Wednesday, January 6, 2010

NIZAR DAPBERG GEMBIRA PERAK DIKARTUNKAN!

Hairan benar saya bagaimana Nizar Jamaluddin tergamak mempersendakan kemuliaan nama Perak Darul Ridzuan dengan melancarkan buku kartun berjodol Perak Darul Kartun. Keindahan nama Perak yang diberi jolokan Darul Ridzuan yang bermaksud ‘bumi beradab’ sewenang-wenangnya dihina oleh Nizar dengan mengiktiraf buku yang melabelkan negeri beraja itu sebagai ‘bumi kartun’.

Nizar telah melancarkan buku karya kartunis Zunar setebal 80 mukasurat itu dalam program ceramah parti Pas di Kampung Malau, Lenggong pada 4 Januari lalu. Tanpa sedikitpun rasa kesal apabila nama Perak Darul Ridzuan dimomok dan dikartunkan, Nizar turut sama menurunkan tandatangan di buku tersebut tanda merestui satu penghinaan terhadap negerinya sendiri.

Buku Perak Darul Kartun terhasil dari kegagalan penerbit Sepakat Efektif mendapatkan permit dari Kementerian Dalam Negeri bagi menerbitkan Gedung Kartun.

 Perak mengambil nama Darul Ridzuan, bahasa Arab yang bermaksud Bumi Beradab atau boleh juga Bumi Beradat. Dalam bahasa Inggeris makna Darul Ridzuan diterjemahkan sebagai The Land of Grace. Betapa indah dan harumnya nama Darul Ridzuan yang diberikan kepada Perak bumi berdaulat ini.

Beradab Perak kerana di bumi ini penuh dengan adab budaya yang dijunjung sejak sekian lama. Beradat Perak kerana di dalamnya wujud institusi Kesultanan Melayu Perak yang penuh dengan adat istiadat dan sentiasa dihormati oleh rakyat jelata yang berlindung di bawah payung baginda.

Betapa hinanya Perak yang beradab dan beradat itu apabila dileluconkan sebagai bumi kartun? Bumi bersultan ini dikartunkan demi memenuhi nafsu serakah politik golongan yang sedang meroyan dan kecewa.

Tambah malang apabila Nizar yang pernah dinobatkan sebagai peneraju Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan turut bergembira apabila negeri tumpah darahnya ini dilabelkan dengan nama yang amat menjelekkan.

Saya tidak berminat mahu melihat isi kandung buku yang meloyakan itu, kerana tajuknya sudah cukup membuatkan saya nak termuntah. Tetapi sebuah laman web, anilnetto.com melaporkan begini - "This time, they are launching an 80-page cartoon book titled Perak Darul Kartun focusing on the power grab and associated antics in Perak – which undoubtedly offer rich material for satire".


 Kartun-kartun bersama buku kartun

Sebenarnya tindakan Nizar dan pemimpin Pas lain yang hadir dalam majlis pelancaran buku Perak Darul Kartun itu membenarkan diri mereka sekali lagi melakonkan watak kartun. Mereka pernah dikartunkan oleh DAP selama 11 bulan memerintah Perak Darul Ridzuan, malah masih berlarutan dikartunkan oleh parti chauvinis itu hingga kini.

 Nizar pernah mengkartunkan dirinya apabila memekik-mekik di dalam Parlimen selepas mengangkat sumpah. Nizar, Ngeh, Nga dan Sivakumar pernah mengkartunkan diri mereka dan Adun-Adun pakatan pembangkang yang lain apabila mengadakan sidang DUN haram di bawah pokok dan di hotel. Mereka juga mengkartunkan sidang DUN Perak dengan mengadakan sidang lain di waktu Dewan berhenti rehat.

Nizar bertepuk seronok melihat Sivakumar mengkartunkan dirinya memakai jubah dan songkok Speaker Dewan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu. Nizar dan pemimpin pembangkang lain di Perak tidak membantah tindakan penyokongnya yang mengkartunkan diri berbaring di atas jalan bagi menghalang kenderaan DYTM Raja Muda Perak.

Nizar dan juak-juaknya juga mengkartunkan diri mereka dengan melaungkan slogan Bubarkan DUN Perak dan Kembalikan Hak Rakyat sedangkan senario peralihan kuasa di Perak pada tahun lalu hampir sama mengikut skrip bagaimana pakatan DAP-PAS-PKR mengambil alih Kerajaan Negeri sebaik PRU12 lalu.


Antara kartun-kartun di Perak

Maka tajuk buku itu tidak wajar melabelkan Perak sebagai Darul Kartun. Apa yang wajar adalah DAP-PAS-PKR Pakatan Kartun, Nizar Pemimpin Kartun, 3N + Siva Kartun Perak, atau apa sahajalah perkataan kartun yang banyak boleh dikaitkan dengan mereka. Label itu tidak sesuai langsung diberikan kepada sebuah negeri berdaulat dan beraja seperti Perak Darul Ridzuan.

Walaupun KDN tidak boleh mengambil tindakan terhadap penerbitan tidak berkala, tetapi perbuatan penerbit menghina nama dan menjatuhkan maruah sesebuah negeri berdaulat adalah amat tidak wajar. Jika perkara seumpama ini dibiarkan, tidak hairan jika ada penerbit yang lebih berani untuk menghina nama-nama khas lain seperti Yang Di Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia, Kelantan Darul Naim, Kedah Darul Aman malahan mungkin akan ada yang lebih jauh daripada itu memberikan nama lain kepada Mekah Al-Mukarramah atau Madinah Al-Munawarah.

Saya dan seluruh rakyat jelata Negeri Perak Darul Ridzuan berasa cukup terhina dengan label Perak Darul Kartun. Kami mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas terhadap penerbitan buku ini yang jelas menghina kedaulatan sebuah negeri berdaulat bernama Perak Darul Ridzuan.

Hidup Perak Darul Ridzuan!!! Daulat Tuanku!!!

3 comments:

Mohd said...

KDN dan pihak Istana Perak perlu mengambil tindakan yg wajar terhadap masalah ini.
Jangan nanti dilihat oleh rakyat jelata bahawa DYMM Sultan dan KDN tidak boleh berfungsi menegakkan keadilan bagi rakyat jelata dan mempertahankan kedaulatan raja dan maruah negeri sendiri!

Kasim bin Awang said...

Saya telah menulis surat kepad YAB PM mengenai perkara ini kerana negeri Perak telah dihina oleh orang Melayu sendiri dan meminta KDN megambil tindakan segera. Mereka yang terlibat dengan pelancaran buku tersebut sudah hilang sifat kewarasan kerana menghina negeri sendiri. Saya hairan kenapa pemimpim-pemimpin melayu sekarang begitu lembik.

Anonymous said...

pemimpin2 melayu sekarang bukan saja lembik tapi nak jaga periuk nasi masing2 sahaja..
macam dah hilang kuasa!!