skip to main | skip to sidebar

House PK III

Berita Ringkas Terkini

  • Home
  • About
  • Contact
  • Log In

Monday, June 15, 2009

Janganlah sampai macam tu Tok Guru…

Oleh: LUKMAN ABDULLAH



Kalau marahkan nyamuk jangan kelambau dibakar. Begitu juga kalaupun terlalu benci pada UMNO dan marahkan sangat pada anak buah, Datuk Seri Haji Hadi Awang kerana cetus idea kerajaan perpaduan rasanya tidak perlu keterlaluan dalam membakar semangat ahli dan penyokong parti sampai ke situ.

Apa lagi kalau ia melibatkan ulama besar seperti Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ramai yang terkejut dan menjadi buah mulut apabila Mursyidul Am PAS itu membuat seruan penyokong parti itu agar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai walaupun terpaksa ‘bertumpah darah’.

Nik Aziz membuat seruan itu ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS DUN Manek Urai Jumaat.

Istilah ‘ bertumpah darah’ itu dibimbangi boleh mencetuskan pelbagai andaian negatif dan salah tafsiran sepanjang kempen pilihanraya kecil di kawsan yang terpencil di Kelantan itu.

Ia turut mengundang reaksi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed yang merasa amat dukacita dengan provokasi Menteri Besar Kelantan itu.


“Ambo (saya) dengar kenyataan itu amat sedih dan dukacita sekali, kita bukan nak bergocah (bertumbuk), tidak nak berbalah…kita hanya ingin cari pengaruh, kita hendak berhujah, kita nak cambahkan buah fikiran, nak jumpa adik kakak nak bagi tahu kebaikan BN tentang kenapa kita perlu mengundi lambang dacing,” kata Mustapa dalam nada sedih semasa berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Peria, Kuala Krai Sabtu malam.

Beliau menambah, “tujuan kita hendak cari pengaruh, bukan nak bergocah, bukan nak bertumpah darah, bukan nak hilang nyawa…maka kita nyatakan hari ini bahawa kita pengundi Manek Urai inginkan perdamaian, silaturrahim, perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu dan di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia ini”.

“Kita menolak sekeras-kerasnya mana-mana pihak di Kelantan mahupun di luar Kelantan…yang nak bertumpah darah... ni budaya mana…?”ujarnya

Seterusnya Mustapa dengan nada sayu menyeru, “Wahai anak beranak ambo di Manek Urai marilah kita nyatakan pendirian bahawa pilihan raya kecil ini kita hendak cari perpaduan, kita nak cari silaturrahim…sekiranya ada mana-mana pihak yang mencari lain pada itu seperti bergocah atau berbalah, itu bukan tujuannya.”

Mustapa menegaskan semua pihak di kawasan DUN Manek Urai samada ahli UMNO, ahli PAS atau pihak ‘atas pagar’ merupakan ‘anak beranak’ belaka, sesama Melayu, Islam dan satu Malaysia.

“Kita hadir di sini untuk menyeru ke arah berbaik-baik bukannya suruh bergaduh sesama sendiri, dalam pilihan raya kecil ini kita jaga akhlak dan tertib, kita boleh bersyarah berhujah tetapi jangan sekali-kali kita gunakan kekerasan, provokasi, menghina orang lain, menghina pegawai polis dan pegawai kerajaan…ia menepati anggapan mereka adalah kerajaan Islam maka kenalah berakhlak mulia,” tambahnya.

Beliau berharap hentikan provokasi pertumpahan darah dan beri tumpuan ke arah perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam dalam Malaysia ini.

“Yang menghairankan, kata Mustapa, “kenapa tidak mahu perpaduan dan berbaik-baik, malah kata pula pada mereka yang mahukan perpaduan ini adalah boneka UMNO, kita bercakap yang baik, perpaduan dikatakan kita jahat, perpaduan itu dituntut oleh Islam…inilah perkara yang amat mendukacitakan.”

Katanya, “kita cukup dukacita apabila dibuat seruan sanggup bertumpah darah untuk pertahankan kerusi DUN Manek Urai dan dukacita lagi apabila mereka menolak usaha-usaha menyatupadukan umat Islam.”

“Apakah pincangnya, apakah buruk sangat nak cari perpaduan ini dengan orang Melayu, adakah berpadu dengan DAP yang dulunya amat tidak disukai oleh PAS tapi sekarang sudah berdakap-dakapan, adakah DAP ini lebih daripada UMNO,” kata Mustapa.

Bagi menghadapi PRK Manek Urai, Mustapa mengumumkan motto yang akan digunakan oleh jentera BN adalah ‘Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan’.

Mustapa juga akan memastikan DUN Manek Urai akan dijadikan anak angkat kerajaan pusat sekiranya BN berjaya menawannya dalam PRK 14 Julai ini.

Menurutnya, bermula di Manek Urai, sekiranya BN menang di situ maka akan bersatulah Melayu dan gelombang biru akan menyelubungi negeri Kelantan.

Katanya, “PRK Manek Urai akan menjadi permulaan kepada kebangkitan UMNO Kelantan seterusnya kebangkitan UMNO Malaysia.”

“Saya kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin dan masyarakat di Manek Urai ini, bersatu hati adalah amat penting untuk kita merapatkan barisan untuk menjadikan kita kuat bagi memastikan kemenangan besar,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 3000 orang yang terdiri daripada pengundi DUN Manek Urai.

Majlis pelancaran jentera itu disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA Kelantan serta seluruh pemimpin dan jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krai.-14/6/200

Dipetik dari AgendaDaily

Posted by House PK III at 6:07 PM
Labels: nik aziz

9 comments:

bungled said...

Ai,
Kenapa pulak 'double standard' ni? Darah penduduk2 Manek Urai nampaknya begitu bernilai sekali sedangkan kawan kamu tu Si Kerishamudin tak sabar2 nak menguji ketajaman benda dia tuuu...

June 15, 2009 at 6:41 PM
PARPUKARI said...

APA MENDE LA KAU MEREPEK NI LEZZ BAHALOL, BILA MASA HISHAM KATA NAK MANDIKAN DARH BODOH? DIA CIUM KERIS KORANG MELALAK MACAM ANJING, SI NIK AJIZ PEMUJA BULAN NI PULAK KORANG BUKAN MAIN SAYANG LAGI, KALAU KAU BETINA KAU PI KAWIN JE LA DENGAN SI NICKY NI, AKU RASA DIA NI HORMON DIA TAK BALANCE LA...MUAHAHAHAHAHAHAHAHA

June 15, 2009 at 6:53 PM
Antibarua said...

Tumpah darah? Nik Ajis ni tino ko? Tumpah darah tiap bulan kut?
Ulama Barua yang makin nyanyuk... nak taip Ulamak PU**MAK tak sampai hati lak..faham-faham sejele barua-barua semua ye...

akai adaka?

June 15, 2009 at 6:58 PM
Abuzar said...

TGNA kata berjuang habisan2 ....sampai "tumpah darah". Antara bermaksudnya: ... PAS akan tetap berusaha gigih pertahankan perjuangan Islam, dari pengalaman yg lepas sering dihalang, dikepung, dilanyak atau dibelasah oleh samseng2 AMNO/ polisia FeRu salalunya sampai luka2/berdarah....... Aktivis2 PAS sanggup bersabar walaupun akan diperlakukan secara zalim sedemikian rupa .....

Peristiwa berdarah terhadap ahli2 PAS seperti nasib samad gol, memali, lubuk merbau, batu buruk, dll sampai hari ini masih tiada "tribunal, pembelaan & pengadilan yang cukup" dari kerajaan AMNu/kapa layar/ dascing . PAS bersabar menunggu harinya walau diperlakukan sedemikian rupa oleh kaum sebangsa dan seugama ............untuk "jaga perpaduan bangsa & Islam"

June 15, 2009 at 7:12 PM
epinkluang said...

Anggap lah Nik Aziz tu dah nyanyok dah sampai masa untuk berihat.Jaga cucu

June 15, 2009 at 7:52 PM
Anonymous said...

TAK APALAH TGNA NAK MERAPU,NAK BUAT TABIAT,LEPAS NI KUT KUT MASUK ICU/IJN,MANA TAHU ALLAH PUNYA KUASA.ORANG YANG DULU ALIM,RIAK, AKHIR MASUK NERAKA,MANAKALA ORANG YANG BANYAK DOSA,SABAR AKHIRNYA MASUK SYURGA...??

June 15, 2009 at 9:05 PM
eXception said...

Ish ish ish... Sampai mcm tu sekali... Nak bertumpah darah, kan elok dari dibazirkan darah tu dari ditumpahkan, elok didermakan kat hospital-hospital? Hummm jangan pulak nanti Nik Aziz memfatwakan halal menumpahkan darah orang-orang UMNO. Insaflah Nik Aziz.

June 15, 2009 at 10:06 PM
hudada said...

sebagai orang agama, aku hormat die (nik aziz). but i think, being old has take its toll on him. maybe his brain capability has deteriorate..sebab tu kdg2 die ckp yg bukan2. aku slalu nak percaya yang secara x sedar, die sebenarnye x maksudkan pun ape yg die ckp.biasela, warga emas.. tapi disebabkan pengaruh die, kdg2 mende leh jadi x terkawal dlm kalangan org2 PAS..if you can't say something good, then say nothing...

June 15, 2009 at 10:55 PM
wakdanial said...

leez merepek....sesungguhnya keris itu melambangkan ketuanan melayu..perbuatan menghunus keris ke udara dan mencium keris melambangkan UMNO mengangkat dan mengutamakan ketuanan melayu..sebagai seorg melayu sejati perbuatan ini tidak mengundang provokasi cuma mereka terlalu obses dgn wadah PR shj yg gembar gemburkn peristiwa demikian wlupn lahir sbg org melayu dan dbsarkan dgn cerita legenda hang tuah bersaudara..

June 15, 2009 at 10:58 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

My Blog List

  • Taiping Mali
    TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
    5 months ago
  • House PK
    CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
    4 years ago
  • THE FLYING KICK
    RAKAMAN SUARA LATHEEFA KOYA SEBENARNYA NAK TUTUP PENGKHIANATAN BESAR-BESARAN MELIBATKAN PEMIMPIN PAKATAN, YANG BERJAYA DIRAKAMKAN BADAN PERISIKAN NEGARA, KAN?
    5 years ago
  • GERAKAN ANTI PKR
    RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH..
    10 years ago
  • SUNGAI RAPAT ONLINE
    Kalau dah jadi penyokong Pakatan Luar Tabie inilah hasilnya
    12 years ago
  • AIDC

Followers

Popular Posts

  • SEJARAH KHAIRY JAMALUDDIN
    Jika orang Melayu dan ahli UMNO masih sangsi dengan kerisauan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedaulatan negara yang dinodai oleh kuasa as...
  • NIK AZIZ JUTAWAN RUPANYA! RAKYAT DITIPU!
    Posted On 7/13/2009 05:50:00 PM by megat | Hari ini adalah hari terakhir tempoh berkempen untuk Manek Ura...
  • Ranking Terkini Laman Web dan Blog Mesra Kerajaan!
    Kami di Perak Today terpanggil untuk mempamerkan ranking blog yang mesra kerajaan, ini adalah ranking yang telah diambil semalam. Harus diin...
  • Anwar Peliwat marah dengan media Pro UMNO dan Utusan
    Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempenga...
  • Transkrip Penuh Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim
    Di hadapan Yang Arif Mohamad Zabidin Mohd Diah [hari #2] [03:05 pm] Dato’ Mohd Yusof: Memperkenalkan pihak-pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya: ...
  • ANWAR+NIZAR=DAP
    1. DS Nizar adalah adalah calon DAP pilihan AnWar. Ini diakui sendiri oleh Presiden PAS dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Pandangan awa...
  • Even Contest for A River and Two Hills
    A TAMIL-TYPE movie is being staged in the Bukit Selambau State Assembly by-election. Bukit Selambau is a Malay-majority seat but has become ...
  • Khairy mesti letak jawatan! Klik Sini
    The term "fun fair" as an adjective normally refers to singers who are on the downfall or not having many fans. These singers occ...
  • Nizar Letak Jawatan Sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak
    IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) serta-m...
  • PELANCARAN LAMAN WEB UMNO NEGERI DAN UMNO BAHAGIAN PERAK
    Satu majlis pelancaran Laman Web Umno Perak dan bahagian-bahagiannya akan dilancarkan di Ipoh pada Sabtu ini. Semua bahagian Umno Perak akan...

Blog Archive

Labels

16 September (1) Allahuakbar (1) Anwar Peliwat (4) Aturcara Dr Zambry (1) CALON PRK HULU SELANGOR (1) Dato Mukhriz (1) Dr Mahathir (3) Dr Zambry (11) Ezam (1) F1 (1) Haron Din (1) Hisham (1) Hulu Selangor (1) India (1) Izzah Gila (1) KAMI (1) KICKDEFELLA (1) KIng KJ (5) KJ (4) Komunis (1) Lanun Pasir Selangor (1) MB Perak (4) Majlis Solat hajat (1) Mohsin Fadzli (1) Nizar Menjadi Mubaligh Kristian (1) Nizar Psycho (5) PENANTI (1) PENIPU (1) Pas Kedah (1) Perak sudah selamat (1) Perasuah (1) Perhimpunan Melayu Perak (1) SIRI CERAMAH (2) Si Kitol dan Raja Mendeliar (2) Tan Sri Harussani (1) Tuanku Raja Nazrin (2) Tuanku Sultan (1) Tun Mahathir (3) UMNO (3) YB Mohsin (1) adun PKR keluar parti (1) anwar hina (1) anwar jahat (13) ariffahmi (1) azmin ali (1) bn (1) chin peng (1) dap (3) dap kurang ajar (4) derhaka (1) dr asri (2) exco perak dan MB Perak (1) fitnah PKR (2) fitnah jahat rpk (1) fitnah pas (3) flip flop (1) hadi (1) hamdan taha (1) himpunan anti isa (1) husam ketiak masam (1) ibrahim ali (1) idham lim (1) isa samad (1) juara rakyat (2) kebebasan bersuara (1) kepala babi (1) kerenah politik (2) khalid samad sial (1) kisah benar (2) kisah sebenar konspirasi dap (2) lge (1) lim guan eng (1) majlis makan malam mb perak (3) manek urai (1) mca (1) memo bantahan (1) merdeka center (1) misi selamatkan perak (6) mufti Perak (1) najib (2) nasharuddin (1) nga kor ming (2) nik aziz (10) nik aziz zalim (1) nizar (2) nizar talibarut dap (7) obama (1) pakatan pembangkan (2) pakatan pembangkang (3) pas (7) pas diambang kehancuran (4) pas perak syok sendiri (1) pas tak boleh pakai (5) pemuda selangor (1) penang (2) perhimpunan bunuh diri (1) pilihanraya kecil (6) pkr (2) pr (1) prk (1) program motivasi (1) qazaf (1) ranking blog (1) razali ibrahim (1) robert kuok (1) s1n3 (1) samy vellu kurang ajar (1) satu harapan (1) seminar pas (1) shahrukh khan (1) sidang dun perak (2) sivakumar (1) sprm (2) sultan Perak (2) sultan kedah (1) tabligh (1) tan sri muhyiddin (2) tengku razaleigh (1) teoh (4) thomas nijjar jam (2) tragedi kuala diapang (1) transkrip (3) tun daim (1) utusan malaysia (1) video Dr Puad Zarkashi (1) wartawan cina (1) wayang anwar (2) zahrain (1) zaid (1) zulkifli noordin (1)
 
(c) Copyright House PK III. Blogger Templates created by Deluxe Templates. Wordpress designed by New WordPress Themes. Powered by Blogger.