Tuesday, January 5, 2010

KAMI Persembah Memorandum Pada Sultan Perak


IPOH: Kesatuan Anak-anak Muda Islam Perak (KAMI) akan mempersembahkan satu memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Perak berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" oleh agama lain.

Timbalan Yang Dipertua KAMI, Azhari Abu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember yang membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, seharusnya tidak dipandang ringan.

"Isu penggunaan kalimah "Allah" ini sebenarnya telah mencabar hak mutlak agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu, perkara berkaitannya tidak boleh dipandang ringan.

"KAMI yang mewakili lebih 20,000 anggota di seluruh negeri ini juga meminta mana-mana pihak agar tidak menjadikan isu ini untuk kepentingan politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, KAMI yang turut bekerjasama dengan 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mendesak supaya kerajaan bertegas dan satu dasar perundangan berkaitan perlu diadakan. - BERNAMA

0 comments: