Friday, July 17, 2009

Tun DOL kata ISA perlu dimansuhkan!

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Pemuda Gerakan berdemo

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Sumber Malaysiakini.

Pandangan saya: Pak Lah Flip Flop dah berbunyi! Saya rasa lebih baik dia sambung tidur. Itu lebih baik dari dia bercakap lagi dan menampakkan kebodohan dirinya sendiri. Pak Lah adalah punca kehancuran UMNO! Cepat betul kita lupa ya?

7 comments:

AMBAJ said...

Dahlah Pak Lah, cadangan kamu semjua tak boleh pakai. Takut ke nanti Khairi kena ISA? Baik buat anak lagi bagus Jeanne tu masih boleh lagi.

Anonymous said...

Friday, July 17, 2009
Tun DOL kata ISA perlu dimansuhkan!

APA PULA KATA NASRI AZIZ TENTANG TUN DOL INI.?

ADA KAH TUN DOL JUGA "CROOK" ?

JAWAB NAZRI BANGSAT JANGAN TAK JAWAB SOB.

Parpu Kari said...

AKU BENCI NAZRI BINGAI NI

wakdanial said...

haha...pak lah2...da la tu...da abeh da masa memerintah..haha...nazri mana nazri? balaci nazri...ikut ponggong & pengampu..haha

wakdanial said...

haha...pak lah2...da la tu...da abeh da masa memerintah..haha...nazri mana nazri? balaci nazri...ikut ponggong & pengampu..haha

Anonymous said...

Tolong la PM bagi jawatan sikit kat Paklah dan menantu dia ni..kalau tidak,kacau depa ni.

Anonymous said...

Tolong la PM bagi jawatan sikit kat Paklah dan menantu dia ni..kalau tidak,kacau depa ni.