Friday, July 3, 2009

Nik Aziz berdegil tetap mahu berdebat!


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan debat secara terbuka untuk mencapai titik pertemuan yang dijangka menyelesaikan kemelut UMNO dan Pas yang sudah lama berlanjutan.

Beliau berkata, surat itu akan tetap dihantar walaupun Najib mengeluarkan kenyataan menolak pelawaan itu.

“Hari ini baru saya nak hantar surat itu. Dia nak tolak dia punya fasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Lagipun saya tak kirim lagi surat tu. Surat saya akan kirim hari ini.

“Saya tetap nak berdebat. Saya yakin dengan cara ini kita dapat mencapai titik pertemuan atau penyelesaian di atas apa yang berlaku selama ini,” katanya kepada media pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib yang menolak pelawaannya untuk berdebat secara terbuka.

Ketika diminta mengulas mengapa beliau berkeras mahu berdebat sedangkan langkah terbaik adalah bermuzakarah atau bermuqabalah beliau berkata, Pas banyak kali mempelawa UMNO tetapi pelawaan untuk itu ditolak.

“Pas terutama Pas Pusat sudah banyak kali meminta untuk bermuzakarah dengan UMNO tetapi ditolak. Tak jadi-jadi. Jadi apa yang kami belum minta lagi ialah debat. Dan debat ini bukan pandai-pandai saya.

“Allah sendiri sebut, kita ada tiga cara. Pertama bilhikmah iaitu diberitahu secara biasa. Kedua, walmau’idah juga diberitahu secara biasa dan ketika wajadilhum. Ia bermaksud mesti bermujadalah. Ini beza dia.

“Presiden dunia pun dalam masa pilihan raya dia berdebat sesama calon mereka. Obama berdebat dengan lawan dia dari parti Republikan. Sekarang ini Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto,” katanya.

Beliau berkata, masalah debat hanyalah teknikal, apa yang penting ialah masalah akidah.

“Debat mereka hanya masalah teknikal sahaja. Tetapi debat ini ialah masalah akidah. Kita sembahyang tanpa akidah tidak akan diterima di akhirat. Kita pergi ke Mekah tanpa akidah tidak akan diterima,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Noordin yang meminta debat itu diadakan secara tertutup dan berkumpulan.

Menurutnya, kenapa perlu diadakan secara tertutup sedangkan selama ini bercanggahan pendapat dan pertelagahan antara Pas dan UMNO berlaku secara terbuka.

“Sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1961, apa yang berlaku di antara Pas dan UMNO semuanya secara terbuka. Kenapa sekarang perlu diadakan secara tertutup,” katanya.

Komen saya: Astagfirullah! Nik Aziz ini memang sudah melampaui batas sebenarnya. Penulis agak terkejut melihat kenyataan beliau yang dangkal ini. Lihatlah bagaimana beliau membandingkan negara yang tidak ada Raja dan Sultan. Apakah beliau tidak tahu perbezaaan di antara Presiden dan Perdana Menteri?

Penulis jarang memberi komen tetapi penulis sudah mula hilang hormat terhadap Tok Guru yang pernah penulis sanjung tinggi dahulu. Fikir-fikirkanlah.

3 comments:

bro brotherhood, said...

As-Salam.., hrmm,..ni nampak dh ada bunga2 nak sesatkan diri dan rakyat nih,..heheh,..apo nak dikato,..hakikatnya dunia dh dekat akhir zaman bro,.. Nik Aziz ni indirectly dh kehilangan gelaran Tok Guru sbb dh lari dri pegangan Quran,..wat else can I say,..(,")

yopman said...

Assalammualaikum wmt,
Apasal asyik nak kata Umno tolak Islam? Sedangkan orang Umno masih mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, berzakat dan tunaikan haji di Mekah.
Orang Umno juga kekal percayakan Tuhan Allah swt, percayakan kitab, percayakan rasul, percayakan malaikat, percayakan hari kiamat dan percayakan qadak dan qadar.

Tu... yg terang-terang tolak Islam macam Lim Kit Siang dan Karpal tu, apasal dok peluk dan percaya sangat dengan mereka?

Kenapa ajak DSNajib debat, ajak le Karpal dan Lim Kit Siang berdebat.
Sekarang masanya sangat sesuai kerana orang Manik Urai boleh lihat dan dapat dengar. Mereka juga boleh tahu siapa kawan setia Pok Nik.

Atau kalau takut dgn kaum bukan Melayu, debat saja dgn Hadi Awang, Nasharuddin dan Nasrudin pasal kerajaan perpaduan.

Ada berani ka..?
Sesama Melayu/Islam bukan main garang tapi, sama kaum lain kecut dan lari dalam lubang cacing.

Krisis Pas-DAP di Kedah tak mau campur pasai itu masalah orang lain, masalah orang Kedah. Habis yg Azizan tu bukan orang Pas ke? Dan kjn Kedah sekarang bukan kjn Pas?

Cakap macam orang tak sekolah...

ghostWRITER said...

adakah pimpinan pembangkang faham perlembagaan negara?

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com