Monday, December 14, 2009

Nizar DaPberg: Percanggahan Nga dengan prinsip Negara secular DAP

Wakil rakyat DAP dari Perak, Nga Kor Ming menimbulkan isu peruntukan kerajaan kepada rumah-rumah ibadat di Parlimen tempoh hari.

Nga menimbulkan isu dari perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748 juta sepanjang tahun 2000-2008 atau bersamaan RM94 juta setahun. Bukanlah satu jumlah peruntukan tahunan yang besar jika diambilkira ianya untuk seluruh Negara.

Dengan mengungkit jumlah perbelanjaan sedemikian, sedikit sebanyak tujuan Nga adalah untuk mempersoalkan kerajaan kerana memperuntukan untuk pembinaan masjid. Kalau dituduh sedemikian, Nga pasti sudah ada helah.

Apa sekali putarbelit Nga berhujah, dia tidak lari dari bercanggah dengan idealisma perjuangan DAP. Lebih teruk dari itu, Nga mempersoalkan perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana tindakan patut dibuat terhadapnya jika dia menyebut perkara itu diluar Parlimen.

Cara Nga berhujah di Parlimen adalah dengan mengatakan dia seolah-olah tidak ada masaalah dengan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan syiar Islam. Dia kononnya cuma persoalkan kenapa kerajaan tidak memberi peruntukan tambahan untuk rumah-rumah ibadat penganut ugama lain.

Kenyataan Nga ini bercanggah dengan prinsip perjuangan DAP berkenaan kedudukan ugama dalam persekutuan. DAP percaya bahawa Malaysia adalah Negara sekular dan ugama tidak ada kedudukan dalam kerajaan.

Apabila Nga menuntut peruntukan rumah ibadat untuk penganut lain, ini bermakna dia menuntut kerajaan yang sepatutnya secular mengeluarkan belanja untuk hal-hal ugama. Ini bercanggah dengan prinsip pemikiran sekularisme.

Bukan saja Nga konfius dengan apa itu sekularisma, jelas ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak ini tidak faham Perlembagaan Malaysia. Sebenarnya DAP pun tidak faham Perlembagaan berkenaan ugama.

Islam bukan ugama rasmi tetapi ugama Persekutuan. Dari peruntukan Perlembagaan berkenaan kedudukan Islam, ia membenarkan perbelanjaan kerajaan untuk membina institusi-institusi agama termasuk masjid. Ini berbeza dengan kedudukan agama rasmi di negara lain yang tidak membolehkan peruntukan untuk ugama.

Disamping itu, kedudukan ugama Islam dan peruntukan dalam Perlembagaan adalah antara perkara-perkara keramat sama dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa rasmi bahasa Melayu, hak keistimewaan Bumiputera dan lain-lain perkarra yang tidak boleh diubah. Keputusan dua pertiga Parlimen tidak cukup untuk mengubah perkara tersebut kerana memerlukan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Hak kebebasan berugama untuk penganut lain tetap terjaga. Mereka bebas untuk melakukan amalan dan istiadat mereka.

Tidak ada yang menghalang mereka untuk membina rumah ibadat. Cuma ia perlu mengikuti undang-undang tempatan seperti juga masjid dan suarau perlu ikuti. Malah masjid dan surau perlu menghadapai birokrasi pihak berkuasa ugama Islam negeri yang agak ketat dan tegas dalam hal pembinaan masjid dan surau.

Perlembagaan tidak memberi peruntukan yang mewajibkan kerajaan mengeluarkan belanja untuk rumah ibadat bukan Islam. Kerajaan tidak menyalahi undang-undang untuk menolak permohonan peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam. Inilah Perlembagaan yang diterima oleh imigren bukan Islam semasa menerima kerakyatan Tanah Melayu (Malaya).

Namun begitu kerajaan masih memberi bantuan peruntukan atas semangat timbangrasa antara agama. Tentu sekali jumlah yang diperuntukan tidak sama banyak dan tidak boleh ikut sebarang nisbah sama dengan penganut agma Islam yang berstatus ugama Persekutuan.

Satu realiti yang perlu diterima adalah peratusan penganut ugama bukan Islam adalah sedikit. Dipecahkan lagi berlainan jenis ugama yang tentu tidak mudah untuk diberi pertimbangan yang sama.

Lebih merumitkan untuk kerajaan mencari formula peruntukan yang mudah adalah dengan adanya pecahan kumpulan-lumpulan mengikut mazhab-mazhab yang hampir seperti ugama yang lain dan mengikut dewa-dewa lain yang dipuja.

Walaupun ada peruntukan, orang Islam masih perlu mencari sumber-sumber sendiri untuk membina masjid dan suaru. Tentu sekali penganut ugama lain yang jumlah sedikit perlu berdikari dan cari sumber sendiri juga.

Bagi Nga yang menimbulkan isu ini, ianya, tidak lain dan tidak bukan, hanya bertujuan untuk membangkitkan kemarahan kaum bukan Islam dan menimbulkan keresahan rakyat yang boleh mnejejaskan keamanan dan ketenteraman. Nga juga telah mempersoalkan kedudukan ugama Islam, kedudukan Raja Melayu sebagai Ketua Ugama dan perkara pokok Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut sejarah negara, satu kumpulan yang menimbulkan kucar kacir dan mempersoalkan kedudukan Islam, bahasa Melayu, dan Perlembagaan Persekutuan iaitu komunis. Jadi mereka usah marah dan panggil gelaran itu rasis, DAP digelarkan komunis. Panggilan itu bukan ada kebenran.

Sumber: MyKMU

0 comments: