Saturday, January 2, 2010

Kebenaran Penggunaan Kalimah Allah Perlu Diiringi Syarat Ketat - Tun M



KUALA TERENGGANU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya perlu diiringi syarat yang ketat.

Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusanberkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Ini kerana terjemahan 'God' yang diguna dalam agama lain dalam bahasaMelayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orangIslam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah.

"Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk(bergabung) dalam Malaysia...tapi di Semenanjung ni kita tak pernah dengarpula," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada KonvensyenMahasiswa Melayu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah TinggiKuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-TheCatolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri MurphyPakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakankehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negerimelarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Mahathir berkata sensitiviti umat Islam perlu dipertimbang oleh bukanIslam, sebagaimana umat Islam di negara ini menjaga sensitiviti penganut agama lain bagi mengekalkan keharmonian negara.

"Yang saya khuatir bila Allah diguna oleh mereka, mungkin mereka akan gunasecara yang akan timbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam, kalau buatsepanduk dan tulis sesuatu yang tak cerminkan agama Islam.

"Kalau mereka nak gunakan (kalimah) Allah, ia harus dikenakan syarat yangketat," katanya yang menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan kemelut itu. -BERNAMA

0 comments: