Kalau marahkan nyamuk jangan kelambau dibakar. Begitu juga kalaupun terlalu benci pada UMNO dan marahkan sangat pada anak buah, Datuk Seri Haji Hadi Awang kerana cetus idea kerajaan perpaduan rasanya tidak perlu keterlaluan dalam membakar semangat ahli dan penyokong parti sampai ke situ.
Apa lagi kalau ia melibatkan ulama besar seperti Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ramai yang terkejut dan menjadi buah mulut apabila Mursyidul Am PAS itu membuat seruan penyokong parti itu agar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai walaupun terpaksa ‘bertumpah darah’.
Nik Aziz membuat seruan itu ketika melancarkan jentera pilihan raya PAS DUN Manek Urai Jumaat.
Istilah ‘ bertumpah darah’ itu dibimbangi boleh mencetuskan pelbagai andaian negatif dan salah tafsiran sepanjang kempen pilihanraya kecil di kawsan yang terpencil di Kelantan itu.
Ia turut mengundang reaksi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed yang merasa amat dukacita dengan provokasi Menteri Besar Kelantan itu.
“Ambo (saya) dengar kenyataan itu amat sedih dan dukacita sekali, kita bukan nak bergocah (bertumbuk), tidak nak berbalah…kita hanya ingin cari pengaruh, kita hendak berhujah, kita nak cambahkan buah fikiran, nak jumpa adik kakak nak bagi tahu kebaikan BN tentang kenapa kita perlu mengundi lambang dacing,” kata Mustapa dalam nada sedih semasa berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional Manek Urai di Sekolah Kebangsaan Peria, Kuala Krai Sabtu malam.
Beliau menambah, “tujuan kita hendak cari pengaruh, bukan nak bergocah, bukan nak bertumpah darah, bukan nak hilang nyawa…maka kita nyatakan hari ini bahawa kita pengundi Manek Urai inginkan perdamaian, silaturrahim, perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu dan di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia ini”.
“Kita menolak sekeras-kerasnya mana-mana pihak di Kelantan mahupun di luar Kelantan…yang nak bertumpah darah... ni budaya mana…?”ujarnya
Seterusnya Mustapa dengan nada sayu menyeru, “Wahai anak beranak ambo di Manek Urai marilah kita nyatakan pendirian bahawa pilihan raya kecil ini kita hendak cari perpaduan, kita nak cari silaturrahim…sekiranya ada mana-mana pihak yang mencari lain pada itu seperti bergocah atau berbalah, itu bukan tujuannya.”
Mustapa menegaskan semua pihak di kawasan DUN Manek Urai samada ahli UMNO, ahli PAS atau pihak ‘atas pagar’ merupakan ‘anak beranak’ belaka, sesama Melayu, Islam dan satu Malaysia.
“Kita hadir di sini untuk menyeru ke arah berbaik-baik bukannya suruh bergaduh sesama sendiri, dalam pilihan raya kecil ini kita jaga akhlak dan tertib, kita boleh bersyarah berhujah tetapi jangan sekali-kali kita gunakan kekerasan, provokasi, menghina orang lain, menghina pegawai polis dan pegawai kerajaan…ia menepati anggapan mereka adalah kerajaan Islam maka kenalah berakhlak mulia,” tambahnya.
Beliau berharap hentikan provokasi pertumpahan darah dan beri tumpuan ke arah perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam dalam Malaysia ini.
“Yang menghairankan, kata Mustapa, “kenapa tidak mahu perpaduan dan berbaik-baik, malah kata pula pada mereka yang mahukan perpaduan ini adalah boneka UMNO, kita bercakap yang baik, perpaduan dikatakan kita jahat, perpaduan itu dituntut oleh Islam…inilah perkara yang amat mendukacitakan.”
Katanya, “kita cukup dukacita apabila dibuat seruan sanggup bertumpah darah untuk pertahankan kerusi DUN Manek Urai dan dukacita lagi apabila mereka menolak usaha-usaha menyatupadukan umat Islam.”
“Apakah pincangnya, apakah buruk sangat nak cari perpaduan ini dengan orang Melayu, adakah berpadu dengan DAP yang dulunya amat tidak disukai oleh PAS tapi sekarang sudah berdakap-dakapan, adakah DAP ini lebih daripada UMNO,” kata Mustapa.
Bagi menghadapi PRK Manek Urai, Mustapa mengumumkan motto yang akan digunakan oleh jentera BN adalah ‘Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan’.
Mustapa juga akan memastikan DUN Manek Urai akan dijadikan anak angkat kerajaan pusat sekiranya BN berjaya menawannya dalam PRK 14 Julai ini.
Menurutnya, bermula di Manek Urai, sekiranya BN menang di situ maka akan bersatulah Melayu dan gelombang biru akan menyelubungi negeri Kelantan.
Katanya, “PRK Manek Urai akan menjadi permulaan kepada kebangkitan UMNO Kelantan seterusnya kebangkitan UMNO Malaysia.”
“Saya kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin dan masyarakat di Manek Urai ini, bersatu hati adalah amat penting untuk kita merapatkan barisan untuk menjadikan kita kuat bagi memastikan kemenangan besar,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh lebih 3000 orang yang terdiri daripada pengundi DUN Manek Urai.
Majlis pelancaran jentera itu disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA Kelantan serta seluruh pemimpin dan jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krai.-14/6/200
Dipetik dari AgendaDaily
9 comments:
Ai,
Kenapa pulak 'double standard' ni? Darah penduduk2 Manek Urai nampaknya begitu bernilai sekali sedangkan kawan kamu tu Si Kerishamudin tak sabar2 nak menguji ketajaman benda dia tuuu...
APA MENDE LA KAU MEREPEK NI LEZZ BAHALOL, BILA MASA HISHAM KATA NAK MANDIKAN DARH BODOH? DIA CIUM KERIS KORANG MELALAK MACAM ANJING, SI NIK AJIZ PEMUJA BULAN NI PULAK KORANG BUKAN MAIN SAYANG LAGI, KALAU KAU BETINA KAU PI KAWIN JE LA DENGAN SI NICKY NI, AKU RASA DIA NI HORMON DIA TAK BALANCE LA...MUAHAHAHAHAHAHAHAHA
Tumpah darah? Nik Ajis ni tino ko? Tumpah darah tiap bulan kut?
Ulama Barua yang makin nyanyuk... nak taip Ulamak PU**MAK tak sampai hati lak..faham-faham sejele barua-barua semua ye...
akai adaka?
TGNA kata berjuang habisan2 ....sampai "tumpah darah". Antara bermaksudnya: ... PAS akan tetap berusaha gigih pertahankan perjuangan Islam, dari pengalaman yg lepas sering dihalang, dikepung, dilanyak atau dibelasah oleh samseng2 AMNO/ polisia FeRu salalunya sampai luka2/berdarah....... Aktivis2 PAS sanggup bersabar walaupun akan diperlakukan secara zalim sedemikian rupa .....
Peristiwa berdarah terhadap ahli2 PAS seperti nasib samad gol, memali, lubuk merbau, batu buruk, dll sampai hari ini masih tiada "tribunal, pembelaan & pengadilan yang cukup" dari kerajaan AMNu/kapa layar/ dascing . PAS bersabar menunggu harinya walau diperlakukan sedemikian rupa oleh kaum sebangsa dan seugama ............untuk "jaga perpaduan bangsa & Islam"
Anggap lah Nik Aziz tu dah nyanyok dah sampai masa untuk berihat.Jaga cucu
TAK APALAH TGNA NAK MERAPU,NAK BUAT TABIAT,LEPAS NI KUT KUT MASUK ICU/IJN,MANA TAHU ALLAH PUNYA KUASA.ORANG YANG DULU ALIM,RIAK, AKHIR MASUK NERAKA,MANAKALA ORANG YANG BANYAK DOSA,SABAR AKHIRNYA MASUK SYURGA...??
Ish ish ish... Sampai mcm tu sekali... Nak bertumpah darah, kan elok dari dibazirkan darah tu dari ditumpahkan, elok didermakan kat hospital-hospital? Hummm jangan pulak nanti Nik Aziz memfatwakan halal menumpahkan darah orang-orang UMNO. Insaflah Nik Aziz.
sebagai orang agama, aku hormat die (nik aziz). but i think, being old has take its toll on him. maybe his brain capability has deteriorate..sebab tu kdg2 die ckp yg bukan2. aku slalu nak percaya yang secara x sedar, die sebenarnye x maksudkan pun ape yg die ckp.biasela, warga emas.. tapi disebabkan pengaruh die, kdg2 mende leh jadi x terkawal dlm kalangan org2 PAS..if you can't say something good, then say nothing...
leez merepek....sesungguhnya keris itu melambangkan ketuanan melayu..perbuatan menghunus keris ke udara dan mencium keris melambangkan UMNO mengangkat dan mengutamakan ketuanan melayu..sebagai seorg melayu sejati perbuatan ini tidak mengundang provokasi cuma mereka terlalu obses dgn wadah PR shj yg gembar gemburkn peristiwa demikian wlupn lahir sbg org melayu dan dbsarkan dgn cerita legenda hang tuah bersaudara..
Post a Comment