Sunday, August 16, 2009

Nizar! Ketua Pemuda DAPsy memang hina Islam!


Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook pagi Jumaat menerima kunjungan dari dua pegawai polis Bukit Aman untuk menyiasat isu tulisan dalam laman blog yang sudah tidak aktif yang dimana beliau didakwa telah menghina Islam dan Sultan Perak.

Ahli Parlimen Rasah itu yang sebelum ini menafikan beliau ada kaitan dengan laman blog itu telah membuat laporan polis di Balaiu Polis Dang Wangi Kuala Lumpur Isnin.

Tulisan dalam laman blog itu yang sudah ‘ dimatikan’ mencetuskan kemarahan ramai orang.

Semasa berada lebih dua jam di pejabatnya di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak di Seremban, dua pegawia polis dari unit siasatan perisian komputer, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia telah mengambil keterangannya sebagai saksi.

"Mereka datang ke pejabat saya pada kira-kira pukul 10 pagi dan mengambil kenyataan percakapan saya selama dua setengah jam. Kedua-dua pegawai polis itu mengambil kenyataan saya sebagai seorang saksi. Peguam Siow Kim Leong yang merupakan pengerusi biro guaman DAP turut bersama semasa kenyataan percakapan saya diambil," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya kenyataannya diambil ekoran beliau telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur Isnin lepas untuk menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan apa-apa perkataan atau pun ayat yang menghina agama Islam dan Sultan Perak.

"Di sini, sekali lagi saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan itu ditulis oleh saya. Saya tidak pernah menulis apa-apa yang menghina agama Islam atau pun Sultan Perak," katanya-14/8/2009

Hina Islam: dua MP DAP akan dipanggil beri keterangan polis


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan beritahu Rabu Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi akan dipanggil untuk beri keterangan mengenai dakwaan mereka menghina Islam dan institusi raja.

Loke didakwa menulis dalam sebuah laman blog manakala Jeff pula membuat kenyataan seumpama itu semasa kontroversi berhubung pertubuhan Jamaah Islah Malaysia melibatkan seorang ahli PKR.Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah,Negeri Sembilan telah menafikan beliau menulis dalam blog berkenaan manakala Jeff telah menarik balik kenyataannya.

Menurut Musa kedua mereka akan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah

sumber - agendadaily

0 comments: