Tuesday, July 14, 2009

Keganasan PAS di Manek Urai!

KUALA KRAI: Seorang penyokong Pas ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong Barisan Nasional (BN) sehingga mencederakan dua ahli Puteri Umno di Sekolah Kebangsaan Peria di sini, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi dilakukan penyokong Pas sehingga mencetuskan ketegangan.

"Sedikit pertelingkahan antara penyokong Pas berlaku dengan penyokong BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu.

"Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu," katanya pada sidang media di Markas Tektikal (Martek) di Laloh, dekat sini.

Berikutan kejadian itu, katanya, polis menahan seorang lelaki di tempat kejadian yang juga adalah penyokong Pas dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Musa berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Berikutan itu satu laporan polis sudah dibuat.

"Kita memberi jaminan tindakan mahkamah akan diambil dengan segera," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong Pas yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya, tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

"Tindakan mengibar bendera itu juga boleh mencetuskan provokasi kepada penyokong parti lain dan boleh menyebabkan ketegangan sehingga berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Bagaimanapun, Musa berkata, secara keseluruhan perjalanan proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berjalan lancar.

Sementara itu, di tempat yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang disifatkan sebagai tidak mencerminkan keIslaman oleh Pas.

"Dalam perhimpunan yang besar, pengikut yang berkumpul suka membuat provokasi sehingga mencetuskan kejadian yang di luar kawalan.

"Apabila berlaku kejadian yang tidak diingini, ia suatu perkara yang dikesalkan sedangkan pihak polis menjalankan tugas yang baik untuk menjaga ketenteraman awam, namun masih ada penyokong PAS yang mudah terpengaruh dan mengikut perasaan," katanya.

Beliau berkata, pihak yang menjadi mangsa iaitu dua ahli Puteri Umno sudah membuat laporan polis supaya siasatan segera dapat dijalankan.

Muhyiddin juga kesal dengan tindakan penyokong Pas yang tidak menghormati arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak mengibarkan bendera parti di kenderaan masing-masing untuk mengelakkan sebarang provokasi selain faktor keselamatan jalan raya.

Dalam soal itu penyokong BN lebih mematuhi dan menghormati peraturan yang sudah ditetapkan itu dengan tidak memasang bendera pada kenderaan mereka, katanya.

"Saya tidak tahu apakah SPR akan ambil tindakan namun saya mengharapkan SPR ambil tindakan yang cepat untuk mengawal keselamatan," katanya. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

yahhhooo...kita kena main keras sikit..baru rasa...!

Anonymous said...

Sila minta ibu2 lain kali jual diri.
mereka udang kemarahan orang ke atas politic kotor UMNO.

Anonymous said...

booooo!!! booooooooo!!! BN akan kalah booooooo!!!