sami’ tetapi besar punya ‘sami’, memang Anwar akan menjadi PM dalam masa terdekat tetapi dengan syarat mereka (para penyokong) tidak jemu bekerja memfitnah dan membohongi rakyat yang masih kukuh menyokong BN, supaya meninggalkan BN.

Jadi, janganlah sesiapa hairan, ketika tempoh ‘genjatan senjata’ sekali pun, ketika tiada pilihan raya umu dan pilihan raya kecil, para penyokong PKR, DAP dan Pas akan bekerja keras seolah-olah mereka bekerja mahu menumbangkan kerajaan yang ada, kerana semakin kuat mereka bekerja, semakin cepat Anwar menjadi PM.

Ini cerita yang tersebar secara bisik-bisik. Anwar mungkin tahu cerita ini dan mungkin juga tidak. Anwar mungkin percaya cerita ini dan mungkin juga tidak. Tetapi, bagi pembawa cerita ini, mereka cukup percaya. Mereka cukup yakin. Mereka amat-amat mengharapkan ‘doa dan sembahyang’ dari sami-sami besar ini supaya cepatlah Anwar ke Putrajaya.

Kalau sesiapa nampak begitu ghairah para penyokong PKR, DAP dan Pas menyokong Anwar Ibrahim, seolah-olah petang ini Anwar akan mengangkat sumpah di depan Yang DiPertuan Agung, jangan salahkan mereka. Mereka mungkin yakin dengan ramalan dari sami-sami besar.

Lebih mengejutkan, cerita sumber ini, bukan sami dari satu anutan agama sahaja, tetapi dari kedua-dua agama, sami-sami mereka senada dan seia sekata dalam bab Anwar akan menjadi PM dalam masa terdekat.

Tidak pula diketahui, apakah sami-sami ini juga yang meramalkan Anwar Ibrahim menjadi PM 16 September 2008 yang lalu. Kita tentunya masih ingat bahawa para penyokong Pas, PKR dan DAP, kecuali Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang, sudah bersiap sedia mahu berhimpun di Putrajaya untuk meraikan Anwar Ibrahim.

Lebih menyedihkan, Ahli-Ahli Parlimen BN terpaksa ‘melarikan diri’ ke Taiwan kerana takut mereka terjebak dalam asakan penyokong Anwar yang mahu memujuk beberapa orang untuk menyertai mereka, menubuhkan kerajaan Pakatan Pembangkang (ingat, bukan Pakatan Rakyat).
Cerita 16 September 2008 sudah berlalu begitu sahaja. Para penyokong Pas, PKR dan DAP tidak marahkan Anwar tetapi mereka mungkin kembali kepada sami-sami besar ini, bertanya kenapa tidak jadi 16 September 2008 Anwar mengangkat sumpah jadi PM.

Malahan, 17 September 2008, sehari selepas 16 September 2008, SMS mengejek Anwar kononnya mengangkat sumpah di depan foto Yang DiPertuan Agung dan ada beberapa orang penyokong DAP, Pas dan PKR kelihatan berkeliaran di depan Istana Negara tersebar.

Entah kerana apa mereka berkeliaran di depan Istana Negara, tiada siapa yang tahu tetapi ada juga yang mengatakan, sebahagian dari penyokong Pakatan Pembangkang kelihatan berkeliaran di depan Istana Budaya.

Mereka mungkin tersilap, kerana jika ada majlis mengangkat sumpah, ia bukan diadakan di Istana Budaya, tetapi tempat lain. Mereka terlalu ghairah barangkali. Mereka terlalu yakin dengan ramalan ‘sami’ barangkali dan mereka mungkin juga tidak sabar-sabar lagi untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan timbalannya, Lim Kit Siang.

Bagi penyokong DAP, jika Anwar jadi PM, merasalah Kit Siang menjadi TPM. Jika Anwar banyak masalah, termasuk kes liwat yang akan dibicarakan Julai nanti, maka PM yang sah ialah Kit Siang.

Bagi penyokong Pas, jika Kit Siang jadi PM, TPMnya ialah Tuan Guru Hadi Awang. Ini dilihat dari kedudukan di Parlimen sekarang, PKR sebagai ketua Pembangkang, diikuti DAP di blok ke dua kerana bilangan Ahli Parlimennya melebihi Ahli Parlimen Pas dan Pas di blok ke tiga, kerana bilangan Ahli Parlimennya kurang dari bilangan Ahli Parlimen DAP dan PKR.

Ada juga penyokong PKR, DAP dan Pas membayangkan jika Anwar menjadi PM, beliau akan melantik dua TPM iaitu Kit Siang dan Hadi, serentak kerana mahu menjaga keharmonian kaum di Malaysia.

Tidak pula mereka (para penyokong Pakatan Pembangkang) ini membayangkan adakah perlantikan TPM dan Menteri-Menteri Kabinet dalam Kerajaan Anwar Ibrahim nanti, juga dibuat atas nasihat sami-sami besar ini.

Kalaulah benar cerita ini, mereka yang was-was bolehlah merujuk kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Biasanya, Nik Aziz akan kata boleh sahaja kerana dalam banyak hal, Nik Aziz akan kata boleh asalkan ia menyebelahi Pakatan Pembangkang.

Berbogel di rumah, boleh, ada skandal serumah sebelum berkahwin, tiada halangan, ada dakwaan kes liwat, boleh disokong untuk jadi PM, ada isu apa sahaja, termasuk Nga Kor Ming menyebut sepotong ayat suci al-Quran, Nik Aziz kata boleh. Bila Nik Aziz kata boleh, para penyokong Pas akan kata boleh. Mereka tidak boleh mengatakan tidak boleh kerana bagi mereka Nik Aziz adalah ‘ulama besar’ bukan ulama sebarangan.

Dengan ramalan sami besar dan sokongan ulama besar, para penyokong Pakatan Pembangkang akan terus memberi sokongan padu mereka kepada Anwar Ibrahim yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi PM.

Kerana apa Anwar bercita-cita untuk jadi PM? Jawapannya tentulah untuk membersihkan imejnya. Maka para sami besar kenalah bekerja lebih kuat untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar akan jadi PM.

Dari Blog Konspirasi Politik Melayu

6 comments:

Tok Pawi said...

Lawak

Anonymous said...

Aku rasa anwar ni ada sijil Psikiatri@sijil gila...

Tapi yang percaya kat anwar ni lagi gila...kahkahkah

Anonymous said...

kalah lawak si nabil.......

AHIM KAMPONG said...

'Aku rasa anwar ni ada sijil Psikiatri@sijil gila...

Tapi yang percaya kat anwar ni lagi gila...kahkahkah'

komen di atas menunjukkan bahawa beliau mengatakan penyokong/pengikut Anwar Gila...ramai tu...DAP gila, PAS gila, PKR gila...Mahathir/Muzris okey ke...tak gila...bagi saya 2 x 5 sama 10 hehehehe....

rahman,ahchong,muniandy said...

Bukan kecil punya sami tapi besar punya ‘sami’,titah memang Anwar akan menjadi PM dalam masa terdekat tetapi dengan syarat mereka (para penyokong) tidak jemu bekerja memfitnah dan membohongi rakyat yang masih kukuh menyokong BN, supaya meninggalkan BN.hahahhhaahahah....
lawak bebeno yeop.
"welcome to my blog"

MyName said...

slm semua.

apa taknya. sbb org2 DAP boleh hafal ayat quran tak mustahil ada org ajak jemaah sembahyang hajat.

(pendatang sri lanka & india dgn mudah mendapat mykad hanya kerana bantuan org tempatan@wartawan2 dgn menghebahkan mereka dari keluarga daif tak dapat mendaftar sijil beranak, seperti terancang pihak tertentu berusha mendapatkannya atas dasar berjuag utk keadilan konon. yg akhirnya setelah mendapat mykad mereka menuntut hak pribumi & suatu masa nanti boler keluarkan fatwa utk keadilan sbb namanya SAMIchandran, mutuSAMI, ramaSAMI dll. atau mungkin juga menuntut hak naik tahta sbb namanya RAJAlinggam, RAJAgopal dll)